Iklan! Iklan! Sila Click!

25 February 2013

Ini Kisah Makan : Nasi Himpit Sambal Hitam Mat Azghul

Sejahteralah ke atas kamu....

Biarlah gambar yang berbicara...





Sambal hitam ni sebenarnya serunding ikan + kelapa parut. Nak buat ni bahan-bahannya senang je. Cuma cara nak buat tu memang renyah dan makan masa jugak. Sebab nak kena sangai kelapa parut [goreng tanpa minyak] . Pastu rebus ikan, blend ikan, campur dalam kelapa parut yang disangai tadi, then goreng lagi sampai kering, pastu blend lagi. Kesian Mat Azghul sebab lama dia kena bertapa kat dapur untuk menyiapkan sambal ni untuk anak dia makan [melalui isteri dia yang dobot ni]. Ekeke. Siapa nak resepi nasi himpit sambal hitam ni boleh la rujuk di Kompilasi Resepi.

Ini adalah menu pantai timur. Rasanya orang negeri lain tak biasa makan makanan ni kot. Kalau dah sebut pantai timur, dah tentu la rasanya manis. :D. Untuk tekak saya, sambal ni sangat sedap, sama seperti sambal yang makcik-makcik veteren kat kampung saya buat yang saya damba-dambakan untuk makan selama ni. Sungguh berbakat suami saya memasak rupanya walaupun semalam dia masak asam pedas pakai sudip. Hahahaha. Comel kan?

Lepas ni nak request dia masak apa plak ye. Rasa macam nak makan mee rebus Terengganu la. Ekekeke.. Diva plak aku rasa.

48 comments:

  1. Hehehe..bess betul permaisuri nie janji order jer ..seme dapat..mintak nasi kerabu lak lyd..heheh.. sambal tuh ngan nasi impit mmg power kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time pregnant ni bleh la. Nanti lepas bersalin pun seminggu dia kena jaga saya seblum saya balik kampung. Hehehe...

      Haah ummuaidan. Sambal tu terngiang2 di tekak.

      Delete
  2. Replies
    1. Dia baru je pandai masak. Sebab baru je belajar. Hehe.

      Delete
  3. Dulu masa blm khwn housemate selalu bwk serunding ikan nie..sedap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Housemate tu buat sendiri ke? Dia orang kelantan ke ganu? Ke pahang? Sedap kan?

      Delete
  4. Lama tak melawat Lydd. Waahhh...lawat2 dia dah jadi Diva minta menu! Takpe...bila lagi kan? Anyway, tahniah sahabat...semoga anda dipanjangkan umur dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skali sekala nak jadi diva ni sha. Kekeke.. Betul la, lama sha tak komen sini. Bz ye? Cemana progress keja? Tulis novel baru ke?

      Delete
  5. ni peberet mak sy..slalu je die wat ayat.."mak suke mkn ni, tp x reti nk buat.." n anak solehah die reply.."nnti akak crik kt kdai dpn tuuu"..haha..bukan nye nk blajo wat sndri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat la wei meina. Mak dah hint supaya anak dia belajar buat untuk dia tu. Tapi akak rasa memang payah skit ko nak buat sekarang sebab budak dobot tu mesti akan mengacau. Lama nak buat benda ni.

      Delete
  6. untung la..nampak menyelerakan..mesti sedap kan..aku masakkan bini aku megi je rajin walaupon aku terer masak..mahal air tangan aku ni..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha.... megi aku masih larat nak masak sendiri. Memang mahal la air tangan ko kalo terer masak, tapi masak megi je kat bini. Kerajinan bukanlah milik setiap insan.

      Delete
    2. HAhaha selit sini la ada tag line faveret tu.
      Tak nak request nasi tumpang ker dear? Sambal kelapa ni sedap, nasi kerabu pun jadik ni huhuhuh.
      Bundle, ko masak megi letak air tangan mencurah2 eh.

      Delete
  7. sedap2 je makanan yang masuk tekak Lyd ni...selera Lyd ni memang sedap makan apa saja kot. hehehe..saya suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak makanan yang tak sedap. Yang tak sedap tak masuk dalam blog. Hehehe. Biasanya makanan beli la yang tak sedap tu.

      Delete
  8. xpernah dgr pun menu nie...untung lyd..request jgn xrequest..sy kalo request memg hubby tunaikan, tp di kedai mkn..xde nya beliau nak masak sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe mrs Lurve. Asalkan dia tunaikan pun dah okay. Selagi apa yang awk nak makan tu ada jual, kira okay la. Kalo nak masakan kampung yang takde jual tu payah skit. Heheh.

      Delete
  9. lama xmkn...sedap nih..masa baca tajuk td mati2 ingat sambal hitam org pahang tuh. pelik gak sambal tu mkn dgn nasi impit.hahaha...xtau nama sambal ni sambal hitam...makan je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk pun suka gak ek sambal ni? Ye la kan.. awk pun org pantai timur. Sambal hitam pahang tu saya pun tak penah mkn awk. Yg ada belimbing tu kan?

      Delete
  10. Replies
    1. Ramai yang suka sambal ni rupanya... Hehehehe.

      Delete
  11. Bila tengok gambar sambal warna hitam tu, teringat sambal aruah mak yg tak tau apa namanya, tapi sangat sedap..Sampai sekarang masih merindui sambal yg dah hilang itu bersama hilangnya ibu tersayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke JR? Sedihnya... saya faham perasaan tu. Sebab ada jugak kuih yang arwah mak saya selalu buat tapi memang orang lain tak pandai buat. Kuih ciptaan dia sendiri. Itu pun turut hilang bersama arwah mak saya.

      Sambal yang JR suka tu takkan takde jual?

      Delete
  12. errr.... tak bleh ek masak asam pedas guna sudip?
    aku selalu buat macam tu sebab malas nak tukar2... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tu boleh. tapi nanti masa nak ceduk kuah asam pedas tu kan kena tukar jugak. Ceduk kuah guna sudip boleh dpt ke? Heheh. Ko ni.

      Delete
    2. aku tak ceduk. Aku tuangkan je turs ke mangkuk.... kakaka

      Delete
  13. bertuahnyer badan der orang boleh masakkkan... kalauler boleh akak pun nak...
    memang divani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ada baby je ni rasanya kak. Kalo tidak, dia tak la bersemangat cenggitu. Hahaha.

      Delete
  14. assalamualaikum lyd...bestnya ada org yg masakkn...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul2 rasa mcm bujang dulu mama. Nak makan, semua mak dah siap masakkan. Kali ni dah kawen, suami masak kira mcm best jugak la perasaan dia. Tapi insyaAllah bila dah abih pantang nanti saya plak yg akan masak semula utk dia.

      Delete
  15. wa wa wa... sayang betul mr azghul kat baby dalam perut tu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah... Excited dia nak jadi ayah kot. Tiap2 hari dia yang doa untuk anak dia. Nak harap mama dia ni, kadang2 je. Padahal baby ada dlm perut mama.

      Delete
  16. ye ni perst time tengok gambar ...

    p.s. harap satu hari dapat rasa ...nampak sedap sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Has org utara kan? Biasanya org utara tak suka makanan manis2 ni. Tapi takpe. Bleh try some other day. :)

      Delete
  17. salah satu feberet ni...anak-anak paling suka makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan sambal ni ema? Nak cari kat KL mmg susah skit. Belum penah jumpa lagi rasanya.

      Delete
  18. Mmg tak pernah mkn la lyd. Leceh jugak cara nak buatnya tu.
    Sangai tu saya panggil sangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg leceh gak ujie. bygkan makcik2 kt kg buat makanan ni, pastu jual murah je. sian kan? tak berbaloi dgn penat.

      Delete
  19. assalam...salam kenal dan follow ye
    akak x penah makan tp emmm nampak sedap tuh

    ReplyDelete
  20. selalu kita makan serunding daging....rasanya macam tak pernah lagi makan yg ikan. takpe nanti nak cubalah...mesti sedap sebab nampak dalam gambar cam sedap je. teringin lak rasa. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak femes sgt serunding ikan ni. Belah pantai timur je selalu banyak makanan berunsurkan ikan2 ni. Nanti try ye.

      Delete
  21. Mesti sedap nih. Tu untung jadi ibu ngandung. Permintaan akan ditunaikan...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu fiza. Permintaan akan ditunaikan tanpa banyak soal. Heheh.

      Delete
  22. aku sejak duduk kat kuantan ni, aku belajar la jugak masak sambal hitam..tapi kawan aku ajar, xde pulak guna serunding ikan dengan kelapa parut..yg dia ajar guna asam belimbing jer..

    makan dgn telur dadar jer pun dah cukup sedap..

    ReplyDelete
  23. bagus betul ada husben pandai masak dan agak2 rajin jgk nk masak kan.

    ReplyDelete
  24. nak komen gak..!
    Nampak sangat sedap sebab gamba tu sangat dekat! Macam nak amik & ngap je..hihi. Saya tak penah mkn sambal ni, selalu kalau bukan time raya, mkn nasi impit ngan sambal tumis ikan bilis je :)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...