Iklan! Iklan! Sila Click!

07 March 2016

Pengalaman Tinggal Di Wad PPUM

Sejahteralah ke atas awok....

Terdahulu aku ceritakan pengalaman bersalin di PPUM. Kali ni nak cerita pula pengalaman aku menginap di wad bersalin PPUM selepas bersalin.

Secara jujurnya aku katakan, duduk di wad bersalin PPUM, tidaklah seteruk mana. Atau boleh aku katakan, memang tak teruk langsung. Nurses baik belaka. Tak ada pulak aku jumpa dengan nurse yang menyakitkan hati. Semuanya lemah lembut dan sangat membantu. Ini pujian ikhlas tau. Sikek dok nawok.

Wad bersalin tu dalam satu bilik ada 4 orang. Sewaktu aku dimasukkan ke dalam wad, hanya ada 3 orang termasuk aku. Semuanya baru lepas melahirkan. Kalau di dalam labour room, sebarang gadget adalah dilarang sama sekali, berbeza pula di dalam wad. Gadget dibenarkan bawa. Lega la sikit aku rasa sebab boleh bawak henfon, tak la mati kutu sangat dok dalam wad tu. Dah petang sikit baru la pesakit ke-4 masuk. Menurut pesakit ke-4 tu, dia bersalin pagi. Waktu lebih kurang macam waktu aku bersalin juga. Tapi dah petang baru dia boleh keluar daripada labor room tu, sebab jahitan perineum dia beberapa kali kena jahit dan tetas balik sebab tersalah jahit. Adoii... ngilu plak aku rase. Dia memang jadi bahan ujikaji la. Aku bersyukur sebab aku tak menerima nasib begitu.

Sewaktu aku ditempatkan di dalam wad, aku tak tau pun anak aku ada kat mana. Aku bersalin jam 6.45 pagi. Jam 7.30 pagi, aku tengok suami masuk dalam wad untuk berjumpa dengan aku. Yelah, mestilah nak jumpa aku. Takkan nak jumpa nurse pulok. Kang jadi mak lampir lagi sekali pulak aku nanti. Bila aku tanya suami aku, mana anak? Dia kata ada dalam bilik yang ada ramai-ramai baby dan dia baru je selesaikan azan di telinga anak kami. Owh, so touched. Suami aku kabo dia nangis sebab terlalu sebak kerana terharu bila dah jadi seorang ayoh. Sepatutnya suami aku takleh masuk pun dalam wad waktu tu, sebab bukan waktu melawat. Tapi nurse bagi la masuk kejap sebab suami aku kata dia nak bagi barang kat aku. Memang la tak sesuai suami nak datang melawat sesuka hati sebab wad tu ada pesakit lain. Tak selesa la pesakit lain kalau ada orang lelaki masuk pada waktu yang bukan waktu melawat. Aku pun faham la keadaan tu. Cuma ye lah, keadaan tu membuatkan aku rasa, memang next time aku perlu bersalin di hospital swasta supaya suami boleh temankan aku sepanjang masa kat hospital. Vah ji vah vah vah sangat kan perangai. Lepas berbual sekejap dengan suami, dia pun balik nak cuci uri. Nanti waktu melawat nanti dia akan datang balik. Dia kata, waktu dia cuci uri pun dia menangis sebak. Hehehe.. Manje beteiii la suami aku ni. *sorry ye B sbb cerita kat sini. Kenangan ni. Kang lupa*

Aku tertunggu-tunggu bila la nurse nak hantar anak aku. Waktu tu baru aku terasa nak jumpa anak aku, nak peluk cium anak aku. Masa lepas bersalin tadi tak rasa mende-mende pun. Sekarang baru nak panik sebab takut lambat-lambat kang, nurse tertukar anak aku dengan anak orang lain. Kang jadi sinetron pulak bila dah besar. Tapi nurse macam tau-tau je perasaan dalaman aku, tak lama lepas tu dia datang bawa seorang bayi yang sebijik macam muka aku. Confirm la tak tertukar anak. Takyah buat ujian DNA pun memang boleh tau tu anak aku. Heeee.

Aku memang dah plan nak letak nama Luth. Sepatah je cukup. Kedekut betul mak ayah Luth ni ye. Bagi nama seciput je kat anak. Sewaktu Luth sampai kepada aku, dia tido. Serius je muka waktu tidur tu. Aku tunggu dia bangun sebab nak bagi susu. Tapi sampai la ke tengahari apabila suami aku datang pun dia tak bangun-bangun lagi. Aku cuba la suakan susu badan kat dia, tapi dia macam tak sedar langsung. Aihhh... Lain macam budak ini. Penat benor gayanya. Macam dia pulak yang bersalin. 

Sampai habis waktu melawat, Luth tak bangun tidur pun untuk mintak susu. Pakar laktasi datang melawat aku untuk ajar cara breastfeeding. Part ni la aku terasa macam kambeng sikit. Oleh sebab Luth langsung tak terjaga, asyik tidur je, pakar laktasi tu siap pegang breast aku dan tolong sumbat dalam mulut Luth. Malunya haku rase tuhan je la tahu. Memang la pakar laktasi tu pompuan, tapi tak selesa hoihh kalau orang tengok breast ko, siap pegang lagi. Luth still lagi tidur. Aku dengan nurse pakar laktasi tu siap tepuk-tepuk pipi Luth tapi dia still tidur. Aku dah mula dah nak panik ni. Tapi menurut nurse, keadaan tu normal sebab aku ambil pain killer sebelum bersalin. Kesan pain killer tu telah menidurkan anak aku dengan lena sekalik. Sampai pakar laktasi tu give up dan dia balik pun Luth masih tidur. Aku pulak keep trying menyusukan Luth. Finally, kul 7 malam tu baru dia bangun.

Untuk pertama kali aku suapkan susu ke mulut Luth dan dia respon dan terus hisap. Perasaan sewaktu tu..... Memang boleh buat aku menangis terharu. Bayangkan bayi kecil yang baru berusia sehari, pandai hisap susu. Aku menangis tengok mulut dan pipi dia bergerak-gerak mengikut hisapan susu. Subhanallah, masyaAllah.... Comel sangat. Waktu pertama kali Luth menyusu tu, kebetulan suami aku ada. Waktu melawat sampai jam 8.30 malam kalau tak silap. Jadi, kami sama-sama berkongsi moment yang terindah itu. Dengan suami aku sekali bergenang air mata sebab terharu sangat tengok anak menyusu buat pertama kali. Over sungguh dua hekor ni kan. Padahal semua baby pun reti perkara yang sama. Kahkah. Macam anak dia sorang je yang reti menyusu. Tengah feeling-feeling syahdu tu, pakar laktasi tadi datang lagi nak memantau progress penyusuan aku. Ceh, potong betul. Aku cakap la yang anak aku dah menyusu dah. So, dia tak perlu risau la. Heheh. 

Malam tu tak best sebab aku kena handle diri sendiri, sebab suami takleh stay in. Lagi sekali aku rasa aku kena bersalin kat spital swasta next time kalau ada rezeki. Aku ni muka nampak la garang, terutamanya kalau aku mekap dan pakai celak. Tapi hati aku hanyalah sekeping tisu. Huhu. Nak handle situasi yang tak pernah ada pengalaman sorang-sorang macam tu, memang menensen kan haku. Esok paginya, nurse datang bawak besen kecik dan kapas-kapas untuk mandikan baby. Ya Allah, tak retinya aku. Nurse suruh lap je baby. Aku ni, walaupun masa bujang dulu selalu mandikan baby iaitu anak-anak kakak-kakak aku yang berpantang di rumah mak, tapi bila anak sendiri ni aku tetibe mati kutu. Apa la kutu aku ni. Asyik mati je. Dulu aku rasa confident je nak mandikan baby, tapi ternyata pengalaman bila ada anak sendiri ni memang totally lain. Huhu. Tetibe jadi tak reti. Tetibe jadi kekok. Mungkin sebab, masa uruskan anak-anak sedara dulu, usia mereka dah beberapa hari. Tali pusat pun dah tercabut. Ni dengan anak sendiri, tali pusat pun ada lagi. Berdebornya la nak dukung baby dengan tali pusat tercokeng gaya gitu. Lastly aku dap je anak aku dengan kapas. Haha. Kira macam tak mandi la anak aku. Biar la. Dia takkan busuk. Sebab bau dia masih syurga. Ceh, alasan je kan.

Panjangnya la aku cerita ni. Ada panjang berjela lagi yang aku nak cerita tapi aku pendekkan je la. Aku bagi kesimpulan je la terus ye. 

Bersalin di PPUM ni okay je. Layanan baik. Nurse baik. Aku memang tak ada masalah pun dengan nurse. Sebab bagi aku, layanan yang ko terima tak kira di mana sekali pun, adalah hasil macamana ko layan orang juga. Kalau ko sendiri bercakap dengan orang kasar, orang akan layan ko kasar. Kalau cara ko minta tolong dengan nurse pun dah macam memerintah, nurse memang malas la nak layan ko. Jadi, kena sentiasa la buat baik dengan orang. Sentiasa rendah diri dan jangan la nak berlagak macam diva sangat sepanjang masa. Walaupun layanan baik, tapi lepas ni aku tetap nak bersalin kat private. Sebab pertama, pasal nak doktor perempuan. Kedua, sebab nak suami temankan walaupun bukan waktu melawat. 

Mekasih ye sebab baca.

6 comments:

  1. Tulakan lyd...sbb tu rin pun bila msk bab bersalin rin pegi private je..sbb sng hubs nk kua msk...

    ReplyDelete
  2. hahaha byk betul adengan air mata..tp memang betul takjub kan first time tgok anak pndai menghisap.dengan tgn2 dia yg comel..very the sweet moment..sy dua2 aiman afia mmg dpt rasa bf depa dr dalam labor room lg.yg akan dtg ni tak tau la cmna nasib..moga dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Belum ada pengalaman macam ni lagi. Boleh ambik sebagai panduan ni hehe

    ReplyDelete
  4. Kira dah confirmedlah ni you bertegas nak pergi private dengan harapan suami boleh keluar masuk sesuka hati? Banyak betul momen indah you all berdua ya masa kelahiran Luth ni. Kalau suami you baca entri ni, memang menitis balik air matanya teringatkan segala momen 'first time' nih!

    I dua-dua anak lahir kat private wing, HUKM demi nak doktor perempuan Muslim tapi yang pertama service memang tiptop, doktor pun bagus. Tiba turn Adik Cute, service macam apa! Prof tu pun kalau tak kerana I ni tetiba nak kena czer, memang dia tak datang. Siap boleh panggil doktor pelatih lagi dari public hospital kat bawah suruh attend I waktu bersalin. Bergilir-gilir doktor perempuan masuk introduced herself sampai rasa macam tak jadi nak bersalin aje kat situ! HD tak payah ceritalah, anginnya dah sampai satu badan sampai dia nak buat komplen kat kaunter. Bayar mahal-mahal, service sama aje macam kat hospital kerajaan apa keskan! Nasib baik I takda fefeeling nak masuk hospital bersalin lagi sekarang!

    ReplyDelete
  5. nak dpt doktor perempuan di hospital gomen mmg agak payah kan. melainkan kena pergi private. ni lah salah satu puncanya kenapa saya tarik diri daripada terus buat rawatan ttc di hkl dlu. sebaab saya minta doktor, nurse ckp nasib kalau dpt sebab doktor duty ikut shift.huhuhu .

    alhamdulillah lps trik diri, Allah izinkan pregnant, dpt doktor pempuan dr awal pregnant sampai la sambut Rania. syukur sangat...

    setuju sangat dgn nasihat tu. pendek kata berbuat baiklah kita sesama insan. hiks

    ppppssstt: betul3x saya pon lagi suka rasa qaseh junior. sblm ni bgi rania yg tu la. dia suka sangat tp stok nya alahaiiiii sangat . kalau bkn sbb stoknya mmg maintain amalkan qaseh junior tu lagi..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...