Skip to main content

Tips Fesyen : Formal/Urusan Rasmi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....


Tips fesyen untuk acara rasmi atau formal;


1. Pakaian rasmi anda perlu nampak se'profesional' yang boleh, tak kira betapa muda dan comelnya anda. Sila elakkan SEMUA aksesori yang boleh beri gambaran 'eh, kiutnyer budak tu'. Contohnya kalo dah pakai suit mahal, dgn blouse/kemeja yang sesuai, tetiba kat rambut ader plak sepit rambut Hello Kitty[contoh bagi pompuan], atau pakai snow cap, rainbow color plak lagik [contoh bagi lelaki, ya ak awww... ~rappers la konon].

2. Serahkan tugas menggosok pakaian rasmi anda [blazer, seluar panjang atau suit] kepada mereka yang pakar [kedai dobi]. Kalo degil jugak nak buat sendiri, pastikan anda menggunakan kain linen atau 'cotton ironing cloth' untuk dilapikkan dipermukaan pakaian anda semasa menggosok pakaian tersebut. Tujuannya? Supaya seterika anda yang panas tu, tak meninggalkan kesan 'kilatan' pada suit mahal anda. Huhu... Syg wei....

3. Jangan masukkan barangan berat di dalam poket blazer anda. Walaupun blazer atau jaket suit mmg biasanya disediakan dengan poket, TETAPI..... itu tidak bermakna, anda boleh jadikan poket tu sebagai 'poket doraemon' peribadi anda. Poket blazer tu disediakan utk hiasan semata2. Kalo setakat nak letak name card, boleh la. Ni, kalo purse, kunci keta, henpon dan lipstik pon nak sumbat dlm tu... Euwww... Buruk... buruk... Nanti baju anda akan nampak berat dan melabuh pastu org ingat ader anak kangaroo plak dlm poket tuh.


4. Anda akan kelihatan 'kureng' jika anda biarkan tangan kiri anda di dalam poket semasa bersalaman dgn orang lain di dalam majlis rasmi. So, jgn sorok tgn kiri yer... Masa sedekah je bleh sorok tangan kiri ok? Hehehe.

5. Secara tidak sengaja, anda telah menumpahkan air dlm cawan semasa mesyuarat penting. Bagaimanapun, anda tidak perlu membuat reaksi yang bleh menambahkan lagi drama malu tersebut. Buat relax je. Tenang2. Kalo baju anda yang dah terkena air, lap je terus dgn sapu tangan atau tisu perlahan-lahan. Kalo air tu dah terpercik kena org lain, minta maaf kat org tu dan nak nampak lagi polite, offer kat dia utk hantar baju dia utk dry cleaning. [Make sure offer dia biler dah abih meeting le. Jgn plak time dlm meeting tu la nak mintak maaf ala2 org Jepun pastu ulang byk2 kali, then merayu2 nak tolong dia cuci... takyah... nak ckp, ckp je slow2 lepas abih meeting.]

6. Jangan menggaru-garu semasa dalam meeting, atau majlis rasmi. Tak kira betapa gatal atau miangnya salah satu anggota badan anda; kaki ke, tangan ke, muka ke atau kulit kepala atau kata mana2 je bahagian badan anda, menggaru-garu sewaktu tgh meeting adalah TABOO*. So, tahan je... Kalo tak tahan gatal sgt, menikoh jek. Hehehe. Acah jek... Kalo tak tahan sgt pun, kena tahan jugak. Takpun, bleh guna kawalan minda, hypnosis diri sendiri utk hilangkan kegatalan tu.

Demikian sahaja tips fesyen dari saya. Owhh... ini bukan rekaan saya. Tips ini dirujuk dari buku hasil karya 'Dumont Monte' bertajuk 365 Style And Fashion Tips. Saya dah alihbahasa menggunakan suara Sin-Chan utk semua tips di atas. See ya for the next tips. Ta~ta~.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...