Skip to main content

Ulasan Tamat Perlawanan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Ulasan 1 : Tentang Paras Rupa.

~ Pemain No. 6 Argentina , body ada cutting, mcm pompuan. Huhu. Muka plak mcm pelakon The Lord Of The Ring yang jadi 'Faramir'.
~ Gol Keeper Argentina, skali imbas nampak mcm Tarabas dalam citer The Cave Of The Golden Rose.
~ Lionel Messi sungguh comel sbb dia cinonet tapi hyperactive. Saya plak yg rasa nervous di atas kelincahan Messi iteww seolah-olah saya ni pemain Mehico yg nak mengawal pergerakan dia.....
~ Pemain no.3 Mehico pun body ader cutting pompuan. Siap ader breast lak tu. Huhu.. Tercabar plak I rasa.

Ulasan 2 : Adegan-adegan Menarik.

~ Game terhenti seketika di awal-awal minit separuh masa pertama, sbb ader penonton buang toilet paper atas padang[agaknyer le toilet paper, saya agak je. Malas nak Google].Time tgk tu, saya dah tergelak dan dah rasa terhibur. Sbb pelik + merepek. Yang kena kutip sampah tu ialah gol keeper Mehico.
~ Jaringan gol pertama Argentina oleh Carlos Tevez, diragui kesahihannya. Sbb nampak mcm Tevez offside masa jaringkan gol itewww, tapi referees kata sah. Pastu jadi kecoh bile semua pemain Mehico membantah dan semua pemain Argentina plak mempertahankan kesahihan gol tu. Semua pakat kerumuni referee. Mau tak nervous referee tu. Last-last skali pengulas kata 'the gol stands'. Maksudnya, gol itu berdiri. huhu.. Sarkas. Maksudnya referee decide, gol tu dikira. Tp saya tgk, Tevez memang tak offside. *maybe sbb saya sokong Argentina, jadi mata saya sudah dibutakan drpd melihat kebenaran. Wahhhh...
~ Gol ke-2 Argentina yang dijaringkan oleh Higuain, bagi saya sangat menarik. Tak reti nak cerita, tp yg penting sgt menarik.
~ Lepas habis separuh masa pertama, pemain-pemain Mehico ramai2 pergi kat bangku simpanan Argentina utk protes pasal gol pertama yg dierang kata offside tu. Siannnn.... Kalo gol tu batal pon, Argentina menang gak. So, sia-sia je bertengkar. Kalo gol masa match Germany-England tadi, mmg betul pon patut protes. Sbb mmg bola masuk, tp pengadil kata tak sah. Saiko ahhh referee2 ni. Byk berangan.
~ Gol ke-3 Argentina dijaringkan skali lagi oleh Tevez. Semoga beliau membuat hatrick. Hatrick adalah 'bermain akal menggunakan topi'. Huhuhuhu... Sarkas lagi. Hatrick tu ialah seorang pemain, jaringkan 3 gol skaligus dlm 1 perlawanan. [Nampaknya ramalan saya Argentina menang 2-0 adalah salah.]
~ Kekeke... Baru je nak suruh buat hatrick, Tevez dah kena keluar padang. Diego Maradona [coach] dah panggil dia balik, then masukkan org lain. Sorry Tevez. Tak dpt nak puji lagi.
~ Nampaknyer.... Mehico dah gol satu. So, skrg 3-1. Uihh... Bahyer ni.




Ulasan 3 : Perkara-perkara Yang Saya Tak Suka Tengok Dlm Perlawanan Bolasepak

~ Saya bosan biler tgk pemain-pemain sesuatu pasukan tu, asyik main passing2 bola je kat tgh2 padang dan pusing-pusing kat situ je. Takder usaha pun nak menyerang. Pastu biler pemain pasukan lawan dah penuh depan pintu gol, baru le terhegeh2 nak bawak bola pegi kat gol. Masa tu dah tentu la laluan nya sukar. Sbb pertahanan lawan dah ramai depan pintu gol.
~ Dan agak menyampah bila pemain asyik2 pass bola kat penjaga gol pasukan sendiri. Mcm pemalas sungguh nak bawak bola tu ke tengah. Nampak mcm 'budak-budak pegi main kat taman permainan, pastu biler gaduh dgn kawan, sikit-sikit nak ngadu kat ayah.'.
~ Sungguh tak suka biler tgk pemain bola yang suka berlakon cedera. Arghhh... Stress saya tgk. Padahal tergesel sikit je, tp bergolek-golek 10 kali mcm kena tikam kat dada dgn pisau. Drama king betul.
~ Yang paling meloyakan biler camera tgh fokus kat pemain yg tgh meludah. Eyarkkk... Really disgusting. Selalu plak tuh. Mmg aku geli.


Nampaknya game ni dah habis. Keputusannya, Argentina-3, Mexico-1. Ini bermakna, Argentina akan terus mara ke suku akhir dan akan bertemu dgn Germany. Achtung Argentina! [Achtung! bermaksud : Caution!. [Bahasa German]].

Saya rasa mcm nak beli jersi Argentina sbb mcm lawa je. Nak beli 2. Satu utk Noah. Muehehe... [Sbb dia je satu-satunyer kawan saya yg saya tau menyokong Argentina. Wakaka].

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya