Sejahteralah ke atas kamu...
Semasa di kampung baru-baru ini, aku mengambil kesempatan untuk menziarahi kubur Allahyarhamah emak aku. Sebelum pergi tu, ada anak buah aku nak ikut. So, aku ajak je la. Ada 2 orang yang ikut. Sorang lelaki darjah 1 dan sorang lagi perempuan 5 tahun.
Masuk je di perkarangan kubur, aku jalan terlampau gopoh agaknya sampai kaki aku terpeleot, lepas tu aku melatah, "Opocot!".
Anak buah aku yang lelaki darjah 1 tu terus je pandang aku dan cakap pada aku, "Tak baik melatah".....
Aku terdiam. Kami semua masih lagi menapak untuk ke pusara emak. Sehinggalah aku terdetik nak tanya kepada anak buah aku tu, "Amaluddin, kenapa Amaluddin kata tak baik melatah?".Dia menjawab dengan nada yang sopan dan lembut, "Kalau nak melatah, cakaplah 'Ya Allah' ke"....Untuk seketika, aku terasa seperti layang-layang terputus tali. Dia baru darjah satu, tapi dia mampu berkata-kata sesuatu yang ber'isi'. Ko mampu?Sebenarnya bukan itu sahaja. Aku perhatikan je Amaluddin. Attitude dia bagus. Naik kereta baca doa, turun kereta berbasmallah. Dia bermain juga. Dia berlari juga seperti budak-budak lain. Tapi sambil main, sambil menyapu laman rumah aki. Mampu?Satu masa dulu, aku pernah juga terasa seperti layang-layang terputus tali macam ni dengan abang kepada Amaluddin. Waktu tu abang dia darjah 6. Aku forward sms yang ala-ala 'kalau tak forward nanti musibah akan terjadi kepada orang yang tak forward sms tu'. Lepas tu abg dia reply sms tu dan ayat dia lebih kurang macam ni, "Tak baik maksu, boleh rosak akidah kalau percaya mesej macam ni". Huuhuu... Nangis kuar belon ikut idung kejap.
...........................
Anak itu adalah cerminan kepada ibubapa. Kalau ibu bapa kata pada anak, "mak tak pernah ajar kau bercakap kurang hajar" tapi dalam masa yang sama si 'emak' tu suka cakap merepek-repek dan bercerita palsu tentang orang lain sambil kutuk-kutuk orang lain depan anak, memang betul mak tak ajar, tapi mak tunjuk melalui perbuatan. Memang mak tak ajar anak mencuri, tapi bila pergi pasaraya, mak selambe je ambil kerepek-kerepek yang timbang tu dan makan tanpa kebenaran dengan alasan nak rasa walaupun peniaga tu takde pun kata boleh rasa sample. Ajar anak tu bukan macam, "baik anak-anak, hari ni mak nak ajar kau berbohong. Cara untuk berbohong ialah dengan mereka-reka cerita dan buatkan ia nampak seperti benar. Dan menipulah selalu. Nescaya hidup kau akan masuk neraka jahannam". Bukan macam tu anak dapat ajaran daripada kita. Kita tak perlu ajar begitu, tapi hanya melalui perbuatan kita.
Aku rasa semua orang perasan yang anak kecil akan tiru perbuatan orang dewasa ataupun perlakuan sesiapa jua yang berada di sekeliling dia. Kalau perbuatan baik yang dia nampak, maka baiklah perbuatan yang akan dia ikut. Vice versa. Sebab tu, aku memang berhati-hati sangat dengan apa yang aku buat dan apa yang aku cakap sejak ada anak ni. Sebab aku nak dia reflects attitude aku yang baik-baik je. Tapi... aku rasa kalau nak bandingkan aku dengan ibu bapa Amaluddin, i'm not good enough. A long way to go to be like them. Tengah berubahlah ni slow-slow.
To be honest, kalau aku tengok anak-anak kecil pandai menyanyi lagu frozen atau apa-apa lagu, aku tak impress sangat. Rasa biasa je. Sebab memang la dia akan pandai nyanyi tak kira lagu apa pun kalau setiap masa pasang lagu tu. Begitu juga kalau anak pandai menari ikut rentak lagu. Tak impress pun. Kalau suka tengok pun cuma sebab comel. Sebab comel tu je yang membuatkan heart melting.
Pendapat peribadi aku, anak yang membuatkan aku impress ialah anak yang ada attitude dan pemikiran tersendiri. Dia mampu berfikir dan memberikan pendapat yang ber'nas' walaupun dia masih kecil. Haaa, itu la baru boleh dibanggakan oleh seorang emak. Dan itu jugalah yang kurangnya dalam fikiran anak-anak orang Malaysia sekarang. Jangan terasa, tapi kena mengaku itu hakikat.
Pelan pendidikan aku terhadap Luth ialah bila masuk je umur dia 2 tahun ni, aku akan mula cerita kepada dia tentang Allah Maha Esa. Buat masa awal-awal ni aku akan ajar sikit-sikit tentang A-B-C, Alif-Ba-Ta dan 1-2-3. Tapi bukan menjadi keutamaan, kalau dia pandai, pandai la. Kalau dia kurang cekap menghafal sekali pun dalam usia awal ni, aku takkan paksa. Sebab apa yang aku nak fokus pada usia awal dia ni ialah akidah dan akhlak yang mulia. Itu yang paling penting. ABC tu semua, sooner or later dia akan reti juga nanti. Tak menjadi ke kudis pun kalau lambat sikit je daripada budak lain.
Nak membentuk akidah dan akhlak anak, perkara utama yang perlu ibubapa lakukan ialah mahirkan komunikasi anak terlebih dahulu. Explain, explain dan explain. Cerita je tentang semua benda. Jangan sekali pun rasa macam, "Alah, dia kecik lagi, bukan dia faham pun kalau aku cakap ni". No, bukan pasal faham ke tak faham. Tapi tentang bunyi setiap ayat dan perkataan tu. Bagi dia biasa dengan bahasa yang kita guna.
Anak ni, walaupun bila kita cakap dia nampak macam tak faham, tapi sebenarnya otak dia absorb apa yang kita sebut tu. Cuma mungkin dia belum boleh ulang balik apa yang kita cakap tu, sebab kemampuan berkomunikasi dia kurang. Jadi, yakin je semasa kita explain pada anak tentang apa-apa jua sekalipun. Nak buka lampu kita sebut, nak pakai kasut kita sebut, nak lipat tilam, nak buka TV dan yang paling penting perkara rutin yang perlu dia lakukan tu yang paling utama kita kena ajar dia. Maksudnya, ajar dia nama perbuatan itu apa. Mandi. Berak busuk. Gosok gigi. Tukar diaper. etc.
Di antara akhlak yang penting bagi seorang anak selain daripada bersalam dengan orang bila bertemu ialah jadi lebih sensitif dengan persekitaran. Amaluddin, bila aku bawa dia ke sungai tempat orang berkelah, perkara pertama yang dia nampak ialah tempat tu kotor. Dia tanya aku, "maksu, kenapa banyak sampah? Kenapa kotor?". Mende la yang boleh aku jawab. Kang kalau aku jawab, "derang tu memang tak guna, sampah sendiri pun tak tahu nak buang, hanya tau buang merata-rata je", nanti Amaluddin kata pulak, "tak baik kata orang tak guna", nanti aku yg pitam lagi skali. So, aku jawab, aku tak tahu je la walaupun jawapan tu tak menunjukkan ciri-ciri keibuan dan kecikguan langsung. Amaluddin kata, dia kutip sampah di padang sekolah dengan abang dia. Tapi esoknya dah penuh dengan sampah semula tempat tu. Daripada nada dia, ternyata dia rasa kecewa.
Sensitif dengan persekitaran juga ialah seperti, kalau tengok orang sedih kita perlu ajar dia untuk tenangkan orang itu, jika tengok orang susah dan lapar, ajar dia untuk bersyukur dengan kesenangan yang dia ada. Ermm... itu pelan nya. Ada banyak lagi. Tapi tidak adil pula kalau aku nak cerita panjang-panjang tentang cara mendidik anak di sini. Sebab bukan semua orang perlukan cerita begini. Aku ni baru je 2 tahun jadi mak. Anak aku dah la sorang je. Orang lain dah lalui semua ni terlebih dahulu. Cuma aku harap ada manfaat untuk ibu-ibu sezaman aku ni.
