Iklan! Iklan! Sila Click!

24 January 2011

Step By Step To Menikah


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Kecik pun jadi la kan? Hehehe.



Kursus kawen ni sebenarnya contents nya bagus. Usaha kerajaan utk wajibkan pasangan yang ingin berkahwin supaya memiliki sijil kursus kawen sebelum berkahwin tu boleh dikatakan baik.

Cuma tu la... kekadang rasa mcm confuse plak. Sebab boleh dikatakan isi kandungan kursus tu kebanyakkannya hanyalah fardhu ain dan fardhu kifayah. Kalau betul la ni negara Islam, dan umatnya, umat Islam....sepatutnya semua orang patut tau je semua benda-benda basic tu. [Walaupun ada juga la perkara-perkara baru yg saya baru tau.... Contohnya... Nak kawen kat Mesia ni,... kena patuh kehendak undang-undang syara' dan juga undang-undang negara. Erm... Pening kepala nak fikir. Mcmn bleh ada 2 undang-undang plak nak kena ikut tu? Sekalikan je takbleh ke? Huhu...]

Memang la penceramah kata sebagai brush-up kepada sesuatu yang kita pernah belajar zaman dolu-dolu yg kita dah lupa. Aihh.. Tapi lupa tu tak sepatutnya berlaku bagi perkara-perkara asas fardhu ain. Huhu.. Dan kalo orang yg pergi kursus tu kata, apa yg dia belajar masa kursus tu dia tak penah belajar, lagi le haru.

Tu semua amalan-amalan harian seorang muslim je. Kalau betul mengamalkan apa yg disyariatkan oleh Islam... Kursus kawen tu tak perlu ada langsung pun sepatutnya. Haihhh... [terpaksa le saya mengeluh lagi skali].

Saya rasa, berapa ramai je yang betul-betul fokus dan faham dengan apa yang penceramah tu sampaikan? Contohnya, semasa dalam sesi taklimat, penceramah kata... "walaupun sudah bertunang, haram bersentuhan, jadi lepas kuar kursus ni, jangan berdua-duaan lagi... Jangan lakukan mukadimah zina...", tapi lepas je abih waktu kursus, sama je... kuar berpegang-pegang jugak dengan pasangan.

Jadi what's the point? Memang semata-mata nak sijil je la kan? Sebab tu saya rasa mcm tak guna pun buat kursus tu. Tak respect langsung dengan Islam. Kalo sebelum tu tak tau... at least bila dah diberitau tu... sepatutnya.. ada la kesan sket dlm hati. Rasa takut dgn Allah ke, rasa malu dgn peserta-peserta kursus yg lain ke, atau segan pada penceramah kot... Tapi takde nyer pun. Selamba je.

Tapi takpe la.. Malas nak nak komen panjang2. Nanti orang akan kata saya 'kopoyo'. Sebab diri saya sendiri juga tidak sempurna mana. Cuma, apa yang baik... ikutilah kerana ia datang daripada Allah. Yang buruk dan kopoyo tu sudah pasti dtgnya drpd diri saya sendiri.

Kata-kata penutup... Kursus kawen tu bagus. Sesape yg pegi, tolong la fokus dan laksanakan nasihat penceramah. Dan lagi satu, bulan 3 ni akan bermula kursus kawen 3 hari 2 malam kemudian ada exam. Nak tgk, ko paham ke kopoyo je. Kehkeh.

2 comments:

  1. errr...masa aku g kusus kawen hr 2 penceramah x bgtau pn dah tunang x leh pegang tangan!!! huhu

    tp penceramah 2 tau kot masing2 dah tau...dan alhamdulillah aku tgk xde pn yg berpegangan tgn lepas kuar ceramah kusus kawen yg aku g kat N9 ni

    ReplyDelete
  2. Cool.... Mmg bagus le kalo tak buat. Kursus yg aku pegi tu, penceramah2 mmg byk nasihat yg sepatutnya berguna kalau semua org ikut.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...