Sejahteralah ke atas kamu....
Aku saja je nak bagitau. Menonton drama Korea semasa single/bujang lain sangat feel nya berbanding dengan menonton semasa dah kahwin ni. Aku tak pasti la aku sorang je ke yang rasa gitu atau orang lain pun rasa benda yang sama. Beza sangat. Sebab bila tengok kisah cinta semasa bujang dulu, hati terbuai tapi rasa sunyi sangat sebab tak ada sesiapa. Rasa tak pasti siapa jodoh sendiri. Rasa macam entah ada peluang ke tidak untuk mengalami semua benda-benda sweet macam dalam drama tu. Tapi sekarang bila dah kahwin dan tengok drama percintaan, dalam hati rasa secure, rasa selamat dan tak ada rasa jeles pun. Yang paling penting, hati dah tak rasa sunyi bila tengok adegan sweet dalam drama. Mungkin sebab dah ada seseorang yang boleh disandarkan untuk semua perkara sweet tu. Halal pulak tu. Kan? Ke guane?
Dulu aku kaki drama Korea. Mula tengok Winter Sonata, pastu Autumn In My Heart dan melarat-larat ke cerita seterusnya yang keluar kat TV. First crush Korea aku mestilah hero Winter Sonata, Bae Yong Jun. Hero tua weh. Walaupun aku mula belajar tengok drama Korea kat TV, tp aku tak suka tengok Kdrama kat TV sebab dah alih bahasa ke Mandarin. Senak telinga dengar suara alihbahasa macam kemik sangat, suara halus nyaring. Sedangkan suara asal pelakon Korea macam besar je. So, bila tak tengok kat TV, kena la beli VCD. Zaman tu VCD la. Lepas VCD baru upgrade ke DVD. Memang pokai la poket aku kalau nak ikut semua cerita yang ada. Satu set drama Korea pun paling murah masa tu dalam RM40 juga. Last-last rasa macam tak larat dah nak follow. Terpaksa la aku berenti tengok drama Korea. Masa tu kat TV ada je lagi siarkan. Cuma aku tak sudi nak tengok mulut pelakon tak synch dengan suara.
Last aku tengok drama Korea, hero yang menambat hati aku ialah Kim Rae Won. Biarlah orang nak cakap gigi dia jongang. Tapi ada aku kesah. Aku minat jugak tak kira.
Baru-baru ni tetibe je aku dihidangkan dengan drama-drama Korea yg kawan-kawan ofis download. Banyak senarai drama yang ada dalam hard disk dia. Lama ada baru pun ada. Kawan aku si Harimau Bintang dok promote drama Descendants of The Sun. Aku mula-mula nak copy cerita tu je. Sekali bila aku tengok list drama tu yang terbaru ialah Doctors (Crush). Laju terus tengok. Sebab... Err.. Sebab heronya ialah Kim Rae Won. Rasa macam bertemu semula dengan ex-boyfriend yang terpisah 10 tahun. Tapi ayat, 'ex-boyfriend yg terpisah 10 tahun' tu boleh buat salah faham kan?
Pernah terjadi sekali, aku share clip video Zamani kat FB, pastu aku taip ayat yang lebih kurang macam ni, "Rasa macam tengah tengok ex-bf bila tengok Zamani". Agak kontroversi juga bila aku up post macam tu. Makcik hasben aku siap komen, dia cakap "Abg Ngah lagi hensem". Hahah... Cute makcik hasben aku. Aku bukan la bermaksud apa-apa pun. Mana ada ex-bf aku yg muka mcm Zamani pun. Aku cuma feeling macam, satu masa dulu aku minat Zamani. Minat kumpulan Slam. Pastu bila dah lama tak tengok Zamani, tetibe dia buat comeback. Err, tu pun lepas kena tangkap. Huhu. Bila tengok Zamani nyanyi, terimbas kenangan lalu masa sekolah. Setakat tu je la. Takde kaitan dengan hati dan perasaan langsung.
Macam tu juga la perasaan aku bila tengok Kim Rae Won dalam drama Doctors. 2 bulan lepas Kim Rae Won datang Malaysia. Ada sesi bertemu peminat kat Pavilion. Aku takde la rasa nak pergi jumpa. Sebab bukan fanatic. Lagipun dah kawen ni, dah ada anak, macam tak tergamak nak ketepikan anak2 demi benda2 lagho cenggitu. Ewah. Yeeeee je kan.
Sebut pasal hero Korea, aku ni oleh sebab umur dah nak masuk waktu asar (hekhek), aku tak berapa minat sangat hero2 muda yang muka plastic surgery. Aku minat hero2 tua yang muka keKoreaannya masih lagi pekat. Aku masih boleh terima kalau hero korea buat surgery sekadar buat double eyelids atau pun sikit nose job je. Maksudnya takde la sampai nak bedah kecikkan rahang, buat dagu apa semua.
Owh. Sungguh KPop entry post ini. Sarang hae poink poink. Kamsahamnida. Bee anhae. Fighting! Ceh tetibe. Kbai.
dah lama kot tak layan citer korea.
ReplyDeletesetakat winter sonata dgn autunm in my heary j lah sempat layan dedulu
skrg..mmm ..x mnat kot ?
ntah lah... faktor umur kot..
so sweet lah makcik husband u tu..
assalamualaikum lyd.. lamnya menyepi sihat? anak anaak camno?
si adik dh blh ape dah?
KY dulu pun kaki drama korea..skrang dh malas nak layan.buka tak suka..rasanya dah mcm tak kecukupan masa..
ReplyDelete