Skip to main content

Aku Hanya Akan Rajin Memasak, Bila Ada Benda Ni....

Sejahteralah ke atas kami... Eh, kamu..


Aku ni seorang isteri yang tak berapa rajin, tapi tak juga berapa malas. Yang penting, setiap hari, aku akan berusaha untuk memasak. Sebab suami aku memang jenis suka makan makanan yang dimasak di rumah, walaupun hanya sekadar telur goreng dengan kicap. Lagi satu, anak sulung aku si Luth hanya nak makan nasi je bila dia lapar. Kalau aku tanya, "Luth, malam ni nak makan apa?". Laju je jawab, "Nacik". 😋😅

Tapi, ada satu benda yang akan membuatkan aku terlebih rajin dan bersemangat untuk memasak. Apa tu??!! Apa tu??!


Inilah dia......




Cili blended. Lada kering kisar.Yang aku buat sendiri. Bukan cili boh yang beli kat kedai.

Aku, kalau ada cili blended ni, memang aku akan rasa berkobar-kobar semangat aku nak memasak. Dah macam tangkal nak bagi rajin memasak, sebab kadang-kadang, aku tak masak sambal pun, aku tetap rajin kalau ada cili blended ni. Rasa lengkap je dapur. Rasa mudah je kerja. Padahalnya bawang, still aku kupas dan cincang/tumbuk juga setiap kali nak masak. Still kena potong sayur setiap kali. Misteri juga cara sel-sel otak aku ni bekerja, kan? Hehe.

Bagi aku, memasak menggunakan lada kering kisar yang dibuat sendiri, akan menghasilkan masakan yang lebih sedap berbanding menggunakan ciliboh atau cili giling yang dibeli di kedai. Sebab cili boh ni dia ada rasa tambahan, macam ada rasa masam sikit dan ada rasa masin sikit, kot. Dan cili kisar yang aku proses sendiri, memang aku tak campur dengan bawang. Sebab bawang ni agak subjektif. Setiap masakan ada nisbah bawang tertentu. Ada masakan yang menggunakan lebih bawang putih (garlic), ada masakan yang perlukan lebih bawang besar (onion) dan ada juga yang perlukan lebih bawang merah/kecil (shallot). Jadi, sebab itu aku tak campur bawang di dalam cili kisar ni.

Mari aku kongsikan cara aku proses cili kisar. Cara ni aku rasa sama je kot. Semua orang buat macam ni agaknya. 

Langkah 1: Potong cili kering secara menyerong. Tujuan potongan serong ini adalah untuk mengeluarkan biji cili, sebanyak yang boleh. Suami hakak ni, adalah spesis manusia yang akan badmood kalau dia terjumpa biji cili bertimbun dalam masakan pedas. Biasanya kalau makanan beli memang la tak senonoh sikit pembuatan dia. Tapi, hasben aku makan juga la walaupun badmood. Kan tak baik merungut depan makanan. Kecik ati makanan.


Langkah 2: Masukkan cili yang telah dipotong ke dalam periuk dan penuhkan dengan air sama paras dengan jumlah cili. Nak letak air lebih pun boleh. Sebab yang ni tujuannya untuk rebus je. Ada yang rendam je dengan air panas. Atau kalau yang nak tinggal berendam lama, rendam dengan air biasa pun boleh. Aku suka rebus supaya dapat cili yang lebih bersih. (Mengikut teori sesuka hati aku je.). Rebus sehingga cili nampak layu dan sedikit kembang.


Langkah 3: Tapis cili yang telah direbus tadi.

Langkah 4: Buang biji cili yang terkeluar daripada badan cili. Kalau rajin nak korek yang kat dalam potong cili tu, hahhh silakan la. Aku malas. Aku buang yang mana nampak je.

Langkah 5: Selepas tapis air rebusan, aku bilas pula dengan air mengalir. Biarkan dosa-dosa cili itu hilang bersama air yang mengalir.

Ini biji cili yang tertinggal di dalam penapis.

Langkah 6: Masukkan potong cili yang telah direbus tadi ke dalam blender jug.

Langkah 7: Masukkan jumlah air yang dikehendaki ke dalam blender jug. Aku suka masukkan air sama paras dengan cili. Supaya kepekatan cili kisar nanti akan jadi 'sedang-sedang elok je', tidak begitu cair dan tidak terlampau pekat.

Ini la hasil setelah di blend.

Langkah 8: Simpanlah cili yang telah dikisar tadi ke dalam bekas yang disukai. Aku suka simpan dalam jar kaca. Botol madu aku simpan, botol infuzed drinks pun aku simpan, botol jem pun aku simpan. Tu pun dah banyak aku buang. Sebab semak. Kekeke. Tapi aku memang lagi suka simpan dalam bekas kaca sebab bekas kaca tak berbau macam bekas plastik. 🙊🙊


Nampak tak ikan bilis aku banyak? Heheh. Yang ni pun satu lagi tangkal untuk membuatkan aku rajin memasak. Bukan sebarang ikan bilis yang boleh jadi sumber inspirasi aku rajin memasak tau. Ia haruslah ikan bilis Sabah. Ni la untungnya kerja kat ofis yang ada banyak cawangan seluruh Malaysia. Bila ada staff daripada cawangan nak datang, kami pun pulun mengirim banyak-banyak. Next trip nak order udang kering pulak. Nyum..nyum. Udang kering biasa aku buat sambal, ganti belacan. Sebab aku tak berapa minat snagat dengan belacan.(Yeah, walaupun belacan pun diperbuat daripada udang juga.).

Maka, begitulah kisahnya tentang cili kisar. Harap ada manfaat untuk kamu yang membacanya.

























 

Comments

  1. Satu benda lagi...tabur biji cili ke tanah atau pasu...mana tau nnt dpt hasilnya...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... ini mmg ajaib kalau tumbuh pokok dan berbuah.

      Delete
  2. lyd..ada tips tak camne nak elakkan cili kisar kita tu dari cepat berair/lendir kalau simpan lama2 dalam peti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kata, kena blend dengan minyak masak. Baru tahan lebih lama. Tapi aku tak pernah buat.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya