Skip to main content

Pengalaman Bersalin Di PPUM

Sejahteralah ke atas kamu...

Sudah hampir 3 tahun berlalu, baru sekarang terbuka hati aku untuk kongsikan pengalaman aku bersalin di PPUM. Saja je malas nak cerita sebelum ni sebab aku rasa pengalaman tu tak menarik sangat. Macam biasa-biasa je. Tapi bila aku teringat, boleh buat aku tersengih sorang-sorang so aku fikir mungkin pengalaman tu kelakar juga kot. Tak tau la kot orang yang baca tu rasa tak kelakar. Kot-kot aku je yang fefeeling sendiri.

Sebenarnya mula-mula aku plan nak bersalin di hospital swasta kat Kuantan, tapi bila aku fikir sedalam-dalamnya, kalau aku bersalin kat Kuantan, bila masa yang sesuai aku nak balik Kuantan? Lepas tu, kalau aku bersalin kat Kuantan, siapa nak hantarkan aku gi hospital? Suami aku dah tentu la kerja. Takkan nak tunggu dia balik dari KL untuk hantar aku? Lagipun aku ni bukan orang kaya pun. Kalau duit untuk bersalin di swasta tu hanya mampu bayar untuk bersalin normal. Aku ni takut juga kalau tetibe doktor kata aku kena bersalin melalui pembedahan. Karang terpaksa gadai emas kang nak bayar bil hospital. Jadi, untuk tidak merunsingkan hati suami, aku decide je la nak bersalin di PPUM. Dekat dengan rumah lagipun. Dalam hati hanya berdoa agar kelahiran anak aku tu tidak disambut oleh doktor lelaki. Itu je concern yang paling utama.

Due date aku ialah 18 Mac 2013. Aku dah apply cuti bersalin awal seminggu daripada tarikh tu. Cuti bersalin aku 3 bulan, jadi kalau cuti awal seminggu tu apa la sangat kan. Kira cincai boncai je la. Tak larat sebenarnya dalam keadaan sarat mengandung tu ko nak drive dalam traffic jammed untuk ke pejabat. Nak bawak diri pun tak larat dah time tu. Yang mampu hanya baring terpukang. Lagi pulak aku memang spesis pemalas. Muahahah. Aku dan baring tu ibarat aur dengan tebing, tidak dapat dipisahkan lagi.

13 Mac 2013, bermula daripada pagi bangun Subuh tu aku dah mula rasa sakit sikit-sikit. Aku rasa agak mudah untuk aku kenal sakit contraction tu sebab sebelum tu aku langsung tak pernah rasa false contraction ataupun Braxton Hicks. Jadi, bila rasa sakit tu lain macam aku terus boleh agak dah tiba masanya. Masa mengandungkan Luth dulu, rasa perut mengeras pun aku tak tau. Seolahnya budak kenit tu tak pernah mengeraskan badan pun sewaktu dalam rahim aku. Betapa sopan santunnya anak aku yang sorang tu.

Aku terus je ajak suami aku pergi ke hospital pagi tu. Dalam jam 9 pagi aku sampai hospital, nurse terus suruh aku masuk wad, tukar baju dan terus kena berpisah dengan husband aku. Tak sempat dah aku nak berjiwang-jiwang karat dengan suami sebelum masuk wad. Aku ni dah la cengeng. Tetiba dia suruh suami aku tunggu kat luar. Henfon pun tak boleh bawak. Huhu... Sedih titew. 

Doktor datang untuk check bukaan sewaktu jam 10 pagi. Bila doktor check, bukaan baru 1cm. Eheee... Sengih kambing je aku bila doktor bagi pilihan untuk balik rumah dulu sementara tunggu bukaan jadi lebih besar. Doktor bagi balik rumah tu sebab rumah aku memang dekat sangat dengan PPUM. So, aku dengan hati kudusnya, balik le rumah. Selamat la masa tu suami aku memang setia tunggu kat luar ruang legar je. Tak la susah aku nak cari dia(sebab henfon kan takde pada aku.).

Hari tu suami aku tak gi kerja. Tugas dia ialah temankan aku je kat rumah. Sebab aku takut kang tiba-tiba sakit datang lagi. Lepas balik tu, aku masih rasa sakit. Tapi tak kerap. Bila dah jam 5 ptg tu sakit makin kerap. Aku mengadu kat husband, aku kata takleh jadi ni. Kena pergi hospital semula ni. Tapi aku decide nak gi hospital selepas solat Isyak. Senang selesaikan semua dulu, baru masuk wad. Sementara nak tunggu Isyak tu, tanggung je la contraction yang makin lama makin kerap dan makin sakit.

Kami ke hospital semula jam 9 malam. Sama macam tadi, kena masuk wad, tukar baju, henfon takleh bawak, duduk la dalam wad tu kekejungan. Sedihnya aku rasa sebab tak dapat ditemani oleh suami. Aku memang rasa takut sangat. Tapi takut je la kau sorang-sorang kat situ. Dalam wad ada 4 orang. Semuanya tengah tunggu waktu nak bersalin. Aku tidur-tidur ayam je. Doktor bagi aku sedut gas yang aku rasa tak membantu langsung pun. Sakit tu terlalu kuat untuk dilawan dengan gas yang tak seberapa tu. 

Jam 4 pagi, aku rasa makin sakit, sampai suara aku mengerang kesakitan tu terkuat pulak. Jiran depan katil aku kata, kalau tak tahan sakit, boleh panggil nurse dengan menekan loceng yang ada kat tepi katil. Aku memang nak panggil nurse dah, tapi aku gi toilet dulu sebab aku rasa macam ada something keluar daripada faraj aku. Eh, lucah ke ayat ni? Ehee. Sorry ye. Aku check, tengok-tengok ada kesan darah dan lendir putih yang keluar, agak banyak. Lepas tu baru la aku panggil nurse dan bagitau nurse pasal keluar darah tu. Nurse pun bawak aku masuk ke labour room guna wheel chair. Selamat la dia tak suruh aku berjalan sendiri. Kalau tidak aku nangis je kat situ sambil hentak kaki.

Masuk je labour room, bermula la episode yang tak best dalam kisah bersalin aku ni. Ada beberapa orang doktor pelatih, lelaki, cina yang ada dalam labour room. Masa mula-mula tu doktor senior yang attend aku. Doktor (pompuan) tu check bukaan, dia kata 4 cm. Lepas tu aku sempat request dengan doktor, aku taknak doktor lelaki yang sambut aku. So, doktor tu iyekan aje la. Masa tu aku dikerumuni doktor-doktor pelatih lelaki dan perempuan. Dan sorang-sorang cuba masukkan drip pada tangan aku. Memang tak berjaya. aku rasa dalam 8 kali kot baru berjaya cucuk pada salur darah yang betul. Memang panas hati aku. Sebab aku ni dah la takut jarum. Aku tengah sakit contraction pulak tu masa tu. Dengan tangan yang kena cucuk berapa kali. Sampai penuh lebam pada tangan aku, kiri dan kanan. Haihhh...marah ni...marah. Tapi semarah mana pun aku, aku cuma pendam je. Sebab takde gunanya ko nak tunjuk belang kat tempat yang belang ko tak laku pun kalau ko tunjuk. 

Lepas dah dapat drip tangan aku, aku pun menunggu je la. Sambil tunggu tu, CTG dipasang pada perut. Doktor pelatih cina lelaki  yang 2,3 orang tu pulak asyik la keluar masuk dalam labour room tu untuk pantau bacaan CTG tu. Aku memang tak buka tudung la waktu tu. Lepas tu dalam kesakitan tu, aku diarahkan untuk baring diam-diam je terlentang. Ko bayangkan la. Kita ni masa mengandung kalau duduk kat rumah sewaktu tak de sakit contraction pun memang tak selesa baring terlentang kan? Ni pulak waktu sakit cenggini, kita disuruh baring statik je jangan bergerak. Sebab dia takut bacaan CTG tu terjejas. Bila aku bergerak je, doktor pelatih cina tu membebel kat aku sambil kata, berapa kali dia nak ulang supaya aku duduk diam-diam? Waktu tu, bukan setakat perut aku je contraction, dengan hati-hati aku sekali sakit contraction tahuk? Eiii.... 

Last sekali bila doktor lelaki cina tu marah aku untuk ke sekian kalinya, semasa dia sedang betulkan tampalan CTG machine tu pada perut aku, aku tetibe je naik hangin, aku genggam lengan dia guna kedua-dua belah tangan aku, sambil aku hogoh tangan dia. Hogoh Pahang hogoh. Pastu aku cakap kat dia kuat-kuat, "sakit tahu tak?". Then muka doktor tu berubah ketakutan. Dia tanya aku dengan nada panik, "eh, eh apa you buat ni" dengan gaya macam aku nak perkosa dia pulak. Padahal dia yang mengacau aku. Punya kuat aku genggam lengan dia, sampai dia macam struggle nak lepaskan tangan aku tu. mUahahaha... Lepas dia betulkan CTG tu kat perut aku, laju-laju dia keluar daripada labour room. Lepas tu aku dah tak nampak lagi dah muka dia masuk dalam labor room aku tu. Hahahaha. Tahu pun takottt bila aku bertukar jadi mak lampir.  Jangan main-main dengan mak lampir ye.

Aku masih menunggu dalam labor room. Aku cakap pada nurse yang temankan aku dalam labor room tu. Aku nak berak. Sebab mendengar kawan-kawan aku cerita, sebelum bersalin biasanya nurse akan bagi ubat untuk berak. Tapi kat aku nurse tak bagi pulak ubat untuk berak tu. Pastu nurse tu jawab apa, "Eh, takpe, takpe. Kita memang nak tunggu awak rasa macam nak berak. Awak berak je la kat situ". Sampai hati dia tak bagi aku gi toilet. Sebab dia kata nanti susah nak buka semua mesin-mesin yang pasang kat perut aku tu. Okay... takpe. Kalau nurse dah kata gitu, aku berak jela atas katil tu. Aku tahu rasa tu memang rasa nak berak. So, aku teran je berak. Kahkah. Nak sangat kan? At least aku ni jenis yang patuh pada arahan nurse. Tak mau cari pasal dengan nurse. 

Waktu tu aku dipakaikan selimut daripada pinggang ke kaki. So walaupun aku berak, nurse tak nampak. Last sekali bila aku rasa memang dah tak selesa sangat, aku tanya nurse, "sebenarnya kita tengah tunggu apa ni?". Nurse cakap, "tengah tunggu awak rasa nak bersalin la". Sebenarnya masa tengah tunggu tu, bila aku rasa contraction je, aku lawan rasa sakit tu dengan meneran. Jadi, bila aku dah tanya nurse kita tengah tunggu apa tu, baru la nurse buka selimut aku tu. Pastu muka dia terkejut gile la sebab dia tengok ada berak aku sekali kat situ. Kahkah. Dan aku rasa bukaan aku dah 10cm kot sebab nurse tu kelam kabut panggil doktor Fazira. Doktor Fazira pun doktor pelatih, tapi aku tak kisah, asalkan perempuan. Nurse cuci hasil kumbahan aku atas katil tu. ganti dengan alas baru, lepas tu laju-laju je pakai sarung tangan sorang-sorang. Berlari-lari doktor masuk dalam labor room. Lepas tu doktor suruh push, aku push sekali then aku rasa doktor gunting sikit perineum aku, then dia suruh push lagi sekali, then keluar la budak kenit cikenit cekedis aku tuh. 2 kali je teran. Waktu tu jam 6.45 pagi. Aku dok terfikir, nak solat subuh waktu tu. Heheh. Mengarut je, padahal dah tentu takyah solat subuh dah kalau dah bersalin. 

Sebelum tu, doktor senior dah pecahkan air ketuban aku. Dan aku pun ada ambil suntikan pain killer yang sama je tak membantu macam gas yang aku sedut tu. So, waktu lepas bersalin tu, aku macam kesakitan sangat. Nurse angkat baby aku, tunjuk kat aku dan tanya lelaki ke perempuan nak suruh aku confirmkan. So, aku nampak la punai dia, then aku jawab la boy. Nurse sengaja nak make sure aku masih sedar. Nurse letak baby atas perut aku, aku pulak geli sebab kepala dan badan baby penuh dengan cecair ketuban. Heheh. Aku cuma usik kepala dia dengan jari je, aku kuis-kuis sikit kepala dia. Lepas tu, nurse menyampah kot tengok adegan tu, dia ambil baby aku bawak lari. Ramai orang kata, rasa sakit bersalin tu hilang bila ko tengok baby ko kan? Tapi aku tak. Aku macam, biar la dulu baby ni. Nanti aku ambik dia. Heheheheh. Sorry ye Luth. Mama masa tu memang sakit benor. Tak dapat nak berlakon jadi ibu penyayang. Lepas anak aku kena bawak lari dengan nurse, ada sorang lagi nurse datang bawak air milo suruh aku minum. Hoihhh... dalam keadaan gitu, takde hati aku nak minum air milo. 

Doktor Fazira jahit luka aku. Aku tunggu je la. Aku rasa macam dah selamat la sebab doktor lelaki tak sambut aku waktu bersalin. Lega rasanya. Walaupun masa tengah dijahit tu, ada lagi 2 orang doktor lelaki cina yang lain keluar masuk dalam tu. Aku dalam hati dah menyumpah dah (macam biasa, menyumpah dalam hati je). Sibuk je masuk-masuk dalam ni. Bila dah siap tu, aku ingat dah selamat dah.... Sekali, doktor Fazira panggil kawan dia doktor pelatih yang lelaki cina tu, then dia tunjuk jahitan dia, sambil tanya, "Cantik tak jahitan I?".. Huwaaa... aku tak kisah kalau ko tengah jahit selimut patch work kalau ko nak tunjuk kat kawan lelaki ko, tapi yang ko jahit sekarang ni ialah perineum aku hokey? Marah ni...marah. Tapi hanya marah dalam hati je la yang mampu. Aku ni hanya mangsa keadaan. Huhuu...

