Skip to main content

Style Rambut Lelaki Melayu Jaman Sekarang

Sejahteralah ke atas kami.. eh, ke atas kamu...

Korang tahu cemana rambut mohawk? Takkan tak pernah dengar rambut mohawk? Ok, bagi yang tak tahu, ni la salah satu gambar rambut mohawk yang keluar bila ko taip 'mohawk'. 

Aku perasan, ramai lelaki Melayu kat Malaysia ni yang suka buat rambut gaya mohawk ni. Kawan-kawan, keluarga, budak muda, budak kecik, separuh umur semua nak tiru gaya ni belaka. Selamat la aboh aku yang umur 80 tahun tu tak buat rambut gaya gini. Kalo tidak aku nak viralkan je kat FB biar dia femes. Boleh aku tumpang femes. Hehek. Amboi, giler femes rupa-rupanya aku ni ye.

Biasanya rambut yang cuba digayakan oleh lelaki Melayu ni takde la macam gambar kat atas tu. Yang atas tu teruk benor rupe dia. Setakat yang macam Zayn Malik ni je.


Kira jambu la kan kalau buat style rambut camni. Tapi harus la lelaki-lelaki melayu ingat, bahawa bukan semua jenis muka sesuai buat fesyen rambut gini. Kalau dah try sekali then nampak macam kelakar, next time kalo potong rambut, sila jangan mintak fesyen rambut ni dah ye. Ni nasihat yang ikhlas dan fatonah daripada kak Fatonah ni tau.

Secara jujurnya aku memang kurang suka tengok lelaki yang potong rambut macam ni. Kecuali la muka dia memang sesuai macam mamat yang pakai subang dalam gambar kat atas ni. Boleh la dimaafkan.  (Hamboi aku mengutuk plak. Hampun ye adik-adik kalau terase. Akak ikhlas ni.). Lelaki melayu biasa potong rambut Mohawk, akan jadi macam gini;

Rambut tengah tu terlalu panjang. Pastu kat belakang kepala tu nampak macam daun kelapa ditiup angin berjuntaian. Memang kena... Kena ketawa. Tapi end up yang lelaki melayu akan dapat ialah, dia akan kelihatan seperti muka Bobo. Ko kenal lagi Bobo? Ala, Bobo yang dub-smash lagu Sayang by Shae tu.

Bobo ni;

Rambut Bobo ni pun actually style mohawk juga hokey. Tapi versi muka Bobo la. Tak dapat nak bantu.


.......................................


Ada satu hari tu, husband aku nak gi potong rambut. Dah berapa minggu aku bising pong pang pong pang suruh dia potong rambut dia. Sebab nampak macam sebotol minyak ZamZam tumpah atas kepala sangat dah. Pastu dia pergi la.... 

Bila balik tu, dia bawak balik rambut macam ni,

Nampak rambut tepi tu dia sepat bagi skin head, pastu kat tengah-tengah dia biar panjang berjerebik. Aku pun hape lagi. Kutuk la husband aku depan-depan. Aku panggil dia Brendan [Frazer] macam nama pelakon dalam gambar ni. Aku memang tak berapa minat style rambut gini. Pastu husband aku beriya explained, dia kabo dia gi kedai suruh trim. Sekali brader tukang gunting tu buat macam ni. Tak baik betul isteri deraka ni nak gelak-gelakkan suami sendiri kan. Awak tu macam la santek sangat muka. Kekeke.

Pastu masa raya haji, aku beraya kat rumah adik ipar aku, Tinee. Aku cerita pasal rambut Abang Ngah dia tu kat adik-adik ipar (Ina dan Tinee). Sekali Tinee kata, suami dia Helmi pun gi potong rambut dan dapat rambut macam tu. Helmi pun kena ketawa dengan Tinee sebab rambut kelakar. Dan Ina pun kata, suami dia Hisham pun buat rambut macam gitu. Itu pun kena ketawa juga dengan Ina. Kesimpulannya, kalau pergi potong rambut kat kedai gunting sekarang ni, agaknya kalau cakap suruh potong pendek, memang tukang gunting akan buat rambut cam Bobo la kot? Hahahah.. Geli hati plak rase.


Comments

  1. Untung mereka yg kepala botak tak payah pikir pasal fesyen rambut...

    ReplyDelete
  2. kak yan pun tak berkenan rambut camni lyd..lain macam...hubby akak biasa potong rambuat ala ala askar

    ReplyDelete
  3. aku biasa cakap potong pendek je. xde pulak diorang ni potong jadi rambut mohawk. ke diorang gi potong rambut kat saloon?

    ReplyDelete
  4. Rambut saya pendek tak tau nak buat style macam mana. haha

    ReplyDelete
  5. .sebab tu kena pi kedai yang selalu pi..tukang gunting tu tau dah nak potong cemana..kalau pi kedai baru memang rambut bobo la yang diaorang dapat..hahah

    ReplyDelete
  6. Takpe....nnt tumbuh balik inshaallah...
    Pastu tukar pesen lain lak...
    Pastu gelakkan balik
    Tp takpe...nnt tumbuh balik inshaallah
    Pastu tukar pesen lain lak...
    Pastu gelakkan balik
    Tapi takpe....

    ReplyDelete
  7. Hubs rin pegi kedai mamak je gunting rambut..rm10 aje...kikiki

    ReplyDelete
  8. Adoi agaknya gaya camtu paling trendy ls kot sekaran dh tukang gunting semua pegi potong style gitu..

    En suami n aiman senang je..style mawi je jadi pilihan..pkai mesin no satu tak pun botakkan terus smp takde rambut.lgsung tak style.hahaha

    ReplyDelete
  9. Memang betul pun, ramai yang meniru, tapi tak kena ngan rupa.. jadilah kelakow giler. Kesian.

    ReplyDelete
  10. Hahaha....tak semenggah benor...kena pula husband jenis rambut lurus..lembut pulak tu rambutnya....
    Sekarang rambut pacak2...dulu je selalu rmbut M

    ReplyDelete
  11. huhuhu. muka tirus boley ler mohawk bagai2. usia muda belia. udah 30 an pk2 la balik. tp lyd, pape pun, suami kite ttp handsome.

    ReplyDelete
  12. Budak-budak sekolah pun banyak fesyen rambut pelik pelik sekarang ni

    ReplyDelete
  13. betul dah tuu.. smua bnda nak ikut trend skrg.. yg buat line jenis buat line

    ReplyDelete
  14. hihi..mohawk tu ala2 rambut sabun Trojan dah..

    zaman kt dulu, rambut belah tengah lenardo de caprio la femes

    ReplyDelete
  15. Macam² style rambut skang nih. Tak kisah pon rambut husband macam mana. Botak pon ok jugak ☺

    ReplyDelete
  16. gaya mohawk tu berzaman dah ada
    tapi bila dia di upgrade mengikut zaman
    memang lagi buruk
    tapi betullah lyd...kalau suh potong pendek
    memang kedai potong tebi lebih
    anak bujang saya camtu lah

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya