Iklan! Iklan! Sila Click!

16 October 2011

Nasib Dia La Kan?

Sejahteralah ke atas kamu...

Drama petang Sabtu. Taman Melawati.


Adegan 1, di meja makan.

Sarah : Maksu pernah tak makan kat Tutti Fruitti?
Saya : Pernah. Ngape? Sarah pegi ke?
Sarah : Ha ah. Semalam. Dengan Mak Yang. Maksu suka perisa apa?
Saya : Semua perisa buah-buahan. Sarah?
Sarah : Saya tetap suka coklat. Pastu saya letak topping kacang, Oreo, chocolate syrup... bla..bla..bla..
Saya : Sarah pergi Tutti Fruitti kat mana?
Sarah : Ada kat bangunan kuning sana. [bangunan kuning mana plak ko ni Sarah. Cakap biar la jelas skit. Ish].

Dalam hati saya, "Aih... Sarah ni.. Dia sebut plak pasal Tutti Fruitti. Takleh jadi ni.. kena pergi jugak cari bangunan kuning tu."


Adegan 2, di bilik tingkat atas.

Saya : Yon, ko penah makan kat Tutti Fruitti tak?
Yon : Penah plak. Ngape?
Saya : Haa... Bagus... kalau pernah, apa kata ko belanja Maksu makan eskrem Tutti Fruitti tu. Kehkeh...[confirm dia nyesal sebab bertanya "ngape" tadi. ]
Yon : Boleh. Jom la.
Saya : Eh, ye ke? Kat mana ada Tutti Fruitti dekat-dekat sini?
Yon : Ada kat sana... Macam dekat je. Keluar jalan ni, pastu straight, pastu U-Turn, pastu belok kiri.... bla..bla..bla...[ngape le penerangan anak-anak buah aku ni tak membantu pun dalam aku mengenal pasti lokasi Tutti Fruitti kat Taman Melawati ni... Ishh.]
Saya : Ooooo....ok..ok.. takpe.. nanti nak pergi ko tunjukkan le jalan yer...

Lalu, terjadilah proses kegemukan berganda bila mula-mula saya dah amik 1 cup kecik dengan harga RM21, Yon amik 1 cup, pastu kiterang sama-sama rasa tak cukup pastu beli lagi skali. Muahahaha... *gelak pompuan kembang. Tima kaseyyyyy.... Tima kasih Yon. Tima kasih ex-student Yon yg keja kat situ sebab bagi discount 25% harga staff kat kiterang. Tak sia-sia saya bawak Yon untuk belanja saya. Eh, ke Yon yang bawak saya? Ok..mana-mana je.

Rasanya lokasi itu di Ukay Boulevard, Ulu Klang. Bangunan baru, yang ada Court Mammoth. Sebab tu Sarah kata bangunan kuning. Sekian.

2 comments:

  1. wah sedap sangat eh tf tu? hihi.. baca dan tengok je org mkn. ntah bila la dpt rasa. ni kalau balik msia confirm jd salah satu makanan utama kene cari. hehe..

    ReplyDelete
  2. Asmara : Nak kata sedap sgt tu tak jugak. Tapi macam seronok je makan sebab dia eskrem yogurt. Kalo makan banyak pun tak la rasa berdosa sgt kerana lemak, tp kerana gula mungkin la kot. Pastu tak muak. Then topping bleh bubuh sesuka hati. Kdg2 combination topping kalo kita letak sendiri tu sungguh la takde kaitan contohnya eskrem perisa guava, letak chocolate syrup. Langsung mcm jembalang rasa dia. Tp seronok la. Terutama kalau pow org suh belanja. Hahah.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...