Iklan! Iklan! Sila Click!

16 October 2011

Jika....




Sejahteralah ke atas kamu...

Macam biasa, malam Ahad saya tengok rancangan Law Kana Bainana kat TV Alhjrah. Semalam, topiknya ialah 'Sifat Sabar Rasulullah'. Kamu sabar? Sejauh mana kesabaran kamu? Ahmad Syuqairi iaitu pengacara rancangan tu, test tahap kesabaran beberapa orang Arab dengan mesin ATM. Eh, kat Arab ada mesin ATM drive thru. Cool dowh. Kalo ada cenggitu kat Malaysia ni, maka makin menjadi-jadi la sikap malas dalam diri saya ni. Mintak-mintak la bank-bank kat Malaysia ni buat satu cenggitu kat Malaysia Nasib baik le takde kat Malaysia kan?

Ok, saya nak tanya kamu... Katakanlah Rasulullah masih hidup di alaf 21 ini... Kemudian kamu diberi peluang untuk bertemu dengan baginda hanya seminit... Apa yang kamu ingin lakukan atau katakan kepada baginda? Macamana pula kalau baginda tanya kepada kamu, "apa yang telah kamu lakukan untuk agama Islam selama kamu hidup ini?". -Apa kamu nak jawab? Apa sumbangan kamu kepada agama kamu sehingga ke hari ini?

Huuu..huuu.. Jika saya yang diberi peluang begitu, saya tentu akan kehilangan kata-kata. Apalah yang telah saya lakukan untuk menegakkan agama saya di atas muka bumi ini? Seperti tiada. Sigh.... Namun, saya mungkin hanya akan menatap wajah Rasulullah sambil menangis kerana baginda adalah insan yang saya cintai. Tentu sahaja kita akan menangis gembira + terharu kerana diberi peluang bertemu dengan seseorang yang kita cintai tetapi kita sedar pertemuan itu hanya seminit...

Ya Rasulullah... Rindu padamu...

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...