Skip to main content

Kau Ketinggalan La Makcik!

Sejahteralah ke atas kamu...

Kawan-kawan ofis aku ni melampau tau. Masa aku cuti bersalin, derang pos gambar kuku yg derang cat guna nail polish. Marah sungguh aku. Main nail polish tak ajak aku. Nail polish yg kawan-kawan aku pakai tu jenis peel-off. Itu pun sebab ada salah seorang kawan aku yang aku panggil dia Harimau Bintang, ada anak dara yang masih bersekolah rendah. Anak dara si Harimau Bintang tu la yang membawa masuk nail polish peel-off tu ke ofis kiterang. Kalau tidak, makcik-makcik macam kiterang ni, mana la tahu akan kewujudan natang tu dalam dunia ni. Ingatkan jenis cat kuku yang macam cat yang takleh tanggal tu. Takut hoihhh nak pakai yang jenis tu, sementelah orang bercerita tentang jika mati dalam keadaan masih memakai cat kuku, nanti cat kuku tu takleh ditanggalkan daripada kuku walaupun dengan menggunakan nail polish remover. Jadi, kuku si mati perlu ditanggalkan daripada jari-jarinya. Spooky huh?

Nampak tak kat sini, jangankan budak-budak boleh terpengaruh. Kawan-kawan aku yang tahap-tahap ustazah ni pun boleh termakan dengan godaan nail polish. Dah, kata pompuan kan? Kalau dah namanya pompuan tu, mesti teringin nak pakai. Lagipun senang nak tanggalkan untuk berwuduk. Seronok la kita.

Aku masa tengah cuti bersalin tu, menggelupur rasa nak masuk kerja sebab nak gi main kuku-kuku dengan kawan-kawan. Pastu bila aku masuk ofis, aku suruh kawan aku bawak dtg ofis nail polish yang dia beli tu sebab aku nak try. Aiiii, pah ke ceroh dia tak bawak. Asyik lupa je. Taknak main dengan aku la tu. Takut aku pakai habis la tu cutex dia. (Ketawa tekup mulut dengan 2 belah tangan).

Lama sangat aku tunggu kawan aku nak bawa kat ofis, pastu aku nak gi beli kat kedai pun aku tak reti, lagipun tak tau kat mana ada jual, aku beli thru online je la penyudahnya. Teruk sungguh. Memang makcik-makcik sangat perangai kau kan kak? Ni memang balas dendam ni, Aku beli 8 kaler nail polish peel off tu. Okay starting from now let me call it 'cutex'. 

Lepas dah beli 8 kaler tu, aku dah berjaya buat kawan-kawan aku jaki. Kami pun seronok je main warna-warna kuku time lunch hour kt ofis. 

Pastu kan, kawan aku si Harimau Bintang tu dia taknak kalah. Senyap-senyap dia beli juga cutex yg macam aku beli tu sampai 20 botol!!  Maju sungguh. Seronok sungguh kehidupan kami bila dpt cuba satu persatu warna yg ada. 

Tak terhenti di situ je, dari masa ke semasa kami masih lagi membeli warna-warna cutex yang cantik yang kami belum ada. Semakin hari semakin tamak. Pantang ada salah seorang yang nak buat pembelian online, pasti ada kawan-kawan lain yang nak selit order. Padahal, kalau tanya orang lain, dah lama dah mereka tau pasal peel off cutex ni. Kiterang je yg ketinggalan zaman.  Hukhuk. 

Mari aku kongsi sikit kaedah memakai cutex peel off ni. Sorry ye, gambar-gambar ni agak disgusting. Sebab model tangan ni kulitnya hitam. (Aku la tu. Hahah.)

1. Untuk first-timer, masa pakai tu memang akan comot. but don't worry, practice makes perfect.

2.  Perlu pakai tebal sikit, jangan terlalu nipis pada kuku. Nanti susah nak peel it off. Kalau pakai tebal pula jangan sampai terlalu banyak nanti bertakung pun tak cantik juga. 

3. Pakai cutex tak perlu sampai betul-betul tepi kuku. Nanti susah nak tanggalkan.




4.  Kalau nak mudah tanggalkan cutex peel off tu daripada kuku, boleh cuba basuh tangan, basuh pinggan lagi baik. 

5. Cara lain untuk mudah tanggalkan cutex ialah dengan menggunakan wet tissue. 

6. Boleh combine warna ikut kretiviti. Boleh lapiskan dengan glitters.

Persoalannya, boleh ke pakai cutex ni? Huhu. Aku pegang sebagai harus la kot. Sebab pakai bukan untuk tunjuk ke sesiapa dan bukan berniat untuk impress kan sesiapa. Tak pakai depan orang pun hanya pakai sewaktu di meja kat ofis je. Dan lagi satu, bila nak ambil wuduk untuk bersolat, senang ditanggalkan. InsyaAllah sah wuduk.



Ini aku pakai pink cair code 05 + gold code 54

Sebelum aku tutup karangan aku ni, ingin aku kongsikan, aku beli peel off nail polish ni jenama BK. Di Shopee. Harga RM5 sebotol. Sekian.


Comments

  1. kita pakai inai je...tp suka jugak cutex jenis peel off ni...nti nak cubala...

    menjawab soalan lyd dekat blog rin :cari dekat label review korean drama

    ReplyDelete
  2. Benda ni tak lama dulu, anak dara dalam rumah ni mmg kemaruk Lyd. Mak dia layankan jugaklah....to tak banyak warnalah. Sampai la, ada lagi bendanya. Lama dah tak pakai, lupa agaknya diaorang

    ReplyDelete
  3. hahaha korg mcm kanak-kanak le ...
    anak dara ai yg kecik tu yg suka main natang ni ...
    ada la beli 2-3 kaler utk dia ... 2 Rm10 kot ari tu sebotol RM8 rasanye kat ioi city mall

    ReplyDelete
  4. saya tak tau pun! hahaa..ada anak sedara ckp gak sbb saya tegur bila nampak kuku dia warna2.

    bab warnakan kuku ni saya tak minat, hormon pompuan kurang kot.. :D

    ReplyDelete
  5. Makcik vogue ni pun tak tahulah, Lyd. Maklumlah zaman cutex-cute mute ni dah lama berlalu dalam hidup I tau. Eh, jangan fikir bukan-bukan pulak. Habis kisah lampau I you nak kenang-kenangkan dalam kepala tu apahal? Kahkahkah!

    Tak sangkalah ada juga grup makcik-makcik yang teruja benor nampaknya pakai cutex peel off ni ya, Lyd. Nasib baiklah I tak sepejabat. Kalau tidak, memang wajid terjerumus sama macam nih!

    ReplyDelete
  6. baru tahu kewujudan benda ni..hihikk kesian kat kami..cantik gak bila pkai kan.. yg penting senang nak tanggalkn...

    ReplyDelete
  7. alamak..mak2 ni..main2 pulak kat opis ye..terbanyang anak perempuan mesti syok dapat main cutex ni

    ReplyDelete
  8. Kiutnya kuku kaler-kaler! Ok la tu jenis peel off, senang nak tanggalkan. Kalau pakai warna merah ke maroon ala pakai inai :)

    ReplyDelete
  9. Amboiiii... Main kaler2 kuku nampak. Kemahen lagi tau.

    ReplyDelete
  10. mmmm so tak ada alasan untuk mencantikan diri kan...so xde alasan kna tgu period baru boleh pakai...salam perkenalan.

    ReplyDelete
  11. bestnyaa.. lama dh tak pakai. yelah zaman dlu bkn jenis mcm ni. time period jelah. bwk gi skolah sorok2

    ReplyDelete
  12. mmg meriahlah kaler2 ni.. Hehe.. Kalo kaler clear pon cantik..nmpk kuku cun je.. Cam lya mmg x suka pakai.. Inai pom x suka pakai.. Pakai pom time kawen..kerna terpaksa..haha

    ReplyDelete
  13. punya la lama tak singgah sini, sampai luth pun dah ada adik... apa khabar skrg? ingat kita lagi tak? hihihi..
    comel sangat baby tu... bape bulan dah?
    psstttt kutix tu best je nampak.. mcm nak gi beli gak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya