Skip to main content

Sweet Persimmon

Sejahteralah ke atas kamu..

Biasa nampak buah ni ? Nampak macam tomato separuh ranum. Nampak macam terung tak jadi pun ada. 


Buah ni nama omputishnya dipanggil persimmon. Tapi kalau di Malaysia lebih dikenali dengan nama pisang kaki. Silap cakap boleh dapat kaki. 


Aku suspect, mesti rasa dia tak sedap ni. Tapi oleh sebab aku ni memang suka buah-buahan, aku tergerak hati nak mencuba.



Aku sebenarnya tak pasti cara sebenar untuk makan buah ni. Tapi aku hentam je. Aku belah 2, then kupas kulit macam buah epal. Then potong macam buah ciku.





Nak tahu rasa persimmon ni macamana? Biar aku explain. Texture buah ni macam isi kelapa muda yg keras dan warna putih tu. Dia takde bau yang kuat. Rasanya manis. Sedap sangat. Aku memang suka. Buah yang aku beli ni macam kurang masak lagi. Kalau buah pisang kaki yang dah betul-betul ranum, dia lembut pastu rasa dia lagi manis. Sedap sangat tau.


Memang buruk hasil potongan aku ni. Jangan geli plak tengok ni ye.


Tinggal biji saja daaaaa....




Kalau nak rasa, cuba la beli sekali.




Comments

  1. sedap.. dulu aku suka beli.. manis... alamak... termengidam lak aku nanti. haih!

    ReplyDelete
  2. Isi kelapa muda ke atau isi kepala muda ni, Lyd? Hahaha...itu dia cikgu bahasa omputish dah sampai :)

    Kat rumah I, buah-buahan yang luarbiasa (macam buah ini juga) hanya jadi santapan Hubbydearie. I dan anak-anak balik-balik makan epal, pear, orange je. Itu je buah-buahan yang kita arif rasanya macam mana. Hubbydearie kata buah ni lagi terlebih masak lagi sedap. I tak pernah pulak cuba so tak tahu nak komen rasanya macam mana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkk.. typo la ..malooonya shaye. Ok, i dah betulkan. Thanks ye sebab tegur.

      Delete
  3. Memang sedap. Pernah rasa. Itu pon sebab orang bagi, Tapi tak pernah beli lagi. Bila tengok ni terus rasa macam nak beli lah pulok ☺

    Tapi kena hati2 jugak makan pisang kaki ni. Tak boleh makan selalu. AKu pernah up entry pasal ni:

    http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2010/02/persimmon-pisang-kaki-must-be-aware.html

    ReplyDelete
  4. kat kg biasa gak mak beli, tapi saya mkn mcm tak berapa sedap kat tekak. Kat sini jumpa pun tak belilah. Mybe belum makan yg sedap macam Lyd dapat ni.

    ReplyDelete
  5. Kakak sekeluarga suka pisang kaki ni.
    Tapi biasa kami makan buang tampuknya, cuci terus ngap tak ada buang kulit
    Kakak biasa pilih yg keras bila makan krup-krap-krup-krap. Kalau dah masak tak best sebab lembik..

    ReplyDelete
  6. Hubs rin suka beli pisang ni dulu2 kalau pegi singapore.xsurela kat sana lbh murah ke apa.tp buah ni rasanya mahal la sikit kan lyd

    ReplyDelete
  7. oooo ina ke buahnya pisang kaki..kejakunan kejap..boleh juga cuba kalau ada nanti..

    ReplyDelete
  8. kaknoor sama macam mummydearie tak pernah rasa, tapi anak2 suka sangat pisang kaki ni, pantang jumpa mesti nak beli, biasalah org lama jarang nk mencuba takut kang tak cukup anak2 pulak haha

    ReplyDelete
  9. sekarag memng musim dia... hehehe sy klu p pasar malam dkt changloong memng sy beli.. sy suka buah ni...

    ReplyDelete
  10. Wa pernah makan..tapi yg kering..masa tu kami beli kat tembok besar china...tak tau kat mlaysia ada sebab tak pernah nampak...memang sedap sangat.... yg fresh belum pernah try lagi he he

    ReplyDelete
  11. Pernah juga mkn tapi mcm rasa tak begitu spt pisang, itu kata tekak sayalah...

    ReplyDelete
  12. penah try tp xsuka sangat..masa kt korea ada sorg nenek jual buah ni kt tpi jalan tp seb xmkan so xbeli la...sian tgk nenek pula pelawa beli..huhu

    Norsalihah

    ReplyDelete
  13. X pandai mkn buah ni. Tgk sj klw org jual

    ReplyDelete
  14. peberet cik abe dgn ayah saya
    cik abe hari hari dok makan.stok beli di pasar chow kit tu haaa..
    ni pon tinggal sebiji je lagi tgk dlm esbok.
    esok comfirm pergi top up..

    saya..
    ntah tak terasa pulak nak rasanya..

    ReplyDelete
  15. saya dah pernah makan . boleh kenyangkan perut bila makan buah ni ...

    ReplyDelete
  16. thumbs up untuk buah ni...memang selalu makan...sedap manis..kalau dapat yang mengkal..rangup...manis..lemak..lagi sedap

    ReplyDelete
  17. teringin jugak nak rasa..dh byk kali baca dekat blog rakan2 blog..ohh pasni klu jumpa mesti terus rembat..tp kt mana ye ada jual?dh la jarang ke mall..klu pergi lagilah jarang membelek ke sektor buah.hehe

    ReplyDelete
  18. selalu nampka kat pasaraya, tapi tak tau nak makan amcam.kalu pisang biasa ok je.. takut tekak tak tertelan..hihi..

    ReplyDelete
  19. buah yang jadi kegemaran acik sejak 1998..pertama kali jumpa masa tu..acik pernah ambik tanam biji dia tu..elok je hidup ada 4 pokok..letak kat nursery opis..belum sempat cuba tanam ke tanah..nursery tu dah diswastakan..acik pi cari lagi dah tak jumpa...kena buang ke tak tau la..apo nak dikato..

    ReplyDelete
  20. Okje pun ada entri pasal ni....pasal experienced makan buah ni. Tak beli pun kakak bagi. Bagi okje tak sedaplah Lyd . Mcm buah plumkan....Tekak org mmg lain lain yek....

    ReplyDelete
  21. Owhh macam tak pernah tengok.. Nak kena cuba cari ni..
    Lyd pun ckp sedap mcm isi kelapa muda...
    Ai likeee ;)

    ReplyDelete
  22. KA bab2 buah ni semua KA minat dan suka !

    ReplyDelete
  23. Biasa je tgk pisang kaki tp blm tergerak hati nk mkn lg.

    ReplyDelete
  24. saya dulu tak penah tahu kewujudan buah ni
    pastu ada member dok sebut pasal pisang kaki
    awak tak tahu, jadi bahan gelak...esoknya dia bawa suh rasa
    not bad lah rasa dia, tapi memang tak penah beli
    tu aje 1st time rasa =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...