Iklan! Iklan! Sila Click!

17 October 2011

Ikan Kaloi Asia Sedang Dimusnahkan Di US



Sejahteralah ke atas kamu.

Amboi... Orang US ni.. Kalo yang jahat-jahat semua la Asia. Sampaikan ikan pun baka Asia jugak yang jahat.

Kamu pernah dengar tak tentang ikan Kaloi Asia atau dalam bahasa negara Lady Gaga ialah Asian Carp? Saya baru je tgk semalam. Kat Nat Geo Wild.

Sekarang ni kalau kamu nak tahu [tanak tau sudah. Pejam mata sekarang!!] ikan kaloi asia ni sedang ditangkap secara besar-besaran daripada perairan dan terusan-terusan di US [United States poyo]. Sebab ikan-ikan ni dituduh telah mengganggu ekosistem perikanan di sungai-sungai dan tasik di US. Lalu, ikan kaloi pun berlagu gunrindam pilu, "sampai hati kau... mempermainkan cinta suci ku... kau guris hatiku, lalu kau coba membalutnya..."

Sejarah ikan kaloi ni kat US bermula pada tahun 1960an. Waktu itu ada beberapa kolam ikan di US yang mempunyai masalah rumpai air kat kolam ikan mereka. Pastu pemilik kolam tu dpt tau, ada spesis ikan kat Asia yang memakan rumpai air dgn lahapnya. So, mereka import ikan-ikan tu dan lepaskan dalam kolam. Mula-mula, masalah rumpai air tu selesai. Tapi bila banjir kat US tahun 1996, ikan kaloi asia kat kolam tu dah tersebar ke tempat-tempat lain. Pastu yang menjadi masalahnya ialah, ikan ni makan plankton iaitu makanan utk ikan-ikan kecil. Bukan setakat makan dah ni. Tapi dah tahap melahap tak hengat punya. Ikan kaloi ni pegi bantai melantak semua plankton tu sampaikan ikan-ikan kecik pun dah banyak yg tak dpt hidup sihat dalam sungai. So,kalo ikan-ikan kecik dah meninggal dunia, macamana pemangsa-pemangsa ikan kecil nak makan? Mereka nak makan apa? Makan pasir? Sampai hati ikan kaloi ni dah tabur pasir dalam periuk nasik pemangsa ikan-ikan kecil. Kejam.

Maka, terganggu le populasi ikan-ikan dalam sungai-sungai itu.. Bila populasi terancam, ekosistem pun terancam la jugak. So, last skali, dlm sungai-sungai dan tasik-tasik itu hanya ikan kaloi asia ni je yang berleluasa. Derang ni dah la takde pemangsa yang lebih besar bleh makan derang. Kalo derang dok kat Asia, masih ada pemangsa yang akan makan derang. tapi kat US takde pemangsa ikan kaloi. So, makin seronok la nko ye kaloi?






Ikan kaloi ni bila ada bot lalu kat kawasan mereka, mereka akan melompat terbang menyerang nelayan dalam bot tu. Bahaya dan menakutkan kalau tengok ikan kaloi ni. Besar-besar plak tuh. Ganas kan ikan ni?

Beriya plak aku citer pasal ikan kaloi. Hahahaha...

4 comments:

  1. boleh la tangkap ikan niesar besaran, lepas tu proses isi ikan.
    sedap ke ikan tu?

    ReplyDelete
  2. Nurfauzi : Ntah le sedap ke tidak. Ikan kaloi yg mcm citer bawang putih bwg merah kot.

    ReplyDelete
  3. ni bukan macam ikan kaloi dalam cerita yang boleh makan tu ke?

    ReplyDelete
  4. Boleh makan rasanya. Sbb dierang tangkap ikan2 ni, pastu proses dagingnya tapi taktau jadi mcmn. Rasanya utk export balik ke Asia. Rasanya la. Sbb org putih tak berapa makan ikan ni.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...