Iklan! Iklan! Sila Click!

06 December 2013

Banjero

sejahteralah ke atas kamu...


keterlaluan tak kalau aku katakan yang kesan banjir yang masih melanda di pantai timur yang sekarang ini sama seperti kesannya dengan taufan hayyan. mungkin ketakutan dan kebahayaan itu tak sama. jumlah kematian juga jauh taufan hayyan lagi tinggi berbanding banjir kat sini. syukur alhamdulillah. tapi kesan seperti ketiadaan makanan, pakaian dan tempat tinggal tu, sama. rumah mereka-mereka yang terkena banjir juga kebanyakannya sudah totally lost. tidak sedikit juga yang kehilangan kereta. semua tenggelam. ada sahabat aku yang baru beli perabut bernilai rm 10ribu, sehari sebelum banjir melanda. semuanya habis. sekelip mata. 

aku pernah jadi mangsa banjir. aku pernah juga dipindahkan ke masjid semasa banjir dgn menaiki bot. cuma, waktu itu kerugian tidak la seratus peratus seperti kebanyakan mangsa banjir yang berlaku sekarang. sesiapa yang pernah mengalami rumah terkena banjir mesti tahu perasaannya.

selalu berlaku, bila kita dah kemas2 barang untuk pindah, tetiba banjir tak berlaku. tapi waktu kita tak prepare apa2 pun, tiba2 air naik mendadak sehinggakan tak sempat untuk selamatkan apa2 melainkan diri sendiri. dugaan ini sungguh berat untuk sesiapa jua yang merasainya. ada kawan cerita, saudaranya yang berada di pusat pemindahan, anak2nya yang masih kecil tidur hanya beralaskan plastik hitam sampah dengan baju basah yang sama dibuat mengharung air banjir. makanan tak ada. sarapan pagi pun dapat makanan basi. betapa teruknya. 

aku tak pulak nak salahkan sesiapa. aku faham bantuan lambat dapat diberikan sebab masalah perhubungan dan transportation. kalau pasukan keselamatan seperti polis, bomba dan askar boleh berikan bantuan mungkin lebih cepat.

air masih belum surut. kalau surut sekalipun.... mereka masih tidak dpt tinggal bermalam di rumah sendiri. air tentulah takde, letrik pun takde. fius letrik tentu rosak. kalau mereka tinggal di rumah pon, terpaksa menggunakan lilin. nak tidur pun tentu hanya beralaskan apa2 sahaja kain yang tinggal. kawan-kawan yang berkemampuan..... jika ada selimut atau comforter berlebihan, boleh la memberikan sumbangan pada sukarelawan yang menawarkan untuk membuat pungutan barang2.

20 comments:

  1. kt kuantan ada tmpt dah surut air sedikit..kt bera tmpt saya ni air baru nak naik.. sejak semalan dah ada kawasan yg banjir.. suami saya tak lepas nk balik ke bera ni sbb jalan temerloh-bera dah terputus.. air sungai pahang naik atas jalan setinggi paras bahu katanya.. so saya tinggal sorg..suami pula duduk rumah mak dia di temerloh sementara tunggu air surut ni.. hujan makin lebat..Ujian Allah..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. sepatutnya mesia lebih bersedia dalam menanganii isu banjir. tempat2 yang selalunya dilanda banjir tu. perlukan satu penempatan khas untuk mangsa banjir.. kiranya.. xlah bila dah bnjir baru nak kelam kabut. my opinion. hehe

    ReplyDelete
  3. Ya Allah... I faham dulu zaman kita kecik pernah berlaku banjir besar kan, kelantan yg memang every year prepared for banjir pun still tergugat time tu. I SPM pun harung banjir. Semalam kat sini semua orang berjaga2 sebab angin kuat katanya, lalu area Lepat mostly, berlin ni kena sipi2 la tapi banyak jugak kereta pecah pokok tumbang, tengok video yg sikit ni pun I dah gerun, tak boleh bayangkan macam mana yg taufan kat filipina tu.

    And also, that day bila filipina kena, orang duk kata Allah turunkan balasan apa semua, hmmm tak elok la orang dah tengah susah kita duk kata lagu tu. Ni jadi kat negara kita sendiri ni macam mana? Harap banjir surut soonest, and bantuan dapat dihulur sebanyak mungkin.

    ReplyDelete
  4. aku dgn officemate dalam proses kumpulkan pakaian2 terpakai..

    walaupun aku tak berapa kena kesan banjir kali ni, tapi sedikit sebanyak terasa la jugak bila tengok keadaan2 org lain..tengok gambar budak makan nasik pun dah rasa sayu..

    ReplyDelete
  5. Letih duduk kat pusat pemindahan banjir satu hal, balik nak kemas rumah lepas banjir pun lagi satu hal. Nak kemas rumah time air takda, banyak mana yang dapat kemas pun. Itu belum lagi campur kos nak menggantikan barang-barang keperluan harian yang dah rosak macam peralatan elektrik dan perabot.

    Kesian pada mangsa banjir.

    ReplyDelete
  6. Marilah kita yg tak kena banjir berderma ikut kemampuan.

    Yg paling sakit hati ialah ada insan yg hatinya terletak entah di mana ambil kesempatan masa banjir ini untuk membuat operasi pecah masuk rumah orang....Macam tu pun ada di dunia ini...?

    ReplyDelete
  7. Kenapakah kempen membantu mangsa banjir di malaysia tak seperti kempen membantu tsunami jepun, taufan hayyan, palestine, mesir...etc ?

    Tak ramai lagi yg nak kutip duit derma kat pasar malam, kat hypermarket... Tv pun belum buat tabung dan bukak akaun? Atau dah ada?

    Kenapa 'heat' nya tidak sama mcm kempen palestine? Kenapa kempen palestine boleh bertahan sampai berpuluh tahun sedangkan kempen banjir hanya sampai bulan March?. Sedangkan kita tahu banjir brlaku saban tahun?

    Tolonglah saudara sendiri melebihi org2 di luar...

    ReplyDelete
  8. Apa-pun semoga mangsa banjir diberi ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

    ReplyDelete
  9. sama2lah kita membantu mangsa banjir dgn apa cara sekalipun dan x kira kecil dan besar,semoga mangsa2 banjir tabah menghadapi ujian bencana ini.

    ReplyDelete
  10. tak pernah lagi merasa kena pindah sementara krn banjir..
    cuma pernah kena banjir sekejap.. tapi mmg penat mengemas rumah lepas tu..

    ReplyDelete
  11. huhuhuh.. keluarga lady juga maenjadi mangsa... cume lady cpt balik ke kuala trg.. kalu tersangkut d kemaman mmg senasib jugaklah .. huhuhu..

    ReplyDelete
  12. in shaa Allah.sama sama kita doakan
    nak juga bagi.ada alamat tak

    lyd:-)
    yeke itu burung kakak tua. rasanya tak kot.sbb ekor dia panjang je.hihi

    ReplyDelete
  13. Kuutus doa buat mangsa banjir mohon Allah berikan kekuatan menghadapi musibah ini..amin

    ReplyDelete
  14. kite yg kat negeri tak banjir ni, kire bersyukur kan. kalau mampu boleh la kite hulur bantuan. tk byk, sikit ,,insyaAllah

    jemput singgah blog sy di

    http://afasz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. betul says setuju.janganla melatah bila bantuan lambat tiba.jangan berprasangka buruk :) insyaAllah ada bahagian untuk kita :)

    Kerosakan akibat bencana macamni bebetul menguji iman.semoga mangsa bencana sentiasa tabah dan berdoa agar mereka digantikan dengan rezeki yang lebih lagi.amiinn

    ReplyDelete
  16. morning..
    lyd blk kg ziarah keluarga ke?
    oh ya, lupa nk gtau. sy dh pos brg hari tu. maaf amik masa terlalu lama nk pos ye.

    ReplyDelete
  17. singgah jgk kejap cuti2 ni ! ssh nk berblog dgn tab ni

    ReplyDelete
  18. moga mereka-mereka semuanya sabar dan tabah yer kak...rumah kak yati pun tenggelam juga kak...kak yati DSK.

    ReplyDelete
  19. Kadang pikiran jahat datang ..orang yg buat majilis kawen sampai rm13juta lebih tuh patutnya rs bersalah ngan keadaan mangsa banjir yg suffering...mmg ujian Allah nak tengok sesabar mana saudara2 kita yg terkena musibah...inshaallah innnamalusri..yusra..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...