Iklan! Iklan! Sila Click!

22 January 2015

Top Up Ilmu Melalui Group Di Facebook

Sejahteralah ke atas kamu....


Aku join banyak group di Facebook. Aku yakin korang yang ada FB pun ada join group tertentu kan? Sebenarnya ada terlampau banyak group yang bagus di FB. Di antara group yang aku paling suka dan aku rasa paling berbaloi untuk aku follow ialah group untuk orang-orang yang menjahit, namanya Geng Jahit. 

Aku joined group Geng Jahit ni pun sebab seorang kawan blogger yang add aku dalam tu. 


Memang banyak sangat ilmu menjahit yang aku dapat daripada group ni. Aku jadi lebih yakin melenjan mesin jahit aku tu pun sebab terdorong bila tengok ahli geng ni share hasil jahitan mereka. Aku kenal jenis-jenis mesin jahit dan spare parts mesin pun dekat situ gak, malahan aku main kutu untuk beli mesin jahit pun dengan ahli geng. Kadang-kadang sampai tepu sel otak aku nak cuba faham pasal jahitan dan fesyen yg mereka share. 'Geng' sangat kan kiteorang ni? Macam ala-ala Pekida dah aku rase. 


....................


Bila ada anak ni, memang banyak perkara yang dulunya aku langsung tak kisah, sekarang aku dah kisah. Macam Daddy Ziyyad kata, sejak ada anak, beliau lebih particular bab kebersihan. Aku pun rasa macam gitu. Bab kebersihan rumah tu biasa-biasa je. Sebab aku memang bukan pembersih sangat, mungkin sebab aku ni bukan seorang yang perajin. Asal boleh je. Tapi kalau bab makanan, aku dah jadi macam terlampau nak jaga apa yang anak aku makan. Kalau boleh memang tak benarkan langsung dia makan processed food. Rase je la. Hakikatnya aku bagi juga dia makan aiskrim dan biskut-biskut yang aku beli.

Semalam masa aku nak ambil Luth di rumah pengasuh, aku sampai kat pintu rumah pengasuh, aku nampak Luth tengah pegang gula-gula Cloud 9. Aku terus je jengilkan bijik mata kat dia pastu aku cakap, "Luth makan apa tu? Luth makan gula-gula? No..no..no gula-gula". Terkedu budak kenit tu. Aku suruh dia simpan, terus dia letak atas kabinet dapur umah pengasuh. Hahahaha... tau takot. Aku terus pesan kat pengasuh, jangan bagi gula-gula dah kat anak aku. Dia kata memang dia tak bagi pun. *mungkin ada parents lain yg dtg then hulur gula2 kot kat anak aku. Takpe la tu, asalkan anak aku tak makan*.



Sejak aku follow group Kelab Bekal/Bento Malaysia  ni kat FB, banyak juga ilmu yang aku dapat. 


Group ni kisahnya berkisar pasal menyediakan bekal makanan untuk anak-anak sama ada anak sekolah atau anak ke nursery. Memang sangat mengkagumkan bila aku tengok mak-mak ni semua gigih buat bekal untuk anak-anak. Aku yakin aku pun akan kental juga seperti itu bila anak aku dah sekolah nanti(over confident hakhak). Salah satu perkara yang paling menarik hati aku ialah ada ahli group yang share cara penyediaan sosej, nugget dan burger yang dibuat sendiri di rumah. 

Aku memang berminat nak buat sendiri makanan-makanan tu semua. Korang pun tahu je la kan. Sosej dan nugget yg kita beli tu, ntah organ mana yang derang kisar masuk sekali. Ntah kepala, biji mata dengan bulu2 haiwan sekali yang masuk. Dengan bahan perasa dan pewarna tiruan lagi. Juga bahan pengawet. Seram sejuk beku bila aku terbayang ingredients sebenar makanan-makanan tu. Tak tau berapa banyak bola mata ayam atau lembu dah aku telan setakat ni. Huhu.

Sekarang memang la Luth belum reti makan makanan-makanan yang macam tu. Tapi dia semakin membesar. Dia pasti akan jumpa juga benda2 tu nanti, sooner or later. Kawan-kawan mesti cerita kat dia, "cemalam titew makan coces, mak titew beli kat tedai. Cedap cangat hokey.". [Hamboih pelat benor kawan Luth.]. Kalo kawan dok cerita, takkan la anak aku wali songo sangat langsung tak teringin kan? So, aku rasa dah menjadi tanggungjawab aku untuk sediakan burger yang bersih, nugget yang menyihatkan dan sosej terjamin kesegarannya untuk Luth. 

Aku sendiri masih lagi makan burger daripada restoren makanan segera, tapi aku akan pastikan satu hari nanti aku betul-betul berenti menyeksa tubuh badan aku dengan makanan sampah macam tu. Cannot resist la godaan burger king. Kadang2 ada masa yang aku rasa jemu sangat nak makan nasi, maka fast food la yg jadi pilihan. Kat rumah aku selalu order pizza delivery. Hipokrit plak aku rase bila dok cerita pongpang pongpang pasal nak makan makanan sihat tapi dalam masa yang sama aku dok melahap lagi fast food. Owh, aku hanyalah manusia biasa. Hamfunkanlah haku.

 ................ 

Terbaru aku join ialah group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

Yang ini aku join sebab memang ada perancangan nak menanam sendiri sayur-sayuran atau pun tumbuhan di rumah. Walaupun hanya rumah flat, tapi aku berminat nak cuba. At least dapat tanam sendiri serai, halia, kunyit, kobis atau bayam pun dah okay. Lagi bagus kalau dapat tanam cempedak, durian belanda, persimmon, honey dew dan jambu batu. Tetibe teringat yang belakang umah aku tu sekangkang semut je. Cemana nak tanam pokok-pokok tersebut. 

Semuanya sebab mahukan kesihatan yang lebih terjamin, ini adalah kesinambungan daripada azam untuk menyediakan makanan sihat untuk anak tu tadi la. Tapi rasanya, aku tak mampu nak digest terlalu banyak sangat perkara dalam satu masa. Sedangkan nak menjahit pun, aku belajar banyak benda baru yang aku tak pernah tahu. Tetiba nak masuk lagi dengan ilmu berkebun, mana nak kenal jenis tanah, biji benih, cara semai, cara pindah semaian, MOL la, ME la. Adui... pening kepala aku. So, part berkebun ni aku harap suami aku akan lebih proaktif la untuk handle. Sebab  aku rasa macam tak mampu la nak buat berkebun ni. Biarlah aku fokus dengan menjahit dan buat home made healthy food dulu. Lagipun kerja-kerja comot tu aku kurang ada bakat sikit. Wahwah.

Ada banyak lagi group yang berinformasi yang aku joined. Tapi tak perlu la aku share kat sini sebab aku group yang statusnya 'Secret Group'. Amboi, lagi la 'Pekida' nampak gayanya. Walaupun aku rasa contentnya takde la rahsia mana pun, tapi demi menghormati admin group tu, aku tak perlu la share kat sini. 

Bagi aku, group yang memberi informasi dan perkongsian ilmu macam 3 groups yang aku follow ni memang bagus untuk aku yang memang tak reti apa pun tentang kehidupan ni. Sungguh aku rasa macam aku ni 'IQ zero' bila makin banyak benda yang aku sedar aku tak tahu. Luas betul ilmu Allah kan? Rugi sungguh kalau tak grab sebanyak ilmu yang mungkin. Korang ada join group apa kat FB yang korang rasa banyak manfaat? Mungkin boleh try suggest kat aku. Aku ni dahagakan ilmu. *tengah merangkak ni dengan air liur berjejes dan mata merah terjojol sambil kata, ilmu...ilmu...ilmu".............

24 comments:

  1. banyak nya join..saya pun ada join jugak group2 fb ni tapi tak aktif pun..buka pun tidak..nak cadangkan pun tak tahu yang mana yang berfaedah..selalunya join pun sebab kawan2 add...tak nak menghampakan mereka konon nya..heheheh

    ReplyDelete
  2. dh lama x aktif kat fb.
    mmg byk kan pilih je nk yg mana.

    betul tu..gaya lyd citer nak tanam itu ini rasa mcm best je..aduh ddk rumah bertingket tingket ni la cabarannya..

    ReplyDelete
  3. yeap. banyak grup kat dalam fb .. banyak yang kita boleh belajar.. :)

    ReplyDelete
  4. my current fav group pulak -

    1.Resepi ringkas tapi sedap (suka depa duk share resepi2 best)
    2. Kami suka susun atur (inspirasi untuk susun atur segala macam benda)

    ReplyDelete
  5. best bila semua dapat disediakan dengan air tangan sendiri kan...terjamin kesuciannya....

    ReplyDelete
  6. Memang bagus bila join group yang banyak info ni. Nanti bolehlah kongsi di blog ni pula.

    Salam singgah tuan blog.. =)

    ReplyDelete
  7. group bento tu je aku baru join. group mjahit xkot. sbb xdak mesin jait.. hihi.. bab mkn tu mmg kn.. kdg aku bengkek gak org dok bg cekedis2 kt syukrii. kdg org kdai tu sedekah... hotdog segala. mujur syukrii xmkn. dia xsuka..

    ReplyDelete
  8. Tiap group tu ada kelebihan tersendiri.. tak rugi untuk kita join.. bukan untuk orang, untuk family sendiri jugak.. ;)

    *tengah merangkak ni dengan air liur berjejes dan mata merah terjojol sambil kata, ilmu...ilmu...ilmu"............. tak menahan dengan ayat ni.. hahaha..

    ReplyDelete
  9. tak join apa2 group..facebook line kat cni lambat

    ReplyDelete
  10. bgslah join group2 mcm ni kat fb
    iols pun ada gak join group2 ni..group menyusu..group memasak..group diet..mcm2 lah group
    skrg iols nak add group bento tu ha..iols mmg hari2 masak tuk anak2 bw bekal..tp nak bento2 tu x rajin lah..haha

    ReplyDelete
  11. bagus jugak kan... saya pun teringin nak join..

    - kepelatan kawan luth tu mengambarkan kecomelannya... cedap cangat hokey... :P

    ReplyDelete
  12. Macam macam group/kelab di FB tu ..
    Kita pilihlah yang bermanfaat, Insya Allah, mmg dapat ilmu..:)
    Bahayanya kalau budak2 makan gula2 ni, risau tercekik...adik saya dulu tercekik, syukur Alhamdullilah berjaya keluarkan gula tu...huhuhuh

    ReplyDelete
  13. seronok menceduk ilmu ni.. kebun bandar tu rasa nak join jerr..

    ReplyDelete
  14. bagus join grup, tambah ilmu, tambah idea dan paling penting semangat jadi meluap-luap nak buat sesuatu tu.

    ReplyDelete
  15. Lyd...apa FB mu. Puas ku cari. Ker aku yg tak pandai cari...ngeeee...

    Kelab bento tu memang dah lama join. Rasa terbakar jer tgk bento² ciut miut dalam tu. Ada masa dorang buat deco2 tu kan.

    ReplyDelete
  16. Adoi, beria-ialah kita ni membayangkan dia yang 'dahaga ilmu' sesangat tu :) Memang nampak bayangan air liur menjejes tu, Lyd... I ada mukabuku tapi tak aktif. Ada tapi wat tak tau jerk. Kelab Bento tu I tahu. I pun teruja tapi cuma dalam mimpi jerk!

    ReplyDelete
  17. Owhh ada grup kt FB yg blom folo, nak kena folo ni..
    Tp kelab Bento memang Myra join, walau takde anak lagi, tapi seronok tengok deko kawan2 :D

    ReplyDelete
  18. Min at jahit tapi take mesin n tak berusaha pun untuk beli.bento Paling suka!berkebun tak kot..kurang min at!

    Sy byk join group tapi jarang nak aktif baca. Bukan tak dahaga ilmu..tapi jenis yang suka take it easy plus tak berapa rajin.. kecuali benda yang betul kena batang hidung sendiri.barulah kalut Cari ilmu. Huhu..

    ReplyDelete
  19. Grp bento ada jgk join. Kdg2 tgk apa org bekalkan pd anak2. Kalau bg bekal kat alya bkn dia mkn sgt pn. Dia lg suka mkn roti. Hoho...

    ReplyDelete
  20. lya pon join kelab bento/bekal tu...

    Selain grup bento, lg satu grup y lya suka lepak/komen kat grup kelab kucing ku sayang & grup deco rumahku syurgaku..

    ReplyDelete
  21. sy pun banyak juga follow group ni, tak ingat pun group apa join...hehe
    tapi bab bento tu, walau hari-hari saya sediakan bekal untuk afif
    sy langsung nak cuba buat, ada suara nakal mychinta hati kata
    buat cantik-cantik pun, makan jadi taik juga! adeh...pedih sungguh! hehe

    ReplyDelete
  22. Terima kasih sudi join kita ya.
    -kak ngah-

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...