Iklan! Iklan! Sila Click!

11 January 2011

Belajar Dari Kesilapan?

Betul ke ni? Mungkin betul juga. Tapi daripada kesilapan itu, mungkin perlukan usaha yang lebih susah untuk belajar. Yelah.. Contoh kalo buat latihan matematik. Kalo dah salah tu, nak cari jawapan yang betul kena study lebih skit la kan. Tapi, memang tak dinafikan... Selagi tak buat salah, susah nak belajar. Sama jugak mcm kalo nak pergi satu tempat. Bila dah sesat, baru le jumpa jalan yang betul. [Sesat jalan ni saya biasa. Sbb takde GPS. Kehkeh. Alasan nak beli henfon baru.].

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Tetapi ada satu lagi mutiara kata yang lebih elok untuk kita praktikkan... iaitu "belajar daripada kebenaran". Dari mana boleh kita dapatkan kebenaran? Kebenaran yang seperti apa?

Jawapannya sudah tentulah... Kebenaran yang diperintahkan oleh Allah yang boleh kita dapati dari Al Quranul Kareem.

Bukti bahawa Al Quran itu benar adalah seperti firman Allah;

"Sekiranya kamu merasa ragu tentang apa yang Kami turunkan [Al Quran] kepada hamba Kami[Muhammad], maka cubalah buat dan datangkan satu surah yang sebanding dengannya [surah dalam Al Quran], serta ajaklah saksi-saksi kamu [tuhan-tuhan yang kamu sembah] selain daripada Allah [yang kamu percaya dapat menolong kamu], jika kamu orang-orang yang benar." ~ Surah 2[Al Baqarah], Ayat 23.

Berdasarkan firman Allah tersebut, Allah mencabar manusia-manusia yang mempertikaikan kebenaran Al Quran, supaya mereka membuat satu surah sahaja yang setanding dengan Al Quran. Percayalah. Mesti mereka takkan dapat lakukannya. Bahasa di dalam Al Quran ini sangat tinggi tahapnya. Sasterawan yang terunggul pun tidak akan dapat menandingi bahasa di dalam Al Quran. Itu baru sebut tentang ketinggian bahasanya. Belum lagi dibandingkan dengan hukum atau perintah, atau keterangan tentang bumi dan langit. Jangan harap la berjaya. Allah lebih tahu akan hamba-hamba ciptaan-Nya.


~Petikan diambil daripada Kata Luqman Al Hakim : Tentu kita hari ini biasa mendengar bahawa ada sebahagian masyarakat Islam yang meninggalkan solat, berzina malah mengamalkan homoseksual atau lesbian, tidak menutup aurat atau bergelumang dengan maksiat namun menyatakan hatinya masih tetap beriman dengan Allah SWT. Takrif iman seperti yang disepakati oleh para ulama termasuk Imam Syafie ialah “kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib, mengucapkannya dengan lidah dan beramal dengan perbuatan”.

Itu sahaja buat masa ini... berfikirlah, kemudian berzikir. :)

1 comment:

  1. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..ada la widget follower saya tu. internet awk lembab agaknya tu yg lambat kluar tu..

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan .. tengok jgn x tengok.. sila klik disini dan klik disini. Juga tutor 4 the latest read more klik disini.
    Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    "SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

    P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
    DISINI

    "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

    Blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis dan memberi info.. Semoga sejahtera dan sentiasa diberi keberkatan olehNya.. wassalam.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...