Lepas tu, aku dibawa ke wad. Anak aku pun aku tak tau kat mana. Kisah di wad, nanti aku sambung. InsyaAllah. 



Comments

  1. Hehehe...kakcik baca sambil gelak-gelak (dan sambil terbayang akan sakitnya bersalin dulu)...

    ReplyDelete
  2. Hahaha...tak tahan nak gelak bab berak tu,memang berak betul ye

    ReplyDelete
  3. hikhiks..
    gelak sbb berak tau.. bukan lain..

    alhamdulillah niat sy nk doktor perempuan akhirnya termakbul..
    syukur sangat2.. dr awal mengandung sampai bersalin..

    saya pon nk berak. tp nurse tak bg g toilet, berak je kat situ dia kata.
    antara nak dgn x nk j lepas kikiki
    sudahnya x berak pon..

    ReplyDelete
  4. khusyuk aku baca, macam mana lah nanti bakal isteri aku nak bersalin nnti. haha dah terbayang awal... Amboi siap marah nurse lagi hahah

    ReplyDelete
  5. huhu.. sebab tu seriau nak bersalin spital kerajaan.. takut jadi tontonan doktor lelaki. tapi betul la, ada pros & kons ... mungkin itu yg terbaik..

    ReplyDelete
  6. Aiyaa...lyd...rin dh xmo dah bersalin seriau smpi skang...anak no 3 n 4 dah rasa sngt sakit bersalin..anak no 1 n 2 xd rsa sangat...

    Hmn..biasala bila bersalin kat kerajaan atau separa mmg xblh rekues dr kan...

    ReplyDelete
  7. ini betul-betul mengimbau kenangan...ready for second?

    ReplyDelete
  8. Seronok baca. Teringat masa bersalinkn syukrii n adrii. Haha

    ReplyDelete
  9. kah kah kah..memang lawak ...tak pernah bersalin normal jadi tak tau lah rasa contraction tu mcm mana...:)

    ReplyDelete
  10. hahaha serius lawak..lepas jadi mak lampir..berak pulak kt atas katil.hehe..biasalah tu klu dh sakit memang kita bertukar jadi ganas..hospital kerajaan kan..memang terpaksa redho je la doktor lelaki n staf2 lelaki.memang la ada duit..boleh bersalin swasta.tp buat membazir je kot..lgpun duit ada..cuma tak byk.klu duit byk memang tak kisahlah.huhuhu..

    ReplyDelete
  11. Kekekekeke....kelakar bab hogoh doktor tu.... beb...mmg time lps beranak x laku nak tgk anak kan..

    ReplyDelete
  12. Aduhai, Lyd. I tak tahulah nak bersimpati dengan sakit beranak yang you rasa atau nak gelak tak boleh berhenti baca pengalaman you ni. Memang kelakarlah tapi dah masa tu kita sakit, yang kelakar pun tak rasa kelakarlah eh!

    Kat hospital kerajaan memang tak boleh memilihlahkan, nasib badanlah. Nak gaduh-gaduh manja dengan nurse pun takut. Tapi kira nasib you takdalah teruk sangatkan cuma bab-bab geli hati tu memang tak boleh blah. Sampai I tak dapat feel pun you rasa sakit beranak tu macamana punya sakit. Hahaha!

    ReplyDelete
  13. heheh.. nnti tgk pgalaman adik luth plok..

    ReplyDelete
  14. memang lawak.. akit perut tahan gelak yerlah dkt library.. hahaha.. kesian doc lelaki tuh ketakutan dia... hahaha

    ReplyDelete
  15. jahit selimut patch work? baca ni rase nerveous nk beranak nanti..klakar la akak.

    ReplyDelete
  16. jahit selimut patch work? baca ni rase nerveous nk beranak nanti..klakar la akak.

    ReplyDelete
  17. hahaha...baca mmg tergelak2 kat opis....

    ReplyDelete
  18. hahaha...baca mmg tergelak2 kat opis....

    ReplyDelete
  19. Hilang rasa gerun sekejap baca lawak sis hehe. Tgh cr feel nk kena induce for my first baby minggu dpn ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya