Iklan! Iklan! Sila Click!

03 November 2010

Exam!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kalau di sekolah atau universiti dulu, bila dengar sahaja ada exam.... semua orang ketar gigi nak study. Dapat je tarikh exam... Mula la pulun study bagai nak gila. Study last minute la yang paling sakai. Teknik belajar yang aku selalu amalkan dulu. Tapi kadang-kadang, last minute pun still ok la... Tak la teruk sangat. Paling busuk pon lulus jgk la kan. Sebab aku amik peksa utk lulus je. Cita-cita tak tinggi pon.. Haha.


Tu sebab la aku terfikir.... Exam ni betul-betul ke bleh menguji kebijakpandaian seseorang? Sbb kadang-kadang, soalan exam tu ulang-ulang je yg sama mcm tahun-tahun lepas punya, cuma ayat je ubah sikit-sikit. Jadi, contoh soalan kita dah boleh kaji. Mcm soalan bocor. Lagipun, dah tau tarikh exam, so bleh la kita prepare. Maksudnya, kalo selama ni kita langsung sepatah haram pun tak ingat ilmu yg kita belajar tu, atau langsung tak meresap dlm hati... Bleh jugak nak score kalau kita palsukan kepandaian kita tu, dgn membaca buku sampai berdarah hidung, kemudian jawab exam dgn cemerlang, pastu 2 hari selepas tu, kalau tanya balik soalan-soalan dlm exam tu, confirm gugur bulu-bulu kat badan sbb tak dpt jawab. So, nampak sgt la kita bukan betul-betul pandai kan? [Kita? Hehehe.. Maybe aku sorang je la kot. :D]

Macamana pula nak tentukan kejayaan di jalan Allah? Erm... Sebenarnya... boleh dianggapkan exam yang sebenarnya adalah di padang mahsyar nanti. Di hari pembalasan. Seolah-olah, kita tau kita akan hadapi exam, tapi tak diberitahu bila tarikh tepatnya. Anytime je bleh diadakan 'pop quiz'. Sepanjang masa perlu bersedia. Sbb bila-bila masa saja boleh berlaku exam tersebut.

Kali ini... memang tak boleh tipu... kalo tak faham agama Allah, memang gelap la masa depan kita kat akhirat. Atau kalau faham Islam, tapi tak amalkan amali yang ditentukan Allah... confirm tak lulus... Sbb yang menjawab bukan mulut, tapi anggota badan. Yelah.. sesuatu yang kalo kita faham macamana pun, kalau tak buat...lama-lama bleh lupa kan? Masa tu, jangan nak tipu la... Kalau mengaku Islam, tapi tak amalkan.... Pasti kantoi. Dan yang pasti, kalau kantoi kali ni, takleh 'repeat paper'. Dan jika waktu kiamat runtuh tu baru nak mengaku beriman [study last minute] juga takkan dipandang lagi. Maka... jangan menyesal.

Oleh itu.... Kena la sentiasa prepare untuk exam sebenar di padang mahsyar nanti. Ok? Jom la sama-sama berusaha untuk masuk syurga Allah. Aku tak sabar nak jumpa kucing aku kat syurga nanti. [Walaupun tak pasti lagi tempat aku di mana, tp kata-kata tadi adalah motivasi untuk aku ke syurga. Jgn jaki jipang la yer. Dah cara aku mcm tu.].

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...