Anak itu akan jadi saham kita di akhirat. Yang tidak akan terputus selepas kita mati ialah, sedekah jariah [berapa banyak yang mampu kita beri kalau kita tak kaya mana pun. Lagipun bila kita mati, kita dah tak mampu nak bersedekah lagi], ilmu yang bermanfaat [berapa banyak ilmu je yang pernah kita ajar orang? Lain la kalau kita ni cikgu KEMAS ke, atau orang alim yang banyak ilmu. Lagipun bila kita mati, kita dah tak dapat mengajar lagi dah, hanya semata-mata bergantung kepada ilmu yang sempat kita ajar sebelum mati je], tapi yang terakhir sekali, DOA ANAK YANG SOLEH. Yang ini walaupun kita dah mati, kalau ada anak yang soleh, insyaAllah dapat membantu kita di dalam kubur dan jika lagi beruntung, di akhirat kelak pun dapat bantu kita. Jadi, jom lah.... didik anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Tapi yang paling utama, kita dulu yang perlu jadi soleh dan solelah. Kalau tak mampu jadi soleh, cukuplah jangan jadi jahat. Huhu.
bestnya perkongsian ni... teringat anak kat rumah T_T
ReplyDeleteFirst of all maapkan daku punyelah lama aku tak berblog walking sampai header bulan dah jadik ladybird ngeh, ngeh....
ReplyDeleteSecondly, aku pun rasa macam nak kluar belon dari idung baca stetmen ko ni. Ntah la smenjak dua menjak ni apa2 cite pasal 'tkenang jaman dulu' atau cite psl mak-mak memang buat banyak belon kat hidung. Ok aku tengah period. Maseh.
Jemput Singgah: D.A: Kambing Bakar & Salad siap dalam 15 min jek!
terharu bila baca.. terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteApa yg lyd nyatakan didalam entry ni semuanya betul..anak tu cerminan ibu bapa.bersama kita berubah kearah yg lebih baik, Insyaallah..untuk melahirkan anak soleh n solehah..
ReplyDeleteTQ juga kerana mengingatkan..manusia kan mudah lupa..:)
aku percaya pada bnd yang kau cakap, mak ayah kite adalah kite, kite adalah anak2 kite. kerana kite dan persekitaran tu.
ReplyDeletesebagai contoh, mak ayah kite sukakan haiwan. otomatik anak-anak die akan sukakan haiwan. dan care of it sampai ke tua. even mak ayah ko dah tak duduk sekali dengan ko.
pembelajaran scara tak lansung. the best teacher ever.
untung mak bapak dia, sejuk perut mak dia mengandung. mungkin sedari kecik dulu mak dia dah ajar perkara2 yang baik, alunan zikir2 sebelum tidur..
ReplyDeleteterima kasih kak Lyd..mula terfikir kenapa anak kadang-kadang ada bercakap dengan ayat yang sakitkan hati.
ReplyDeletesetuju dengan perkongsian ini. beranilah keluar dari kebiasaan keluarga kita yg tidak mendatangkan manfaat demi menjadikan generasi akan datang yg soleh dan solahah.
ReplyDeleteanak-anak adalah cerminan kita..huh
alahai.
ReplyDeleteinsaf jap.
terima kasih lyd atas perkongsian ni..
sama sama la kita berusaha ke arah itu
smga urusan kita juga dipermudahkan nanti
Menjawab pertanyaan budak-budak pun perlu berhikmah...dan berhemah...takut nnt melekat jawapan kita yg bkn2 seumur hidupnya....haha
ReplyDeletecantiknya akhlak dia... moga menjadi insan yg soleh nanti.... tahniah buat ibu bapanya... :)
ReplyDeleteThanks atas perkongsian lyd. Bijaknya amaluddin.
ReplyDeleteI setuju dengan statement yang last tu - tak mampu jadi soleh, cukuplah jangan jadi jahat. I pun pegang prinsip yang sama. Cuma kadang-kala ada juga tersasar. Anak-anak memang cerminan diri kita sebagai ibu/bapa tanpa kita sedari. Pernah terjadi sekali, Abang tak pergi sekolah kerana takda kenderaan (Daddynya tak dan nak balik ambil pi sekolah). Sebab takda mc, I tulislah surat tapi kata dia sakit perut. Bila dia baca, dia terus kata, " Mommy, bukan ke berdosa kalau menipu?' Oh... my mistake!
ReplyDeleteamin..insyallah... sememangnya usia mcm ni sesuai utk pembentukan akidah..sbb rohnya mudah terima semua tu. moga semua dipermudahkan.. lya klo blh nk undur smula msa n lakukan smula pdidikan y sebetulnya utk Fasya.. huhu.. dulu sakit, x byk msa dgn dia..dia hndle diari dia sndiri..
ReplyDeleteamaludin sebaya afif anak saya, prangai tu buat saya nak jadikan menantu =)
ReplyDeletesejuknya hati kalau anak begitu
malu pula dengan diri sendiri walau saya berusaha untuk menjadi seperti parent amaludin
belum terlambat untuk saya mencuba kan?