Skip to main content

Dalam Keterpaksaan Aku Relakan

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku ni kalau kat tempat yg aku takde kemudahan untuk update blog, idea nak update blog tu kemain mencanak-canak keluar. Bukan setakat topik yang aku tulis je melintas anak-beranak di fikiran aku ni, sekali dengan idea lawak jenaka pun aku dah imagine sekali. Tapi bila tiba je saat nak mengarang a new post, semua yang aku pernah terfikir tu, sepatah haram pun aku tak ingat. Lain kali aku kena tulis idea aku tu pada post-it, then lipat-lipat, kunyah dan telan. Baru la idea tak hilang. Haihh... Rosak reputasi aku sebagai seorang awam yang turut dikenali sebagai blogger sambilan ni.

Haaa, pilih-pilih nak warna apa untuk suruh aku telan.


Sekarang ni tengah trending dengan Star Wars The Force Awaken. Secara jujur-sejujur-jujurnya, aku memang tak pernah ikut cerita Star Wars ni sejak aku lahir ke dunia yang fana ini. Ewah. The biggest effort yang aku pernah lakukan berkaitan dengan Star Wars ni ialah aku pernah cuba untuk tengok setiap movie yang pernah keluar sebelum ni. Aku tak bangga ye. Kalau berusaha nak hafal Juz Amma tu boleh la jugak aku nak banggakan. Ini setakat ulang tayang tengok Star Wars je, perkara lagho yang memang aku tak bangga langsung. Bertambah-tambah tak bangga, bila aku tengok Star Wars, otak aku tak dapat digest pun cerita tu. Ternyata otak aku agak memerlukan Thirsty Hippo di situ. Kalau tengok dengan husband aku, memang tak sempat la tebu nak tumbuh tepi bibir dia, sebab tepi bibir dia berbuih-buih nak cerita kat aku part yang aku tak faham. Err... boleh katakan semua part pun aku tak faham. Hahah. Selamat la suami aku penyabar walaupun ada time dia macam termasuk sekali melarut dalam movie tu sampaikan bila aku tanya pun dia tak dengar.

Walauuuuuu bagaimana pong. Demi menyokong minat suami aku terhadap Star Wars, aku plan nak belanje dia dan aku sekali untuk tengok Star Wars kat wayang. Kami ni memang suka tengok movie. Mungkin menghargai seni filmography. Kaedahnya. Cuma biasanya memang tak tengok di wayang. Tengok kat rumah je. Tunggu je la filem terbaru tu keluar kat HBO. Atau download. Atau copy daripada kawan/family. Ataupun tunggu keluar Astro First@Astro Best. Asalkan boleh tengok je. Cuma ada la movie tertentu yang memang terhebat di dalam abad ni yang rasa macam kena tengok di wayang. Contohnya Transformers, The Hobbit. Dan Star Wars pun salah satu filem yang aku rasa nak tengok kat wayang. Sorry, tersupport plak Amareka. Opps.

Aku pun mula la buka website GSC. Select tarikh. Khamis. Midnight. Sesuai tengok hari Khamis. Sebab memang cuti. Jumaat pun cuti. (Cuti maulidur rasul aku nak gi tengok wayang. huhu. Jangan kutuk. Berdosa.) Lokasi Signature, The Garden. Buat sekali, tak jadi. PC hang. Part nak bayar jadi hangggg je manjang. Berangin sungguh aku rase. Minum Eno Nenas kejap bagi keluar angin. So, aku buat sekali lagi. Dah select time, tempat, tarikh. Deng! Hang lagi. Last sekali aku tutup lagi dan buat lagi sekali. Akhirnya... Berjaya.... Nak print tiket, aku buka inbox email untuk tengok balik confirmation tiket yang aku beli......




Sekali......






Aku terlupa nak tukar tarikh... Kwang! Tarikh yang aku beli tu hari ni. Huhuhuhu... tengok midnight. Huwaaa... Kenapa la aku rakus sangat!! Nak burn tiket pun sayang. Sebab mahal huhuhu. Maka, terpaksalah... Aku melepaskan. Apa yang telah tersimpan sekian lamaaa.... Malam ni dah la husband aku ada kelas. Esok dah la kerja. Rabak la mata aku esok menahan mengantuk. Luth aku akan bawa la. Sengaja pilih midnight sebab nak suruh dia tidur je dalam wayang tu. Sebab tu aku suka tengok wayang kat Signature. Pertama sebab dekat dengan umah. Kedua sebab semua couple seat. Ketiga sebab aku berharap dapat souvenir Star Wars daripada GSC. Macam last time aku tengok The Hobbit kat Signature, aku dapat pedang the Hobbit bak hangggggg.... [Padahal keychain je punnnnnnnnnn. Hakhak. ]



Jadi, itulah kisah sadist aku hari ni. Silalah tumpang nangis keluar kelempung ikut hidung ye.

Comments

  1. hehe..layan je la ye :)

    sy tak minat star wars..huhu

    ReplyDelete
  2. so, nanti tengok dulu dari suami lah ni..jangan citer kat dia tau apa jadi..hahaha.kalau dah bagi spoiler,tak best

    ReplyDelete
  3. saya pun nak ceritalah pasal member salah beli tiket.

    Dah lupa movie apa nak tengok time tu tapi dalam bulan lepas kalau tak silap. Confident je membe beli tiket online tarikh dan waktu sekian2x. Ingat nak tengok movie pkul 10.

    Pastu bila member beli online pastu boleh lepak2x lagi and tak cek balik beli tiket online td. Dah nak pukul 10 baru g tengok wayang. Sampai sana dengan confident nak tukar pembelian online dengan tiket, just bg no id pembelian online yang kita buat ke kaunter, sekali bro kaunter kata cerita ni dah lepas pkul 8 malam tadi. hahahaha

    tergelak besarrr la kita orang sebab membe salah beli waktu. nak tak nak kitaorang beli tiket baru. nasib tak dimalukan masa cek tiket nak pawagam..

    Sejak peristiwa tu, terus saya je yg belikan tiket online. suruh org lain belikan takot salah pilih waktu. haha.

    ReplyDelete
  4. hahaha.. aduhai xpe janji leh tgk jgk...

    sy pun xprnah nk follow citer tu...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Uncle peminat star wars.... maklom lah orang tua.... cerita klasik.

    hehehe

    ReplyDelete
  6. keychain tu boleh jadi weapon =P
    protection skali ehehe..

    ReplyDelete
  7. tak faham jalan cerita star wars sampai sekarang

    ReplyDelete
  8. hahaha sadisnya cerita..tp oklah dpt jugak tengok.sy lg la tak boleh hadam citer star wars ni..aiman dengan abahnya je la p tgok..teringin nk tgok diwale.hahaha nk deting berdua tp cmna ye nk tinggal anak kt pengasuh sesaja rasa macam tak sanggup.huhu

    ReplyDelete
  9. zaman menonton wayang dah lama KY tinggalkan. anak2 bercerita lah apa pun yg di tontonnya..sikit pun KY tak paham..hihi

    ReplyDelete
  10. Tak minat dan tak kan minat star wars kot...
    Sbb takde orang bg jawapan...krnapa ada watak nama ubi wan kenubi...

    ReplyDelete
  11. pun tak layan star wars gak. ahahaha... tak try jual dlu tiket tu, kot2 la ada orang nak beli.

    ReplyDelete
  12. Hahahaha...rin br movie date semalam dgn hubs..tp citer nustang la..hahahah

    ReplyDelete
  13. aduhai..rasa mcm nak ketuk kepala sendiri kan?? :D

    lyd, saya pun tak tau hapa psl star wars. Suami pun sama..mmg katak bwh tempurung sungguh!

    ReplyDelete
  14. sama la kita..tak boleh nak hadam film ni..dari dulu sampai sekarang paksa juga tengok tapi tak paham apa pun..hahhaha...

    ReplyDelete
  15. memang tak minat star wars. mujur la encik laki tak minat jugak (rujuk komen di atas) haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya