Skip to main content

Cara Untuk Mendapatkan Duit Melalui Internet

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Sengaja je buat entry yang saya tau ramai orang Google untuk dapatkan maklumat tentang nak dapatkan duit lebih melalui internet ni kerana saya tahu salah satu caranya... [Heheheh... Gelak dgn nada berlagak...]

Kamu boleh menambahkan pendapatan dengan membuat survey secara online atau dalam Bahasa Melayunya, kaji selidik di atas talian or... what ever. Caranya mudah saja... masukkan 4 cawan air ke dalam periuk dan masak di atas api yang perlahan... Ok...ok.. Serius. Kamu taipkan keyword 'Online Survey' di search engine [Google atau Yahoo atau Yabeda Bedu.. mana2 je yg kamu suka]. Atau kalau nak lagi specific lagi, taipkan 'Online Survey Malaysia'. Then nnt akan keluar la beratus-ratus senarai syarikat yang menawarkan kaji selidik berbayar secara online [surveyhub] seperti Survey Head, Global Test Market dan lain-lain...

Bagaimana kaji selidik ini berjalan? Konsepnya macam ni.... Syarikat-syarikat besar atau kecil yang ingin memasarkan atau membaikpulih mutu produk-produk keluaran syarikat mereka akan mengupah surveyhub untuk memberikan satu set soalan berkenaan syarikat atau produk tersebut kepada individu-individu yang mendaftar dgn surveyhub berkenaan. Setiap survey biasanya akan diberikan mataganjaran 5 hingga 40 points berdasarkan panjang atau lamanya survey tersebut. Dan points tersebut, apabila mencecah limit contohnya 1000 points, points tersebut boleh ditebus untuk mendapatkan wang tunai. [Surveyhub berlainan mempunyai polisi yang berbeza.].

Biasanya 1000 points bernilai USD100. Kemudian akan di convert ke matawang kita dan akan dihantar melalui check ke alamat yang kita register. Nama penuh perlu betul dan alamat perlu betul. Setakat ini saya berdaftar dgn 3 surveyhub yang selalu bagi saya kajiselidik untuk saya jawab iaitu AIP Online, SurveyHead dan GlobalTestMarket.

Survey ni tak perlu modal pon. Kamu hanya perlu ada talian internet dan masa je untuk jawab survey yang biasanya memang menyampah la untuk kita jawab. Sebab soalan-soalan dia tu agak panjang2 dan berulang-ulang utk brand yang berbeza. COntoh kalo kaji selidik tentang kereta. Dalam set soalan tu akan ditanya berulang-ulang bagi jenama kereta berlainan contoh Hyundai, Honda, Peugeot, Audi, bla..bla... Kalau tak sabar memang stress la.

Kelayakan menjawab survey plak bergantung kepada produk yang nak diselidik tu. Contoh kalau mereka nak survey tentang gadget baru, biasanya umur 17 hingga 35 thn. Kalau nak tanya tentang produk kecantikan, mereka akan pilih wanita yang berusia 17 hingga 40 thn. Bergantung la. Jadi, cuba la ye? Mana la tau... Kot-kot ada banyak survey yang layak untuk kamu jawab. Bleh la dpt duit.

Check yang saya pernah claim ada di ENTRY INI, sila la click jangan malu-malu.

Comments

  1. menarik ni.. tp ko pernah wat ke lyd? lumayan tak dpt?

    ReplyDelete
  2. Aku pernah dan masih buat. Aku tak dpt lumayan sgt. Sebab tak byk survey yg aku dpt. Mungkin sbb tak memenuhi kriteria. Kadang-kadang lepas dia tanya umor berapa, gaji berapa, pastu pekerja kat syarikat ada berapa org, terus je dia kata aku tak layak utk survey tu. Ada kriteria tertentu yg mereka cari bagi setiap survey yg berlainan. Keja senang je, cuma kena byk bersabor la nak jwb soklan byk2.

    ReplyDelete
  3. aku rajin gak jawab dulu2, tapi tak penah dapat duit. yang slalu dapat, baucer McD, pizza etc

    ReplyDelete
  4. Kakak CHomel, ko buat yg Malaysia punya kot. Try yg international plak.

    ReplyDelete
  5. bua duit melalui survey rupenye ye .. macam best tapi macam leceh pun ye jugak

    ReplyDelete
  6. cuba lah ipanelonline.com
    http://a2f17678.linkbucks.com

    ReplyDelete
  7. sabree : tak la leceh sgt. Asalkan line internet ok.

    Khidhir : Pernah. Saya dah tambah contoh check yg saya dpt.

    trending topic : no problem.

    ryusuke : InsyaAllah nnt saya cuba.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya