Skip to main content

Garsa Kitchen - Sandwich Paling Padu, Customer Service Mantap

Sejahteralah ke atas kamu......







Aku order sandwich dari Garsa Kitchen hari ni sempena acara makan-makan berkonsepkan potluck di office aku. Ala, Garsa Kitchen (GK), kedai sandwich famous yang siap ada service delivery sekali tu. Aku kan..... Ada juga la beberapa kali beli sandwich from GK ni. Boleh dikatakan, bila ada acara makan-makan, aku memang akan order sandwich ni la. Sebab sandwich GK ni konsisten betul kualiti dia. Rasa sedap. Portion inti dia pun tak kedekut. Ko makan memang puas hati sungguh. Serius ni, aku bukan cakap-cakap kosong. 


Order aku hari ni, kisahnya aku request delivery dalam 9.00am - 9.30am. (Yang bestnya Garsa ni, ko boleh pilih time yang ko nak untuk mereka hantar sandwich ni. Fleksible gila. ). Sekali jam 8.40am aku dah terima panggilan kata sandwich aku dah sampai. Aku masa tu kat rumah lagi. Aku buat address delivery ke office. So, terpaksa la aku suruh rider tinggalkan sandwich aku tu kat kaunter lobby, pastu aku suruh ofismate aku ambilkan. Takpe jangan risau, insyaAllah selamat punya. Ada polis bantuan kat situ. Mereka amanah. Kalau tak amanah, derang kena tukar nama jadi polis hantuan. 


Sampai je aku kat ofis, aku tengok kawan-kawan lain dah start dulu dah potluck. Aku letak je beg terus terkam ke pantry. Lapar lapar hey. Lapar lapar hoo. Aku tengok 2 kotak sandwich GK tu dah tinggal separuh. Memang la kalau order sandwich ni akan cepat habis. Aku perati je tangan kawan-kawan aku cekup sandwich tu. Aku pulak duduk port elok je betul-betul depan sandwich, ala-ala warden asrama puteri yang tengah monitor budak-budak asrama sambil pegang rotan sorok kat belakang. Sekali aku perasan sandwich yang ada dalam kotak tu, bukan jenis yang aku order.

Yang Steak & Cheese tu betul. Yang satu kotak lagi ni salah. 




Orang tengah sibuk-sibuk menjamu selera, aku pulak sibuk hulur tangan nak ambil gambar. Selamat le derang semua dah faham perangai ghonpompuan kan. Asyik nak ambil gambar makanan. Pastu aku pun hantar gambar tu kat rider yang hantar sandwich aku tadi. Aku kata, sandwich ni salah. Bukan yang ni aku order. And then rider tu bagi satu no telefon lain. Aku rasa no customer service dia kot, ataupun maybe owner GK. Ye la, sebab bila aku report ada kesalahan tu, dia terus boleh decide untuk hantar balik. Yang paling win, bila dia kata, yang dah tersalah tu aku boleh makan je takyah bayar. 


Bayangkan la. Allah dah kata kalau bersedekah pada hari Jumaat, pahala berganda-ganda. Kalau beri orang makan, satu suap tu pahala dia seumpama sebesar gunung uhud. Sandwich tu sekotak ada 24 pieces. Korang kira la sendiri berapa banyak gunung Uhud pahala Garsa Kitchen dapat hari tu. Fuhhhh... Banyak-banyak-banyak.(Baca guna intonasi Upin Ipin).

Ini penghantaran kedua.

Ni aku share conversation aku dengan Customer Service Garsa Kitchen. Korang pergi nilai la sendiri walaupun tak nak beli karpet. 


                                                                                                                                                                  









Kesimpulannya, kalau korang order dan dapat barang yang tak sama daripada apa yang korang order, jangan panik.... Ambil gambar lepas tu report. Biasanya seller ni baik-baik orangnya. Mereka memang ikhlas berniaga dan nak kekal lama dalam industri. Aku sebenarnya banyak kali kena kat Shopee, Food Panda. Tapi kalau kena kat Food Panda atau Grab, aku paling serabut nak report. Sebab memang last sekali macam takde apa-apa pun berlaku. Last sekali terpakse la telan. Atau terpaksa la pasrahkan diri untuk redha dan anggap setakat itu la rezeki yang Allah dah tentukan untuk aku pada waktu itu. Jadi bila redha, hilang la rasa marah tu. Haa kekdahnya.

Comments

  1. Terbaik seller! Siap kasi free je yang silap tu. Memang itulah yang betul, sebab mereka yang silap.

    Tergugat jugak tengok sandwich Garsa ni. Menggoda.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya