Iklan! Iklan! Sila Click!

05 September 2016

Manis-manis Buah Itu Suamiku...

Sejahteralah ke atas kamu....

Bulan 4 dulu, aku bersalin kali kedua. Due date sepatutnya 5 Mei, tapi dia tazaba pulak nak keluar dalam keadaan aku ada banyak lagi benda yang belum diselesaikan. Meja kat ofis pun aku tak kemas. Kemudian ada beberapa barang yang aku tak sempat nak beli.

Barang yang aku tak sempat nak beli tu pula agak penting. Takleh kalo takde. So, selepas 2 minggu bersalin aku hajak husben gi Fabulous Mom kat area ioi mall Puchong. Sejak dah jadik mak-mak pegi pasar ni, aku dah kureng berminat nak pergi shopping mall. Aku prefer pergi butik yang dekat lot kedai. Senang, park kereta luar kedai, masuk kedai beli barang dan berambus kau dari situ! Lebih selamat untuk kesihatan tapak kaki dan juga kesihatan dompet anda. Manakan tidak, kalau masuk shopping mall, lalu kat macam-macam jenis kedai, pastu singgah. Terutamanya yg jual makanan. Bahaya. Bahaya. Ish ish ish (geleng kepala).

Bila sampai di lot kedai di mana Fabulous Mom itu terletak, husben aku parked kereta depan kedai, tapi tak la betul2 depan kedai. Bersebelahan 2, 3 buah kereta juga daripada depan tangga untuk ke Fabulous Mom tu. (Kedai tu kat tingkat 1. Kena naik tangga.).

Aku suruh husben aku tunggu dalam kereta je dengan Yafith dan Luth. Sebab aku perlukan 'me time' untuk shopping dengan aman. Lagipun Yafith masa tu baby sangat lagi. Bau syurga tu masih pekat lagi. 

Aku keluar kereta dan terus ke tangga dan masuk kedai. Aku nak beli nursing bra sebenarnya. Jadi memang ambik masa yang lama la nak test satu persatu. Daripada pelanggan ramai dalam kedai tu, sehinggalah tinggal aku seorang je customer kat situ. Masa aku tengah fitting dalam fitting room aku dengar telefon di kaunter bayaran berdering. Aku dengar cashier tu jawab panggilan telefon tu, tapi aku memang tak fokus dan tak ambik port langsung dengan perbualan dia di telefon tu. Aku terus dengan urusan aku men'try' dan try dengan tamaknya.

Bila aku keluar dari fitting room, cashier tu tanya aku dalam keadaan masih memegang gagang telefon ditangannya, "Puan, nama puan Sa* * * * ke?". 

Eh, aku kaget. Cemana pulak dia boleh tau nama aku. Jackpot sungguh ni. Aku mengiyakan pertanyaan cashier tu. 

Sebelum sempat aku tanya, cashier tu terus menjelaskan, "Suami puan call ni. Dia nak cakap dengan puan.". Aku macam terpinga-pinga. Dalam hati aku, ngape laki aku ni. Debor rasa. Saikonya laki aku. Keke.

Aku sambut gagang telefon itu daripada cashier, lantas bercakap dengan hasben aku di talian. Hasben aku kata dia panik dan risau sebab aku pergi lama sangat, dah la aku tak bawa henfon. Lagipun hasben aku kata dia tak sempat tengok aku naik tangga sebab masa tu dia sibuk betulkan kedudukan anak-anak. Dia takut aku kena culik ke apa. Owoh dia ni. Imaginasi surat kaba metro juga tu.

Lepas bercakap dengan hasben, aku sambung beli botol susu dan beberapa lagi barangan baby. Tapi laju-laju je aku pilih sebab takut anak nangis nak menyusu.

Bila aku sampai kat kereta, aku gelakkan hasben aku. Tanya dia, mana pulak dia dapat no telefon Fabulous Mom tu. Dia kata dia google. Perghhh... Stalkernya. Walaupun aku agak malu bila hasben aku call kedai untuk cari aku, tapi secara jujurnya aku rasa kembang juga hati bila aku tau hasben aku caring sangat. Imam mudaku romantik kan yuolls. 

Pastukan, sebelum raya Aidilfitri yang lalu, aku ada buat speck mata baru. Power speck mata dah naik jadi 5.00 dah setiap sebelah mata. Maksudnya contact lens aku pun lepas ni kena beli yang power lebih tinggi la daripada sekarang. Sekarang aku pakai 4.25. Naik lagi la hoih. Okay itu hanya kisah selingan. Bila speck aku tu dah siap, dah bawak balik rumah, sekali aku rasa macam longgar sikit. Tu la, masa staff kedai speck tu suruh fitting aku macam berlagak poyo dan confidence lebih. Jadi, esoknya aku kena pergi lagi sekali kedai speck kat MidValley tu untuk ejas sikit skru speck tu untuk bagi ketat. Aku nak balik kampung terus lepas ambik speck tu. Jadi taknak lama-lama nak hangkut anak-anak kang leceh. Jadi, aku suruh hasben aku tunggu kat parking je dalam kereta dengan anak-anak kemudian berpesan, "Jangan call pulak Focus Point nanti ye. Mama gi kejap je ni". Haha. Aku nganjeng dia je. Bengang hasben aku sebab aku memang selalu nganjeng dia pasal call kedai tu. Apapun. Thanks to my hubby for loving me unconditionally. Titik.

Nah, belanje satu lagi gambar masa raya. Baju anak beranak ni semua ai jahit sendiri tau. Hasben request jubah lengan pendek. Aku redah je walaupun tak penah belajar jahit jubah lelaki. Hantam saja. Suka rasanya bila menjadi dan nampak terletak je bila hasben aku pakai. 



6 comments:

  1. wow...untungnya lyd ada hubs macam nih...ecehhh
    untung jugak hubs lyd sebab lyd pandai jahit baju dia...
    saling melengkapi gitewwww....

    ReplyDelete
  2. Auwww! Sweetnya! Ini dah bukan manis buah dah ni! Dah betul-betul manis gula-gula ^_^

    Tau pun takut ek tak nampak bini naik tangga! Lomantik habis. Kalau buat drama ni ada suami macam ni, memang auww, auww,auww masing-masing duduk depan TV verangan 'suami orang itu, suamiku' ^_^

    Lyd, ni nak tanya sikit... baru dua minggu dah keluar rumah? Kira dalam pantanglah tu yerk! Kenapa suamimu semanis buah itu tidak bantah kehendak nak beli nursing bra waktu dalam pantang! Hahaha!

    ReplyDelete
  3. Husband tu dah sweet dah.yg awak dua minggu bersalin dlm pntg pegi shopping..biar betul.pastu pegi megamall pulak masa dlm pntg jugak ke.ke saya salah baca.hehehe

    Cantik bju merah sedondon.pandai dh ni jait baju.asal.lepas 1 famili dh hebat la

    ReplyDelete
  4. Wow...sweetnya cik suami tu. Risau rupanya dia. Tulah lain kdli jgn lupa bawak hp. Senang sikit nak contact. Ke mmg sengaja nak suruh dia call butik? Hihi....glemer sikit.

    Emmm....betullah muka Yafith tu mcm muka ayah dia. Rasanya ada muka awaklah Lyd

    ReplyDelete
  5. heheh..suweet n ambik berat tu..
    sape x syg bini oiii...

    waaaa..bgusnya semua bju jahit sendiri.. untung org ade kemahiran ni..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...