Sejahteralah ke atas kamu....
Hasben aku pernah jadi perokok tegar satu masa dulu, long before, sebelum aku jumpa dia semula (kami satu sekolah tapi tak berkawan pun, apatahlagi nak keep in touch, sampai la jumpa semula after 10 years.) Kiranya, sewaktu aku kenal dia bila dah dewasa ni dia dah quit smoking la. Jadi, aku tak sempat la nak melalui jaman mulut dan tangan dia berbau asap kepuk-kepuk kepam-kepam tu. (dah macam bunyi kompang pulak kan).
Ini salah satu perkara yang aku sangat bersyukur dan sangat appreciate tentang hasben aku. Takde la. Bukan la nak puja suami sendiri, tapi lebih elok la daripada aku puja suami orang. Eh tibe. Maksud aku, bukan la aku nak up-up and away kan laki aku tuh. Aku bukan la sejenis nak berlagak tak tentu hala. Aku humble tau. (tekup mulut dgn tangan tanda tersipu.). Sekali-sekala aku nak up cerita pasal suami aku, maafkan la aku ye.
Aku sebut pasal isu merokok sebab aku nak kaitkan dengan apa yg aku nak cerita hari ni....... menurut kajian saintifik kak lida pempom ni kan.... orang yang dah biasa smoking, once dia dah quit, dia akan jadi cepat ngantuk bila driving.
Dia punya mengantuk tu kan, memang mendebarkan sungguh tau. Banyak kali dah aku berderau darah kalau dalam perjalanan ke mana-mana. Kang tetiba dia makan jalan orang. Aku ni bertempik sokmo la. Eh tipu je. Aku biasa bertempik kat anak-anak je(kantoi). Kat suami aku cakap herlok je (boleh caya ke ni? haha). Kiterang ni mana la ada gi jalan-jalan mana-mana sangat. Biasa paling gempak pun balik kampung je la. Memang sejenis yg tak adventurous pun. Jadi, perjalanan balik kampung tu la yg dia selalu mengantuk pun.
Dulu ada orang bagi petua suruh makan kuaci kalau nak hilangkan mengantuk semasa memandu. Ada juga la hasben aku buat. Memang mujarab wei. Boleh istiqomah memandu dalam keadaan yang penuh dengan adab ketimuran dari awal sampai akhir perjalanan. Amazing Spiderman ni. Tapi, lepas dah lama-lama tu, tetibe je teknik tu dah tak menjadi. Kalau tiba dia mengantuk tu, dia kata macam ada orang jahit mata dia. So, bila dah nak start mengantuk tu, hasben aku akan cakap, "Haaa dia sampai dahhhh". Pastu aku yg pembaris ni pun tanya la, "Siapa yang sampai?". Dia jawab, "Tukang jahit sampai dah.". Maksudnya macam tukang jahit mata dia dah sampai la konon. Beriya kan aku explain kat korang.
Bila sampai stage ni, aku berdebor terus la. Sebenarnya kiterang ni kalau dalam kereta, tak pasang lagu-lagu sangat. Kadang-kadang je dengar radio. Kalau pasang lagu pun, dia tetap juga mengantuk. Ada sekali tu, aku play lagu-lagu Backstreet Boys dalam kereta. Elok weiiii... Hilang ngantuk dia. Selama ni dia kan bawak imej rockers kan. Atau muzik Alternative, Punk, Rock ala-ala gitu la kan. Dulu dia citer masa sekolah menengah dulu memang dia tak layan la lagu-lagu boyband ni. Apa barang kes nak layan lagu-lagu leweh kan. Tapi sekarang kau tengok. Lagu BSB, lagu Westlife juga yang paling serasi dengan pendengaran dia untuk bantu menjana perhubungan sel-sel otak dia masa tengah bawak keta tu. Biasa aku la yg akan jadi disc jockey. Dia request je nak lagu apa, aku tolong cari (kau nampak tak betapa palsunya dia kata dia tak layan lagu BSB, kalau tidak cemana boleh tau tajuk lagu BSB? Lagi expert dari aku pulak tu). Ingat senang ke nak cari lagu sambil atas riba ada sorang budak yg tengah duduk menggelicai? Susah tau kerjaya sebagai DJ dan baby sitter serentak ni. Kehkeh. (Anak aku dah taknak duduk carseat kalau perjalanan jauh.).
Anak-anak lelaki aku, kalau dalam perjalanan, dierang tak ambik port pun sebab tau je la kan, budak-budak jaman now. Dia menghadap ke gadget tu sampai tak sedar dah sekeliling alam. Bumi bulat ke datar ke, kesah hapa dia.
Mama papa dia yang tak kador ke diri ni, apa lagi, bantai berkonsert la dalam kereta. Aku la yang paling beriya menyanyi dengan suara ala-ala penyanyi nombor satu negara.....iaitu Aliff Syukri. Hasben aku pulak menyanyi ala-ala penyanyi no 2 negara iaitu Iqballlll.
Lagu ubat mengantuk ni, hanya lagu-lagu boyband je yang mujarab untuk hasben aku. Kalau pasang lagu rock kapak, Exist ke, Iklim ke, fall asleep terus dia. Lagu-lagu terkini ke, lagu viral kat TikTok ke, emangnya ngak cocok ama dia. Makanya.... Layan la lagu BSB dengan Westlife sampai ke sudah.
Ni anak sape main henfon ni ? Hahaha. Apa ntah yg dia tak puas hati dengan aku. Banyak je komen-komen haters macam ni. Haters gonna hate. So, there nothing I can do. Aku tak sakit hati pun bila baca komen-komen mcm ni, sbb aku rasa aku memang takde kacau hidup orang pun. Selama ni aku ignore je dan aku akan terus ignore. Walaupun aku rasa ada je orang yg suka provoke aku, tapi ntah la... Tak rasa nak ambik port. Sebab tak penting dalam hidup aku.
Ehhh…Lyd buat come back kah?
ReplyDeleteMacam biasa, saya enjoy baca celoteh Lyd..hehe
Menyanyi tu memang antara ubat yang mujarab. Asal jangan lagu rindu..serindu-rindunya udah ler. Haha
@Ujie Othman, hahaha. Comeback tapi tak tau la sejauh mana album nak keluar. Kot keluar single je ni. Hahah.
DeleteUih, lagu Rindu serindu-rindunya tu mmg tidur berdengkur terus kalau nyanyi. Hahah.
Selalu kalau drive sorang2 (outstation), memang aku karaoke sepuas hati dalam kereta kalau tiba waktu "tukang jahit" sampai. Kalau dengan family pun sama, cuma karaoke cara behave sikit. Hahaha... Tu haters tu komen post zaman bila la tu.
ReplyDeletememang fefeeling artis la kan. Aku dpt bayang ko nyanyi cover2 kalau dgn family. Hahaha.
DeleteHaters tu dia ketinggalan zaman, post lama tetibe baru nak marah.