Skip to main content

Intipati Ceramah Ringkas: Raising Gadget Kids

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku sempat mendengar satu cemarah ceramah keibubapaan di bangunan UEM, selang satu blok dengan ofis aku ni. Agak menarik tajuknya. Dan isinya memang menarik, cuma terlalu ringkas untuk satu topik yang besar seperti itu. Hanya 45 minit termasuk pengenalan diri penceramah, tentang isteri penceramah dan juga 6 orang anak mereka. Juga termasuk selingan-selingan yang tak berapa ada informasi sangat. Tapi setakat mana yang aku sempat tulis, yang ini je la isi penting yang boleh aku share dengan korang. Harap bersabar.

Penyampai : En Fadhli & Pn Jamilah.

1:  Don't Compare.
Kita dah biasa dengar atau baca tentang parenting guide yang mengatakan, 'JANGAN SESEKALI MEMBANDING-BANDINGKAN ANAK'. Jangan membandingkan tu tidak kira dengan sesiapa pun, sama ada kawan-kawan atau adik beradik yang lain. Contohnya kalau anak tu malas bangun pagi untuk pergi sekolah, kita stress, jadi kita pun dok kata kat anak, "Nape la kau ni liat benor nak bangun pagi [eh, macam mengata diri mak dia ni plak], cuba kau tengok Abang Long ko tu, senang je nak bangun, rajin plak tu, pandai buat cheesekut lagi. Yang ko ni apa je yang ko reti? Apa nak jadi ntah!". Haaaa... lebih kurang gitu la kaedahnya kalo jenis mak/ayah yang suka membanding-bandingkan.


TAPI....Siapa kata kita terus tak boleh compare anak kita? KITA BOLEH MEMBANDING-BANDINGKAN ANAK kita dengan DIRI mereka sendiri.  Anak kita tu walaupun ada hari-hari dia buat perangai, tapi mesti la ada juga hari tertentu yang dia baik dan berperangai elok, sempurna, berakhlak mulia berhemah tinggi apa semua kan? Jadi, bila mereka buat perkara yang kita rasa menyirap, boleh la kita bandingkan perangai tak semenggah dia tu dengan waktu dia buat perangai yang semenggah dulu-dulu punya. Contohnya, "Semalam Vovoi baik je, bangun awal, rajin pegi sekolah, malahan sempat buat lempeng nyior lagi kat mama. Buat macam semalam kan bagus?". 


2:  Ganjaran Segera vs Menangguhkan Ganjaran
Satu kajian telah dijalankan di negara barat. Ujian ini dilakukan terhadap beberapa orang kanak-kanak berusia 4 ke 5 tahun. Apa yang mereka lakukan ialah, mereka menempatkan setiap kanak-kanak itu tadi di dalam sebuah bilik yang di dalamnya terdapat hanya sebuah meja, kerusi dan sebiji piring yang berisi dengan seulas marshmellow.  Pengkaji meninggalkan setiap kanak-kanak tadi dengan memberi pesanan, jika tunggu sehingga pakcik [pengkaji] datang, dia [kanak-kanak] itu akan dapat seulas lagi marshmelow. Maknanya akan dapat 2 ketul la marshmellow tu. Kalau aku, setakat 2 ulas tu dalam satu nafas je aku telan terus. Mana cukup??!! 

Kemudian si pengkaji itu turut berpesan jika kanak-kanak itu merasa tidak tahan untuk makan marshmellow tersebut, mereka boleh makan marshmellow itu dengan menekan buzzer menandakan mereka dah tak tahan menunggu. Alaaa... sape ingat iklan chipsmore dulu. Ada sekali dia buat iklan ketahanan nafsu kanak-kanak untuk makan biskut Chipsmore tu. Ingat tak? Ingat tak? Haihh.. pelupa betul korang ni. 

Keputusan daripada ujian itu ialah, terdapat beberapa orang kanak-kanak yang berjaya menunggu selama 15 minit untuk mendapatkan marshmellow ke-2 dan beberapa orang pula yang hanya mendapat 1 marshmellow. 

14 tahun kemudian, semua kanak-kanak tadi dijejaki semula dan ibubapa mereka ditemuramah. Hasil kajian mendapati bahawa, ternyata kanak-kanak yang mendapat 2 marshmellow lebih cemerlang kehidupan mereka berbanding dengan yang hanya mendapat 1 marshmellow. Keputusan ujian dan prestasi di sekolah semuanya kanak-kanak 2 marshmellow mendahului kanak-kanak 1 marshmellow.

Apa kaitannya kisah kajian ini dengan mendidik anak?

Kata penceramah, "patience is what we need to teach our children, deliberately". Kalau inginkan anak-anak berjaya dan cemerlang, ajarkan anak-anak supaya BERSABAR. Sabar ini pun dalam Quran ada sebut, mafhumnya, "dan jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu,"




Haaa, jadi..... marilah kita ajar anak-anak kita supaya bersabar. Tapi untuk mengajar anak bersabar, mak ayah le yang kena bersabar dulu. Itu yang mencabar sikit tu ye dak?



3: Quality Bonding Time
Berapa banyak perhatian yang kita berikan kepada anak-anak kita? Berapa banyak kali kita biarkan anak-anak kita bermain sendiri sedangkan kita [yakni aku] dok menghadap telefon bimbit ataupun kejung melayan filem kat dalam TV? Kata penceramah, kalau ibu-ibu yang surirumah yang menjaga sendiri anak-anak mereka tu kira okay lagi. Sebab sepanjang hari anak ada bersama-sama. Tapi yang bekerja, balik kerja jam 6 petang, berapa jam sangat masa bersama anak. Lepas bekerja tu la waktu nak selesaikan kerja rumah, lepas tu jam 10 malam, anak dah nak tidur. Dah tu, bila masa quality time tu nak wujud dalam hubungan parent-child? Ce royak ko ambo?

Memang kita selalu dengar, ibu yang lebih rapat dengan anak-anak. Itu betul. Sebab ibu ni lebih teliti dan lebih prihatin terhadap anak-anak walaupun pada perkara-perkara yang kecil. Tapi, penting bagi ayah untuk memainkan peranan di dalam membina perhubungan dengan anak. Ayah yang sepatutnya lebih banyak berkomunikasi dengan anak dan menyelami perasaan anak. Sebab dengan ibu, perkara itu dah semacam otometik. Anak akan ada feeling yang special terhadap ibunya tanpa ibu berusaha sangat pun. Sebab ibu memang diperlukan secara fitrahnya. Tapi ayah, perlu berusaha untuk memenangi hati anak. Owh... memenangi itu bukan bermakna menjadikan anak sebagai 'tuan' ye. Jangan sampai semua anak nak, boleh dapat. Itu namanya lembu, bukan ayah.

Di dalam Al Quran, terdapat lebih banyak ayat-ayat yang menceritakan perbualan di antara 'ayah-anak' berbanding perbualan 'ibu-anak'. Al Quran itu kan petunjuk. Jadi apa yang tekandung di dalam Al Quran itu banyak mutasyabihatnya dan perkaitannya dengan kehidupan seharian kita. Berkenaan ayat-ayat perbualan 'ayah-anak' di dalam Al Quran itu di antaranya ialah perbualan;

  1. Luqman dan anaknya
  2. Ibrahim dengan ayahnya Azar
  3. Ibrahim dengan Ismail
  4. Yaakob dengan Yusuf
  5. Syuaib dengan anak perempuannya
  6. Nuh dengan anaknya.

Menunjukkan kepada kita betapa pentingnya komunikasi diantara seorang ayah dengan anaknya. Ada fehem?

Selepas itu, masa ceramah pun tamat. Jadi dah habis la kisah pasal parenting ni. Kalau ada manfaat, silalah kongsikan dengan kawan-kawan akan entry ini dan amalkan. Jika tiada kebaikan pun pada entry ini, maafkan aku kerana itu adalah kerana kelemahan cara penyampaian dan diri aku sendiri.

Jadi kita akhiri tazkirah kita ini dengan tasbih kifarah dan surah Al Asr. Kupai!



Comments

  1. terima kasih atas perkongsian.. (psst..kite dah update blog..silalah jenguk..hehe)

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing lyd. Nak bersabar dalam mendidik anak2 tu memang mencabar. Tu lah doa saya hari² supaya di beri kesabaran dalam mendidik amanah yg telah DIA berikan pada kita. Tapi tu lah...terlepas jugak kemarahan tu. Mcm mana anak tu nak belajar sabar kan. Peringatan buat diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. terima kasih lyd atas ingatan tu...kalau anak dah dewasa lg pening bila difikirkan..lbih baik jaga mereka semasa kecil...ragam2nya lain macam..kadang2 terfikir juga ....aku dulu masa muda perangai elok je....

    ReplyDelete
  4. setiap kali lepas Solat,tau apa yg sy doa..ya Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak2ku..memang Jenis tak sabar kan!huhu..nak ajar anak sabar bukan perkara mudah.

    TQ lyd berkongsi ilmu..bertyambah pengetahuan lebih2 lagi kisah perbualan nabi2 kita dengan anak2..

    ReplyDelete
  5. Dari pengalaman saya mendidik 6 anak, setiap anak ada tahap intilektual yg berbeza. Membandingkan seorang anak yg kurang tahap intilektualnya dengan seorang lagi yg cemerlang tahap intilektualnya hanya akan menimbulkan rasa memberontak anak. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya, misalnya anak yg pencapaian akademiknya rendah mungkin ada kelebihan di bidang lain, contohnya bidang kemahiran. Terpulang kpd ibu bapa untuk gunakan kemahiran anak utk kejayaaan masa depan mereka...

    ReplyDelete
  6. Kata sikit.....mau berpeluh juga mak baca novel hihi...
    Tq kerana berkongsi artikel ni Lyd . Bagus! Walaupun okje anak dah besar besar tapi lemah gak dalam bab parenting ni.

    ReplyDelete
  7. wah...nice sharing lyd
    pasal jangan compare tu tersangatlah betul
    ramai pakar kanak-kanak cakap benda yang sama
    setiap manusia tu berbeza, tak adil kita buat comparison terutama apabila
    mereka dilahirkan atau dibentuk dari acuan yang berbeza

    terimalah anak kita seadanya, yang penting kasih sayang
    insya ALLAH, mereka akan berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  8. Zaman sekarang ni zaman mencabar nak besarkan anak2. Anak2 plk berbeza2 perangainya. Parents plk kalau jns yg kureng sabar tu ada je la bnd2 x ptt kuar. Sabar je la.

    ReplyDelete
  9. saya rasa yang no 3 tu kamikena perbaiki lagi..lagi2 sekarang ni macam maisara cuma ada 5-4 jam je masa nak berbual,bergurau sepab jam 10 dah tidur..kadang2 ayah dia belum balik masjid dia dah tidur..memang rindu sanagt dekat maisara sekarang ni..dia sibuk dengan belajar je sekarang,,,

    ReplyDelete
  10. Thanks Lyd atas perkongsian dan peringatan. Baru la tadi tulis pasal 'kecamuk' perasaan si Abang dengan Daddynya tetiba baca entri ni. Lambat betul I nak pi terjah sini. Sibuklah katakan ~ Mommy berkerjaya gitu *_*

    ReplyDelete
  11. Salam. Hee infor yang baik untuk jaga anak2 membesar.

    ReplyDelete
  12. gd sharing Lyd.

    biasa gak dgr ibubapa suka banding2kan anak dia dgn anak org lain. Jd ibubapa ni kena ada ilmu.

    ReplyDelete
  13. Thanks lid...pasal tgh busy...nnt kena baca lg sekali utk hadamkan betul2....aok jgn delete pulak hak nih

    ReplyDelete
  14. assalam
    singgah sini
    thanks lyd jenguk blog saya tu..

    perkongsian dan peringatan buat saya.
    BERSABAR.. anak baru nk masuk 8 bulan.
    harap sangat diri kami diberi ketabahan dan kesabaran

    bab banding tu mmmm..
    baru ni dh kena..
    sbb rania belum tumbuh gigi...
    pastu ada la suara..

    pppsstt:lyd, nanti saya bg nama dekat lyd ye..
    rania kena gigit nyamuk tu yg berbintik merah tu..

    ReplyDelete
  15. bagaimana lah nanti bila saya ada anak agaknya ... mmg cabaran !

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya