Iklan! Iklan! Sila Click!

21 October 2011

Perlu Ke Garang Untuk Minta Bantuan?

Ini adalah kesinambungan entry Ini Sudah Sedikit Fenin yang saya tulis semalam.

Sejahteralah ke atas kamu...

Beberapa tahun bertugas di Helpdesk [Khidmat Bantuan], menemukan saya dengan berbagai kerenah manusia terutamanya yang ingin memohon bantuan kami. Ini cerita basi la. Saya dah 2 tahun tinggalkan Meja Khidmat Bantuan tu. Apa jadi kat situ sekarang, saya pun tak pasti. Yang pasti, semasa saya berkhidmat di situ, saya sangat bizi.

JIka di Helpdesk dulu, customer yang okey, okey la. Tak banyak masalah. Bila kita explain pun dia boleh terima walaupun solutionnya lambat, atau ada halangan lain utk selesaikan masalah tu. Tapi ada yang gunakan pendekatan mengherdik dan mengugut untuk melaporkan kepada pihak atasan di atas respon kami yang dia mahukan 'on the spot'. Padahal baru seminit telefon, dah mengharapkan person in charge muncul depan muka dia utk repair PC dia. [*repair PC tu hanya contoh]. Dia tak fikir plak ada berapa banyak masalah orang lain yang sedang tunggu turn untuk diselesaikan?

Memang, taktik garang tu memang berjaya mendapatkan tindakan yang pantas. Tapi taktik itu hanya akan berjaya buat sementara waktu saje. Orang yang sepatutnya menolong kamu tu tolong bukan sebab dia takut dengan herdikan dan ugutan kamu, tetapi menyampah. Faham tak perasaannya bila kita berbuat sesuatu di atas permintaan orang yang kita menyampah. Macamana hasilnya. Macamana aura serinya wajah kita. Mcm tu juga la boss. Kalau boss yang garang atau gangster tak bertempat, kemudian orang bawahan dia patuh kepadanya, jangan dia ingat orang patuh tu sebab takut atau gerun dengan dia. Sesungguhnya jika dia sebagai boss dan merasa begitu, maka dia sangat silap. Orang bawahan akan patuhi dia kerana menyampah nak hadap muka dia. Org bawahan patuh kerana bosan dan bukan kerana hormat dia sebagai boss.

Taktik garang ni, mungkin pada masa itu kamu akan ditolong. Tapi lain kali, orang akan mengelak daripada menyambut penggilan telefon kamu. Herdik la macamana pun. Ugut lah apa-apa pun. Jangan ingat orang yang menolong itu tak boleh buat bodo je. Takut apa kan. Ko orang biasa je. Apa sangat yang ko boleh buat kan? Lain pulak kalau orang yang memohon bantuan dengan berhemah. Orang pasti akan bersungguh-sungguh nak tolong. Kalau tak dpt tolong pun akan berusaha untuk cari jalan sama2 menyelesaikan masalah tu.

Jadi, apa yang saya nak relate di sini... Tadi tu saya cerita tentang customer Helpdesk. Tapi sekarang saya nak kamu apply cara berhemah yang saya jelaskan tadi kepada diri sendiri. Bila nak mintak tolong dengan orang lain, walaupun hati sebal sangat sebab bermacam kerenah, kena la sabar kan? Kita yang nak mintak tolong. Kena la pandai kipas hati dia kalo hati dia tengah panas menyala. Kasi sejuk.

Dan Mr Zoey tu... Kalo dia rasa pendekatan gangster-ism yang dia praktikkan selama ni sangat berkesan, maka dia adalah sangat syok sendiri. Tu je la.

1 comment:

  1. Salam;

    Bukan meminta atau bekerja saja perlu berhemah pendek kata apa saja yang kita lakukan mesti berhemah, apatah lagi bila memandu...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...