Iklan! Iklan! Sila Click!

25 June 2010

Rahsia Aku

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini....

World Cup 2010 dah lama dah bermula. Tapi saya baru je nak citer pasal bola ni. Takder apa pon nak citer sgt. Sbb saya byk tertinggal match yg best2. Walau canner tak tgk skali pon, saya mana bleh ketinggalan utk mempunyai pasukan pojaan hati ku sendiri. Untuk World Cup musim ini dan musim-musim yang sudah, saya menyokong Argentina, walaupon saya dan Argentina tu langsung takder kaitan walaupun sebesar bulu hidung. Kalo ader pun, cuma dgn 'Tina' je. Tu kawan skolah saya masa skolah rendah dulu. Huhu. Kalo Argentina gagal di pusingan awal, baru la saya akan pindahkan sokongan saya tu kepada pasukan yg masih tinggal, yg agak2 ader harapan nak menang, seperti Brazil. Dan saya juga suka menyokong pasukan yg underdog. Maksud underdog ni ialah 'di bawah hanjing'. Hehehe.. just kidding my dear. Underdog tu ialah pasukan yg kurang diberi perhatian dan tidak dijangka akan menang. Contohnya mcm Jepun, Korea Selatan, Turki [Turki! Turki!] dan ikut suka je saya nak sokong sesape pun. Bukan efek apa2 pun kat iklim dunia.

Saya mula suka dgn pasukan Argentina semasa Gabriel Batistuta masih bermain utk pasukan itu. Dia mmg ader style la... Rambut dia tu saya mmg minat. Dgn hairband dia; yg selepas tu ramai pemain-pemain bolasepak Malaysia pun nak jugak. Tah hapa2. Takder originality betul. Selain dia ader style tersendiri, saya suka dgn nama unik Batistuta tu sendiri. Mcm gagah perkasa bercampur hensem je nama 'Batistuta' tu[walaupun dia tak hensem mana. Tapi kalo nak compare dia dgn Imran Ajmain, dia lagi hensem la]. Nama Batistuta tu seolah-olah mcm nama cendikiawan dan pelayar Islam pada zaman duhulu kala iaitu Ibnu Batutta. Heheh... Tak pasal2.


Tgk ni, hairband dia. Walaupon tak jelas sgt..


Setakat ni, match yg paling best yg saya tgk ialah semasa Portugal vs Korea Utara. Sungguh bergaya mereka menang walaupun mungkin sbb Korea Utara tu yg Cap Hayam. Tapi mmg syok giler tgk Portugal kenduri gol 7-0. Sbb gol-gol yg dijaringkan semuanya dgn penuh bergaya dan skillful.. Mmg layak pon Christiano Ronaldo tu diminati oleh ramai orang. Walaupon drpd 7 gol tu, hanya 1 je dia yg jaringkan, tp gol-gol lain tu kebanyakannya hasil cetusan dr ke'tarer'an dia la. Dan fakta yg paling best, setakat ni saya masih belum tgk match yg melibatkan Argentina, sbb saya tak amik pakej Astro Super Sport kat umah saya. Wakaka. *Gebang je lebih aku ni rupanya. Yg kuar kat RTM je saya tgk. Hampeh tul Astro ni. Game2 yg cap hayam je dia bagi kat RTM. Yg best2 dia hambik.

So, itu aje la pendapat tentang World Cup 2010 dari orang yg tak arif tentang bolasepak. Hahaha.. Tapi sbb mmg dasar suka menyampuk dalam apa jua keadaan, maka, tulis gak la entry post ni. O...Lupa nak bitau. Batistuta skrg dah pencen dah. Bintang Argentina yg baru ialah Lionel Messi. [Lionel ni mesti bermaksud Lion kan? hehe... aku agak je]. Diego Maradona yg skrg ni jadi jurulatih Argentina berkata, Messi ni adalah jelmaan dia. Maksudnya Messi ni tarer macam dia la. Ok...Aku dah... *buat iklan Carefree Scha plak kat sini. Gudnite.

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...