Sejahteralah ke atas kamu....
Aku ni kalau kat tempat yg aku takde kemudahan untuk update blog, idea nak update blog tu kemain mencanak-canak keluar. Bukan setakat topik yang aku tulis je melintas anak-beranak di fikiran aku ni, sekali dengan idea lawak jenaka pun aku dah imagine sekali. Tapi bila tiba je saat nak mengarang a new post, semua yang aku pernah terfikir tu, sepatah haram pun aku tak ingat. Lain kali aku kena tulis idea aku tu pada post-it, then lipat-lipat, kunyah dan telan. Baru la idea tak hilang. Haihh... Rosak reputasi aku sebagai seorang awam yang turut dikenali sebagai blogger sambilan ni.
Haaa, pilih-pilih nak warna apa untuk suruh aku telan. |
Sekarang ni tengah trending dengan Star Wars The Force Awaken. Secara jujur-sejujur-jujurnya, aku memang tak pernah ikut cerita Star Wars ni sejak aku lahir ke dunia yang fana ini. Ewah. The biggest effort yang aku pernah lakukan berkaitan dengan Star Wars ni ialah aku pernah cuba untuk tengok setiap movie yang pernah keluar sebelum ni. Aku tak bangga ye. Kalau berusaha nak hafal Juz Amma tu boleh la jugak aku nak banggakan. Ini setakat ulang tayang tengok Star Wars je, perkara lagho yang memang aku tak bangga langsung. Bertambah-tambah tak bangga, bila aku tengok Star Wars, otak aku tak dapat digest pun cerita tu. Ternyata otak aku agak memerlukan Thirsty Hippo di situ. Kalau tengok dengan husband aku, memang tak sempat la tebu nak tumbuh tepi bibir dia, sebab tepi bibir dia berbuih-buih nak cerita kat aku part yang aku tak faham. Err... boleh katakan semua part pun aku tak faham. Hahah. Selamat la suami aku penyabar walaupun ada time dia macam termasuk sekali melarut dalam movie tu sampaikan bila aku tanya pun dia tak dengar.
Walauuuuuu bagaimana pong. Demi menyokong minat suami aku terhadap Star Wars, aku plan nak belanje dia dan aku sekali untuk tengok Star Wars kat wayang. Kami ni memang suka tengok movie. Mungkin menghargai seni filmography. Kaedahnya. Cuma biasanya memang tak tengok di wayang. Tengok kat rumah je. Tunggu je la filem terbaru tu keluar kat HBO. Atau download. Atau copy daripada kawan/family. Ataupun tunggu keluar Astro First@Astro Best. Asalkan boleh tengok je. Cuma ada la movie tertentu yang memang terhebat di dalam abad ni yang rasa macam kena tengok di wayang. Contohnya Transformers, The Hobbit. Dan Star Wars pun salah satu filem yang aku rasa nak tengok kat wayang. Sorry, tersupport plak Amareka. Opps.
Aku pun mula la buka website GSC. Select tarikh. Khamis. Midnight. Sesuai tengok hari Khamis. Sebab memang cuti. Jumaat pun cuti. (Cuti maulidur rasul aku nak gi tengok wayang. huhu. Jangan kutuk. Berdosa.) Lokasi Signature, The Garden. Buat sekali, tak jadi. PC hang. Part nak bayar jadi hangggg je manjang. Berangin sungguh aku rase. Minum Eno Nenas kejap bagi keluar angin. So, aku buat sekali lagi. Dah select time, tempat, tarikh. Deng! Hang lagi. Last sekali aku tutup lagi dan buat lagi sekali. Akhirnya... Berjaya.... Nak print tiket, aku buka inbox email untuk tengok balik confirmation tiket yang aku beli......
Sekali......
