Iklan! Iklan! Sila Click!

09 December 2011

Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana, Tapi Takde Jodoh Ke Mana-mana

Sejahteralah ke atas kamu..

Kamu tengok tak drama di slot Akasia, Tentang Dhia. Comelnya Nora Danish. Bila pakai tudung, makin terserlah comel dia. Saya sebagai seorang wanita, mampu terbakar dek api cemburu kerana kecomelannya itu.. Pergh.. Ayat aku, bleh kalah Fauziah Ashaari [penulis novel Ombak Rindu].

Sape tak tengok, meh saya citer nak? Ololo.. sian. Tapi saya citer part yang berkenaan dengan entry ni je. Dalam citer tu, Nora Danish jadi Dhia. Dhia bercinta dgn Azmi [Akoi Mustafa] sejak skolah menengah sampai bertunang. Masa malam Dhia nak dinikahkan dengan Azmi tu, ada pompuan buat cerita dia mengandungkan anak Azmi. So, Dhia tak jadi kawen dgn Azmi. Azmi kawen dgn pompuan tu [Melly].

Lepas dah lama, Dhia bercinta plak dengan Zikir [Ady Putra] dan nak bertunang. Tetiba hari yg sama nak bertunang tu la Azmi dtg meminang lagi skali, sbb Azmi dah ceraikan Melly. Dhia serba salah sampai pengsan. Pastu Dhia decide nak pilih Azmi dan tinggalkan Zikir. Bila dah nak bgtau Azmi tu, tetiba lagi sekali, Azmi kena tangkap dgn polis, sampai masuk penjara sebab mengedar dadah yang org fitnah dia. So, Dhia pun terpaksa la pilih Zikir semula bila ayah dia berkeras jugak nak suruh dia pilih Zikir.

Point saya kat sini ialah... kalau dah tak ada jodoh tu, ada je halangannya. Sepertinya Allah dah jauhkan orang tu daripada kita dengan apa cara sekalipun. Walaupun cara tu kadang-kadang nampak macam, "kalaulah benda ni tak terjadi, tentu aku dah berkahwin dengan dia", tapi kena ingat apa yang berlaku tu memang Allah dah aturkan. Sebab tu la, saya dah tak pelik sangat kalau dengar orang bercinta 10 tahun tapi akhirnya masing-masing kahwin dengan orang lain. Punca perpisahan pulak pasti ada silap kat mana-mana. Salah faham sana. Salah faham sini. Orang tua tak restu la. Macam-macam. Kita nampak macam punca perpisahan itu adalah kegagalan hubungan itu. Tapi ramai yang tak sedar, bahawa semua itu Allah dah susun agar kita berpisah dengan orang yang salah tu kemudian ditemukan kita pulak dengan orang yang betul iaitu jodoh sebenar kita. Saya ni... kalau bukan dipisahkan secara paksa macam tu, sampai ke sudah la gamaknya saya pilih jalan yang salah walaupun jalan yang benar terbentang depan mata. :) Kawan-kawan rapat saya tentu sangat memahami. Peace.



Untuk sesiapa yang belum bertemu jodoh, jangan risau, pasti ada jalannya. Dan bagi yang sedang bercinta pulak, jangan berharap sangat pasangan kamu itu adalah jodoh kamu. Mungkin juga kamu sedang membuang masa bercinta dengan orang yang salah. Heheh. Jgn sentap.

Nota bulu betis : Untuk nur Muhammad, saya tak dpt lawat blog kamu. Bleh tinggalkan link? Please. Thank you. :)

16 comments:

  1. jodoh.. oh jodoh.. dimanakah dikau.. xsabar nak kawen ni :)

    ReplyDelete
  2. Taufiq : Pasti ada. Biasanya jodho tu muncul semasa kita tak berharap apa-apa pun tentangnya. :)

    ReplyDelete
  3. tu yg dinamakan jodoh mcm rezeki gak..klu mmg rezeki kita cpt atau lmbt mmg dapat..klu bukan rezeki kita..makanan dan smpai ke mulut pun boleh jatuh gak sbb memang bukan rezeki..

    i tak tgk tentang dhia tap dari sinopsis nie dah nmpkkan ttg jodoh tu..semua tu mmg ketentuan dari Allah..dah tertulis smua kat sana :)

    tq sbb sudi berkunjung kat blog saya..dan i dah follow u back :)

    ReplyDelete
  4. awak, saye geli tengok ako masa jadi budak sekolah. *pengsan*

    ReplyDelete
  5. saya geli tgk ako mustafa jadi rebutan. heheh.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum LYdsunshine....yer la jodoh tu mmg dah ditentukan oleh Allah mcm mana pisah pun akhirnya bersatu juga...

    mama pun dah nampak contohnya pada anak mama sendiri kerana selagi kecik berkawan pastu berpisah 8tn jumpa balik pastu berpisah balik tiga kali berpisah barulah jadi akhirnya....alhamdullilah skg dah jadi suami isteri pun...:)

    p/s mekacih izinkn mama utk reviewkn blog ni yer...:)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum Lydsunshine...mama dtg bawakn n3 tu yer jom pi lawat blog mama...:)

    http://maszull.blogspot.com/2011/12/review-blog-follower-mama.html

    ReplyDelete
  8. salam;
    rancangan tak semestinya menjadi..sbb bukan kita yang menentukannya..

    ReplyDelete
  9. bg sy jodoh tu sesuatu ketentuan Allah yg pnuh dgn hikmah. knp,knp,knp kita xada jodoh dgn org yg kita syg dan knp knp knp jodoh kita dgn org yg kita benci? Allah saja yg tahu apa yg diaturkan. Kita? redha dan positif selalu.

    dr blog mama masszull =)

    ReplyDelete
  10. mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)

    ReplyDelete
  11. kadang2 kita x sedar yg depan mata tu lah jodoh kita....hhee... salam kenal dik

    ReplyDelete
  12. betoi.. betoi... sokong 100% .. tapi memang kesianler kat azmi (ako ) ceritatu.. memang malang betoiler nasib diakan.. mellytu punca segala.. memang kena percaya janji Allah...

    ReplyDelete
  13. saya suka entry ini. Point2 u sgt bernas. Hihi.

    ReplyDelete
  14. Salam Lyd...

    tak tgk tentang dhia sangat, tp mmg suka tgk nora danish tu bertudung, comel...:)

    setuju, jodoh, ajal maut di tangan Tuhan, walau kita usaha macam mana, tp Dia kata itu bukan jodoh kita, tak jadi apa kan...

    ReplyDelete
  15. Salam LAdysunshine..
    saya memang suka tgk Tentang Dhia..
    betul tu..kalau dah tak ada jodoh bercinta bagai nak rak pun tak ada jugak kan..tapi kesian betul kat Azmi tu..jadi mangsa...

    ReplyDelete
  16. Maszull : Tq mama sebab review blog saya. Jasamu dikentang.

    Yusuf : Segalanya di tangan Allah. Kita hanya hamba-Nya yang lemah.

    Munna : ye, saya setuju. kita tak boleh persoalkan kenapa, kenapa dan kenapa utk apa yg ditakdirkan kepada kita.

    Outbound Malang : Tima kasih. Sudah kunjung balas. :)

    Dalila : Sama la. Bercinta dgn org jauh2 rupa-rupanya jodoh dgn org kampung seblah. So sweet.

    Cho Zila : Melly tu jahat yang mcm takde perasaan baik langsung kan? Mak dia pun dia boleh pedajal. Iniplak org lain.

    Kak chik : Kakchik suka ke dgn entry ni? Tima kasih.. saya suka kakchik dtg blog saya. Dihargai je rasa.

    ~yus~: COmel kan? Saya start suka Nora Danish sejak Ana Lulu. Sebab dia positif sgt. lagipun karektor dia comel.

    ummianum : sian azmi. Mmg malang watak dia dlm tu. Pastu Si Raffi plak dah jadi baik.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...