Iklan! Iklan! Sila Click!

08 February 2012

Cara Nak Atasi Tumit Pecah, Tapi Malas Nak Sapu Losyen

Sejahteralah ke atas kamu.....


Sila maklum bahawa maksud ‘tumit pecah’ di sini adalah disebabkan rekahan kulit kerana sel kulit mati yang terlalu tebal dan bukannya tumit pecah sebab terpijak kulit durian atau dipukul gangster di bahagian tumit [ada ke gangster belasah orang kat tumit? Kehkeh.].

Rasanya ramai orang pernah mengalami hujung tumit yang merekah, mungkin kerana kulit terlampau kering atau sebab banyak pijak tempat keras tanpa melapik tapak kaki. Ayat contohnya, pijak lantai simen, tak pakai selipar tumit kaki pun terbelah. Lagi pun bila kulit tapak kaki kering, mudah bacteria nak singgah menginap dalam pakej berkerja sambil bercuti kat tumit kaki tu. Bila dah ada bacteria tu, makin la bertambah ngeri rupa tapak kaki kamu nanti.

Saya mengaku, kadang2 ada time tumit saya pun ada rekahan jugak. Tapi saya ni memang super malas nak bergelumang dengan losyen. Kalau beli losyen, masa mula-mula beli je bersemangat besi waja aluminium nak sapu. Sebab baru dapat kan, memang macam tu. Tapi bila dah lama-lama, memang takde la nak layan losyen2 ni. Saya ni memang tak suka dengan rutin-rutin harian seperti sapu losyen, pakai krim, pakai itu, pakai ini. Tapi saya berdoa agar, semoga satu hari nanti saya akan menjadi rajin. Amin.


Kalau dah macam tu punya malas, jadi macamana saya nak menghilangkan rekahan pada tumit? Caranya senang saje. Saya beli seketul pumice stone ataupun bila telah dimelayukan dipanggil batu pumis. Harganya murah je, tak sampai pun RM4. Boleh pakai berkali-kali, tak habis, tak reput, tak hancur tapi mungkin akan hilang kalau terjatuh dalam lubang jamban. So, setiap kali mandi, masa nak sabun tapak kaki tu, gonyoh @ sental la tumit dengan batu pumis ni. Elok la pakai masa mandi-manda, sebab waktu tu tapak kaki basah dah kematu tu semua dah lembut terkena air. Bile sental tu, keluar la semua sel kulit yang dah meninggal dunia tu. Lagipun setiap hari saya mandi kan. Jadi kalo saya buat pun, dah termasuk dalam aturcara mandi, tak la rasa terikat dengan komitmen dan jadi beban. Tapi ko jangan kata ko mandi pun seminggu sekali. Yang tu memang tak dapat tolong la nak selesaikan masalah tumit pecah ko tu.

So, itu je la tips Kak Nona untuk hari ini.
*kak nona = watak mak hayam yang dilakonkan oleh Sheila Rosli dalam drama yang Diana Daniel berlakon baru-baru ni.

20 comments:

  1. eh!!baru perasan yang tumit saya tak pecah2 pun..hehehe..mungkin sebab dalam rumah saya dan selipar bersahabat baik..kami bagai isi dan lemak.

    ReplyDelete
  2. eh!!baru perasan yang tumit saya tak pecah2 pun..hehehe..mungkin sebab dalam rumah saya dan selipar bersahabat baik..kami bagai isi dan lemak.

    ReplyDelete
  3. alamak...tumit saya pecah ni..dah la malas nk sapu losyen..kena cari jgk mende tu..

    ReplyDelete
  4. cik fadh pown ade masalah tumit kaki merekah ni . tp time mandi mmg rajin la gosok ngan batu pumis ni . cume still same je, rekah tetap rekah . xkan licin mcm tumit kaki org yg licin kemain tu.. jeles kadang..hihi..

    ReplyDelete
  5. betol orang yang gemok senang kena tumit pecah ni ek kak :)

    ReplyDelete
  6. er...kalau yg kurang disiplin cm sy ni, buat tu hangat2 taik aym jer..hheheh

    ReplyDelete
  7. nak tumit cantik kena rajin gosok tumit tu..pakai losyen ataupun pakai pumice stone..jgn muka jer nak cantik, tumit pun nak cantik jugak!!

    ReplyDelete
  8. lia pon gune pumice stone ni..tumit sy jd licin mcm papan gelongsor wooo..hihi

    ReplyDelete
  9. bagus jugk ye guna batu ni, slalu guna span mandi tu je. ;D
    *gmbr snow flakes kene guna camera canggih baru nmpk. hikhik..

    ReplyDelete
  10. me kulit pecah kalau jejalan pakai sandal/selipar. tapi kalau jejalan pakai kasut tutup..takde la masalah tumit pecah.

    disebabkan pemalas yang amat untuk treat tumit pecah..so ai tak pakai seliar/capal/sandal keluar rumah. pakai kasut tutup...

    takde tumit pecah = takyah pakai losyen/pumice stone

    paling benci kalau time timut pecah..pastu pakai kain/seluar satin...kang kalau tumit kasar macam batang pokok tu gesel dengan kain licin kang sangkut2..

    ReplyDelete
  11. tau kegunaan batu pumice ni,tapi macam ngeri nak guna sebab membayangkan kulit abis tanggal..erkk

    ReplyDelete
  12. yg senangnya..pasang sekeping batu tile yg kasar kat bilik mandi..sambil mandi sambil tenyeh tumit kat batu tu..hehe

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. salam... kat watson atau guardian, atau sinma. harga dalam rm4 lebih.

      Delete
  14. Sy ni kurus je... tp tumit pecah jgk. Mungkin kekurangan air kot....

    ReplyDelete
  15. Dkat mna nk beli pumice stone niee yerr???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat watson ada. kat sinma jewellery pun ada.

      Delete
  16. Mane nk crik batu tu?

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...