Skip to main content

Nak Adik Sangat Dah Dia Ni

Sejahteralah ke atas kamu.....

Luth ni aku rasa, dia dah ready nak ber'adik'. Selalunya dia akan main suap-suap makan dengan soft toys sama ada zirafah, monkey sock atau poko-chan. Lepas dia tonyoh papok [keropok] kat mulut soft toys, dia akan tanya plak ,"Dap? Dap?" [sedap? sedap?]. Terharu aku tengok.


Ada sekali tu, dia susah payah pergi ambil baby carrier dia yang aku letak di tempat yang lebih tinggi daripada dia. Selepas berjaya mengambil carrier tu, dihulurkannya kepada papa. Kemudian terkedek-kedek pergi ambil poko-chan pula. Lepas tu, suruh papa letak poko-chan ke dalam baby carrier dan dia minta papa pakaikan pada dia. How sweet my Luth dah nak jadi abang ye.




Yang di bawah ni pula, patung Jerry [Tom & Jerry] yang dapat percuma bila beli Kinder Joy. Eh, Kinder Joy tu manis ya amat. Aku beli konon-konon nak bagi Luth makan, sekali bila rasa, masyaAllah. Manis melampau. Aku sendiri yg habiskan sebab tak rela nak bagi makan anak aku. Dengan niat penuh pengorbanan suci, "kalau gemuk, biar la mama je yang gemuk".

Satu hari, Luth datang pada aku, sambil pegang 2 object ni, Jerry dan juga color block yang berbentuk melengkung di tengahnya. Aku tanya, "Kenapa tu?". Luth jawab, "Buai, buai". Ooo... rupa-rupanya dia imagine yg color block tu buaian dan Jerry pula sebagai baby.



Bila Nak Mengandung Lagi? Bila Nak Tambah Anak?

Kalau diikutkan hati ni, aku berbelah bahagi di antara dah bersedia untuk pregnant lagi, dengan belum sedia untuk pregnant lagi. Ya, of course la pilihan tu hanya ada dua. Kadang-kadang bila tengok Luth sorang-sorang main di dalam dunia dia, aku rasa macam kesian je. Tapi di sisi lain bila aku rasa aku macam belum puas manjakan Luth dan beri sepenuh perhatian kepada dia seorang, maka aku rasa aku belum bersedia pula. Lagipun aku rasa macam nak biar Luth besar sikit supaya pandai bawa diri sendiri dulu. Sekurang-kurangnya biarlah Luth pandai basuh berak sendiri dulu ke. Contoh la. Tapi kalau ada rezeki tersangkut, aku terima dengan hati yang gembira.

Tapi last sekali, bagi aku..... Sama ada aku bersedia atau tidak tu, Allah yang tentukan sebenarnya. Kalau Dia memberi rezeki itu, maknanya aku dah bersedialah tu. Dan kalau selagi Dia belum beri, itu maknanya Dia lebih tahu mana yang terbaik untuk kami sekeluarga. Tak perlu nak risau-risau sangat la. Yang penting, usaha itu escalator kejayaang. Next time, bila orang tanya aku, "Bila nak tambah anak?", boleh aku jawab, "Tanya sendiri pada Allah". Hahaha... Gituuu.


Comments

  1. In shaa ALlAH.. ade rezeki Allah permudahkan.. :)

    ReplyDelete
  2. Bila ada adik nanti, pasti Luth akan jadi abang yang baik... :)

    ReplyDelete
  3. pedas jawapan tu.sy pun naik muak bila org tanya kat saya.hmmm biar lah Allah yg tentukan.luth~ mst ikut apa yg mama awak buat kan.hehehe.omei je.

    ReplyDelete
  4. wah..ada ciri2 abg hebat ni!
    Betul tu, bkn boleh pilih nak tak nak..

    ReplyDelete
  5. betul2 Tuhan tu tau je nk bgi rezeki tu time bila segala perancangan tu dh ditetapkan pun..

    ReplyDelete
  6. So cute... Tinggi sifat penyayang Luth ni. hehe. Budak ni biasa mudah ikut cara parent. Bila kita treat penuh kasih sayang kat dia, dia akan emulate balik pada toys dia :-)

    ReplyDelete
  7. Eloklah tu hadiahkan Luth adik. Kanak2 akan menjadi lebih matang dan bertanggung jawab bila ada adik.
    Tiba-tiba teringat 3 anak saya yang lahir pada tahun 1994, 1995 dan 1996... tak sempat bermanja dah dapat adik berderet2, huhuhuhu...

    ReplyDelete
  8. semoga luth dapat adik.

    ko boleh doakan aku dapat baby sekali tak?

    kalo boleh nak kembar lagi... hahaha.

    ReplyDelete
  9. kalau boleh jangan terlampau lama gap tau, nanti cam akak ni haa..dah jadi nenek masih lagi hantar anak ke sekolah :)

    ReplyDelete
  10. Klu tgk gaya abg long tu, kenalah usaha rajin-rajin

    ReplyDelete
  11. samalah bila ada org tanya kat saya bila nak kahwin ... itu urusan Allah ... ermmm

    ReplyDelete
  12. yap betul tu..
    kan dalam dilema..
    in shaa Allah.. x lama la blh la abg luth ada geng main, makan, sembang

    ReplyDelete
  13. kiranya luth ni dah pandai main permainan pretend to be la.layak sgt dh ni jadi abang.macam afia jugak suka main suap2..tp dia suap ibu,abang n abah..main teddy bear peluk2 cium2..tidokan atas bantal.mainan semua abang punya.asyik dengan senapang pistol bola je.kena belikan anak patung barbie dool dah kot.hehe

    mmg hal anak ni rahsia Allah,gitu..:)

    ReplyDelete
  14. Jawapannya...luth dah bersedian nak jadi abang...hehehe...Suka jawapan yang last tu.

    ReplyDelete
  15. Ingatkan ending tu nanti nak beritahu ada berita gembira. Yalah, Lyd. I rasa bagilah Luth ni besar sikit. Kasi dia enjoy berlebihan jadi anak manja lepas tu automatik okey, bila ada adik memang perhatian more to adiknya. Bukan nak pilih kasih tapi itulah hasilnya bila ada anak lebih daripada satu. But then my eldest son rasanya puas kot jadi anak 'tunggal' selama 5 tahun. Itu pun masa bawa balik Adik Cute, kejap-kejap dia terasa hati orang tak pedulikan dia lagi. Apa-apa pun, moga dimurahkan rezeki nak tambah bilangan ahli keluarga ya :)

    ReplyDelete
  16. Ok dah tu klw nak ada bb lagi. Nanti anak membesar serentak. Senang nak handle esp klw dh sklh

    ReplyDelete
  17. hehehe.. ni bakal jadi abg penyanyang nih... luth comel.. nak2 gamabr yg myla2 2...

    ReplyDelete
  18. hehe...comellah luth buat camtu, teringat afif pun camtu dlu
    dia cukup 3 tahun dah ada aisy
    time tu dah xpkai pampers, susu pun xmau dah
    tapi sampai sekarang jealous kat adik...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w