Aku terlupa nak tukar tarikh... Kwang! Tarikh yang aku beli tu hari ni. Huhuhuhu... tengok midnight. Huwaaa... Kenapa la aku rakus sangat!! Nak burn tiket pun sayang. Sebab mahal huhuhu. Maka, terpaksalah... Aku melepaskan. Apa yang telah tersimpan sekian lamaaa.... Malam ni dah la husband aku ada kelas. Esok dah la kerja. Rabak la mata aku esok menahan mengantuk. Luth aku akan bawa la. Sengaja pilih midnight sebab nak suruh dia tidur je dalam wayang tu. Sebab tu aku suka tengok wayang kat Signature. Pertama sebab dekat dengan umah. Kedua sebab semua couple seat. Ketiga sebab aku berharap dapat souvenir Star Wars daripada GSC. Macam last time aku tengok The Hobbit kat Signature, aku dapat pedang the Hobbit bak hangggggg.... [Padahal keychain je punnnnnnnnnn. Hakhak. ]
Jadi, itulah kisah sadist aku hari ni. Silalah tumpang nangis keluar kelempung ikut hidung ye.
hehe..layan je la ye :)
ReplyDeletesy tak minat star wars..huhu
so, nanti tengok dulu dari suami lah ni..jangan citer kat dia tau apa jadi..hahaha.kalau dah bagi spoiler,tak best
ReplyDeletesaya pun nak ceritalah pasal member salah beli tiket.
ReplyDeleteDah lupa movie apa nak tengok time tu tapi dalam bulan lepas kalau tak silap. Confident je membe beli tiket online tarikh dan waktu sekian2x. Ingat nak tengok movie pkul 10.
Pastu bila member beli online pastu boleh lepak2x lagi and tak cek balik beli tiket online td. Dah nak pukul 10 baru g tengok wayang. Sampai sana dengan confident nak tukar pembelian online dengan tiket, just bg no id pembelian online yang kita buat ke kaunter, sekali bro kaunter kata cerita ni dah lepas pkul 8 malam tadi. hahahaha
tergelak besarrr la kita orang sebab membe salah beli waktu. nak tak nak kitaorang beli tiket baru. nasib tak dimalukan masa cek tiket nak pawagam..
Sejak peristiwa tu, terus saya je yg belikan tiket online. suruh org lain belikan takot salah pilih waktu. haha.
hahaha.. aduhai xpe janji leh tgk jgk...
ReplyDeletesy pun xprnah nk follow citer tu...huhuhu
Uncle peminat star wars.... maklom lah orang tua.... cerita klasik.
ReplyDeletehehehe
keychain tu boleh jadi weapon =P
ReplyDeleteprotection skali ehehe..
tak faham jalan cerita star wars sampai sekarang
ReplyDeletehahaha sadisnya cerita..tp oklah dpt jugak tengok.sy lg la tak boleh hadam citer star wars ni..aiman dengan abahnya je la p tgok..teringin nk tgok diwale.hahaha nk deting berdua tp cmna ye nk tinggal anak kt pengasuh sesaja rasa macam tak sanggup.huhu
ReplyDeletezaman menonton wayang dah lama KY tinggalkan. anak2 bercerita lah apa pun yg di tontonnya..sikit pun KY tak paham..hihi
ReplyDeleteTak minat dan tak kan minat star wars kot...
ReplyDeleteSbb takde orang bg jawapan...krnapa ada watak nama ubi wan kenubi...
pun tak layan star wars gak. ahahaha... tak try jual dlu tiket tu, kot2 la ada orang nak beli.
ReplyDeleteHahahaha...rin br movie date semalam dgn hubs..tp citer nustang la..hahahah
ReplyDeleteaduhai..rasa mcm nak ketuk kepala sendiri kan?? :D
ReplyDeletelyd, saya pun tak tau hapa psl star wars. Suami pun sama..mmg katak bwh tempurung sungguh!
memang tak minat star wars. mujur la encik laki tak minat jugak (rujuk komen di atas) haha
ReplyDelete