Skip to main content

SPAIN versus GERMANY. Let's Eat Paul The Octopus.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini......

Hari ni, jalan raya cam lengang semacam. Walaupun tak la selengang musim cuti skolah. Tapi agak lancar laluan saya untuk ke ofis hari ini.

Sampai ofis, suasana ceria. Abg Amer lalu kat tempat saya dgn senyuman sampai ke ubun-ubun. Abg Badang plak melangkah dgn yakin seperti Badang yg dah makan muntah hantu di sungai, gagah perkasa. Di penjuru ofis plak, meriahnya mcm nak kenduri kawen anak bongsu ketua kampung, nak tumbangkan 10 ekor kebau.

Paul the octopus mendapat pujian sana sini. Ramai yang kagum. Tapi ramai jgk yang rasa mcm nak kerat 19 je si Paul tu.

Haihhh... Ni semua gara-gara Spain dapat ke final selepas menewaskan Germany 1-0 pagi tadi. Sampaikan jalanraya yg biasanyer jem blueberry, dah jadi jem nenas. [jem bluberi mcm pekat je, dan jem nenas mcm lite skit... warna cerah. hehehe...takder kaitan.]. Keamanan jalanraya hari ini mungkin disumbangkan oleh org2 yg MC atau EL sbb takleh bgn pagi lepas tgk perlawanan Spain dgn Germany td. Atau mungkin juga, org-org yg masih ader inisiatif nak pegi keja, tp terlewat, maka secara tak langsung, tak ramai org yg berebut nak guna jalanraya pada waktu yg sama.....

Saya ni kan suka menyampuk. Org tgk bola, saya pon nak tgk bola. Org ader pasukan feveret, aiii... saya pon mesti nak jugak ader pasukan feveret. Pastu, pasukan feveret org menang, tapi pasukan feveret saya kalah.. Wakakakaka... Cacat.

Pagi tadi, saya stay awake jugak untuk menyaksikan sendiri serpihan-serpihan darah daging Hitler menentang cucu-cicit Isabella Al Andalucia merebut sebiji bola bagi menempatkan diri mereka di dalam pujian[kalo menang] dan kutukan [kalo kalah] oleh manusia-manusia di seluruh dunia.

Jam 2.30am, perlawanan bermula. Walaupun perlawanan tu langsung takder kena-mengena dgn saya, tapi semasa lagu kebangsaan Germany dimainkan, saya juge turut merasa semangat patriotik mereka. Hehehe... Tak pasal-pasal. Ntah-ntah saya ni pon keturunan Hitler. :D.

Secara jujurnya, sepanjang separuh masa pertama perlawanan, saya rasa sungguh bosan. Memandangkan kedua-dua pasukan hebat, jadi... agak boring biler tgk, bola tu tak ke mana. Berlegar-legar kat tgh je. Kalo terlebih skit ke kawasan gol pun, akan dipatahkan oleh pertahanan lawan masing-masing. Boring..boring... Tamat je separuh masa pertama, saya pon bangun dan masuk bilik dan kroihhh......ZZzzzZZZZzzZZZ.... nyum..nyum... So, saya tak tgk la detik kemenangan Spain, saat gol kemenangan dijaringkan, kerana gol terhasil di separuh masa ke-2.

Nampaknya final World CUp 2010 nanti, adalah di antara Netherlands dan Spain. Tahniah untuk kedua-dua pasukan. Dua-dua team bosan untuk ditengok. Huwah..huwah... marah plak penyokong-penyokong mereka. Tapi yang pasti, kalo korang sokong beriya pon, derang bukannyer tau pon. Derang tak efek apa2 plak tu. Kalo korang kutuk, derang tetap mcm tu. Kalo korang puji pon, derang tetap mcm tu. Maka, watch and just enjoy the game lah. Sbb kita takder kena-mengena dgn negara yg bertanding. [Ayat kecewa daripada penyokong Argentina. hahahahah].

Ohhh..lupa nak bitau. Bagi yg tak tau, Paul the Octpus tu adalah sekor sotong kurita yg digunakan untuk meramalkan keputusan perlawanan World Cup 2010. Beliau lahir di Germany dan adalah berkewarganegaraan Germany la nampaknyer. Bleh dikatakan perlawanan-perlawanan yang diramalkan menang oleh beliau sebelum ini, benar-benar menang. Warning : Orang Islam dilarang percaya kepada perkara-perkara syirik ini. Sekian. Semua itu hanya kebetulan sajer yer.

Ni masa si sotong pondan ni predicted German menang ke atas England. Sotong ni, agak-agaknyer, kalo aku kerat 19 pon, tak sedap untuk dimakan ek? Nampak mcm tua semacam je. Mesti liat ni daging dia. Heh!

Comments

  1. Lepas tu saya akan pergi makan sushi king. Octopus!!

    ReplyDelete
  2. arrghh...aku nak panggang jerk si paul ni...wat nyemak FIFA jerk...

    ReplyDelete
  3. Nasib baik ader geng yg marahkan si Paul ni. Sejak dia predict Argentina ari tu lagi. Haishhh...

    ReplyDelete
  4. arrghh !!! aku nak panggang haje si paul tuw !!! pastu cicah sambal udang kering aku...terbaek...hakhak..

    ReplyDelete
  5. Aii,....betul2 marah zykron ni. Takper..sabar-sabar... Nnt kita panggang dia sama2. Hinss... Marah ni!!! *Dah berjangkit.

    ReplyDelete
  6. x per2 del sol...huhu...bior aku jerk yg hangin ngan paul..liat tu daging si paul octo tuw..shilap2 tercekik ko time nk ngap...ahaksss!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w