Iklan! Iklan! Sila Click!

28 October 2011

Lelaki Mencuri, Perempuan Berzina

Sejahteralah ke atas kamu...


Saya tahu ramai yang marah bila golongan dakwah meletakkan kesalahan bagi perbuatan zina kepada pihak perempuan. Ntah le, kadang2 pernah gak terfikir, buruk sgt ke pompuan ni? Tapi saya tak pulak nafikan bahawa wanita atau perempuan ini memang Allah anugerahkan dengan sifat menggoda.

Sebelum saya meracau tak tentu hala, lebih baik saya ringkaskan je.. Jom baca ayat 38 daripada surah Al-Maidah ni;

"Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. "


Kemudian, cuba tengok ayat 2 daripada Surah AnNur ni plak;

"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman."


Ok, kalau tengok ayat pertama.... Ayat untuk pencuri. Dan perkataan pertama adalah 'Lelaki'. Manakala ayat kedua pula berkenaan berzina dan perkataan pertama adalah 'perempuan'. Persoalan.... kenapa.... ayat berkenaan mencuri dimulai dengan lelaki, dan ayat untuk berzina dimulai dengan perempuan? Nampak tak? Nampak tak?

Selama ni, kalau berita tentang kecurian, meragut, merompak atau peras ugut, siapa yang lagi banyak pelakunya? Lelaki bukan? Sangat-sangat jarang kita dengar pompuan merempit lalu meragut seorang wanita mengandung. Betul tak? So, sebab itu lah... ayat utk mencuri [Surah Al Maidah Ayat 38] itu ditujukan paling utama untuk lelaki dan kedua barulah utk perempuan.

Tetapi untuk ayat berzina pula, lebih utama ditujukan untuk perempuan, dan kedua barulah untuk lelaki. Kenapa? Kerana Allah lebih mengetahui bahawa perbuatan mana yang lebih dikuasai oleh jantina mana. Al-Quran itu adalah kata-kata Allah. Jadi, tak mungkin Allah membuat ayat sebegitu tanpa sebarang tujuan.

Semoga bermanfaat. Saya menulis tentang ayat Al-Quran bukan untuk menunjukkan diri saya baik, tapi sekadar berkongsi apa yang saya tau berdasarkan apa yang saya diberitahu daripada majlis ilmu yang saya pernah hadiri. Maaf jika tersilap kata. :)

8 comments:

  1. perempuan memang package dengan sifat menggoda tu.. yang penting xkire lelaki ke, perempuan ke, kena letak asas iman pada tempat yang teratas sekali....

    ReplyDelete
  2. tp sebaiknya..kawal la diri memasing..spy x terjadi spt di atas..amin..~

    ReplyDelete
  3. saje nak komen...sebab nak best.. tapi selain nak best, saye rase entry ini juge best. mekasih..
    *snorrttt*

    maaf, saye selesema.pekat sedikit bunyinye..

    ReplyDelete
  4. Salam;
    Kalau dah firman Allah maka siapa kita nak menafikannya..cuma kita boleh mengelakkan dari jadi yang pertama(mencuri/berzina)..

    ReplyDelete
  5. subhanallah akak.. kupasan yang betul2 membuka hati.. selama ni x pernah terfikir.. menjawab soalan pun berdasarkan akal semata2.. sdgkan dalam al-Quran telah jelas ditunjukkan..

    ReplyDelete
  6. Empayar : ye. mmg betullah ni.
    Taufiq : kdg2 pompuan tu tak menggoda pun lelaki tergoda jgk. So, pompuan mmg semulajadi menggoda.
    Hazy Isle : Ye, mmg kena control nafsu. Ikut AlQuran dan AsSunnah.
    QuTaQ : Ko mmg best. Akak pun besh. Hehe. nak jugak.
    LadyBird : Saya hanya ulang balik apa yg sorang ustaz masa ceramah ucapkan je. Tapi dah lupa nama ustaz tu.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...