Skip to main content

Apa Tujuan Sebenar Saya BerBlog?

Sejahteralah ke ateh nko.

Apa sebab saya menceburkan diri di dalam dunia blog? Eceh. Menceburkan.

Ok.. Serius serius. Saya ni memang suka mengarang. Rasanya sejak darjah 4 lagi saya dah mula suka menulis surat. Waktu itu, ada seorang kawan baik saya bertukar ke skolah lain. Lepas tu, dia la yang selalu hantar surat kepada saya. Bayangkan darjah 4 dapat surat. Eksaited gile nkau. Dan saya plak memang rajin balas.

Sampai ke sekolah menengah, saya selalu ada buku catatan peribadi yang bukan diari tapi saya share buku tu bagi kawan2 baca kalau nota pelajaran takpe jugak. Yang peliknya, saya takpernah ada diari. tipu. wakakaka. Bila kawan-kawan suruh tulis autogrraph pulak, mula la saya merepek panjang bejela-jela. Saya karang cerita ntah apa2. InsyaAllah nanti kalau saya dpt jumpa kawan saya, Duyuh, saya mintak otograf beliau yang saya dah tulis merepek gile. Jadi sekarang bila ada blog, saya sangat seronok berkongsi pendapat saya dengan orang lain tapi dengan cara yang tak memaksa. Ye lah.. Kalau kita bercakap, orang terpaksa dengar. Tapi kalo tulis dalam blog, orang boleh pilih sama ada nak baca ke tidok. Taknak baca sudah nama mu Dolah, tetek mu sebelah. Hahaha...

Lagi satu, masa jiwa kacau dulu... saya selalu ekressi diri sendiri dengan buat entry emosi kat blog. Memang langsung tak kisah ada orang baca ke tak blog saya. Asalkan saya dapat buat luahan jiwa teratai layu di tasik madu pun dah kira berpelangi hidup.

Tapi sekarang, saya rasa tujuan asal saya berblog dah lari bertempiaran. Ni semua sebab tengok orang lain boleh dapat RM15,000 dengan hanya blogging. Serius banyak wei. 15 riban sape nak bagi wei. So, saya pun start nak dptkan traffic dgn banyaknya. Blogwalking. Follow blog orang. Tinggalkan jejak untuk dapatkan ramai follower. Padahal, follower yang follow balik tu bukan baca pun entry saya. Hanya beberapa orang je yang baca. *Jumlah visitor kan boleh diketahui dari NuffNang. Kat Stats dalam blog ni pun bleh tengok.

Maka jelaslah yang tak ramai pun org baca blog saya. Memula rasa down. Down la pulak. Blog je pun. Bukan gaji bulanan. :D . Tapi bila saya ingat balik tujuan asal saya blogging, saya rasa mcm.. ahhh.. lantak le orang follow ke tak follow. Saya tak perlukan follower yang berlambak tapi tak baca entry saya kat blog. Buat apa beriya nak blogwalking untuk dapatkan kunjung balas yang hanya once. Once in a lifetime pun ada. Selalunya orang yang balas balik tu hanya lawat sekali je, pastu follow then sudah. Jadi, buat apa nak follow? Saya ni, akan baca juga blog lain yang saya follow tak kira sape punya, termasuk le pakcik-pakcik, makcik-makcik, blog masak, budak skolah, mak budak, bapak budak, penyokong kerajaan, pembangkang kerajaan, blog-blog religion, blog handcraft, jual tudung, abih semua.

So, lepas ni malas dah nak blogwalking. Malas nak kesah pasal traffic. Tak peduli lagi pasal follower. Nak baca, baca. Tanak baca bleh tekan close button. As easy as korek hidung kan? Blog ni pun bukan ilmiah sangat. Nak kata fun sangat utk baca pun tidak juga. Jadi, tak perlu la saya heran kalo follower tak ramai atau traffic blog rendah. Jadi je diri sendiri. Layan kepala sendiri lagi baik. *Tapi saya pernah terfikir nak buat contest kat blog ni. Cuma masih tercari-cari barang yang sesuai utk dijadikan hadiah.

Comments

  1. salam;
    jgn terlalu mengharapkan sesuatu pada blog..cukup sekadar untuk menulis dan membaca yg lain terserah.!!

    ReplyDelete
  2. Yusuf : Itu la.. Tujuan asal dulu camtu la. Tetiba sesat dipertengahan jalan. Now dah ok. Dah ingat balik tujuan asal berblog ni. :) TQ sbb baca dan komen.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...