Iklan! Iklan! Sila Click!

21 March 2011

Wanita Sempurna Untuk Lelaki

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Menjadi wanita yang sempurna untuk lelaki kedengarannya seperti agak mustahil... Kerana mungkin kita merasakan bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini melainkan Rasulullah. Tapi percayalah.. perkara ini bukanlah mustahil.

Menjadi sempurna untuk seseorang, bukan bermakna kita perlu jadi yang tercantik, yang terbijak, terkaya, terpandai masak, terajin, tersuka mengemas rumah, terhangat di pasaran dan ter'bla-bla'. Tak semestinya semua tu diambil kira. Kalau tidak, kenapa kita masih lihat wanita yang cantik, baik hati, alim, dan terbla-bla masih ada yang ditinggalkan oleh lelaki? Sedangkan semuanya tentang dia sudah cukup baik berbanding ramai pompuan yang 'ntah hapa-hapa' di luar sana tetapi dapat memikat ramai lelaki. Kenapa ye?

Yang paling utama, ialah perangai. Akhlak itu memang satu hal., penting dan tiada kompromi. Tapi yang lebih penting bagi lelaki, ialah mereka perlukan wanita yang sentiasa suka dengan apa yang mereka lakukan. Yang tidak pernah komplen [complaint] atau kondem [condemn] apa yang mereka lakukan. Bagi mereka, itu adalah maksud sebenar yang wanita itu memahami mereka. Bagi mereka itulah wanita yang sempurna buat mereka. Well..... Lelaki kan... Kamu paham-paham le... Mereka tak boleh dipersalahkan walau untuk apa pun. Dan mereka pantang jika dikondem lebih-lebih lagi oleh wanita. Jadi, wanita-wanita.... jika sygkan lelaki dan ingin menangi hati mereka.... terpaksa le bagi mereka menang. Dah sifat mereka begitu.

Sempurna yang dimaksudkan di sini, bukan jadi wanita sempurna untuk semua orang, tetapi cukuplah hanya sempurna di mata lelaki itu seorang sahaja.

Gaya mengarang ni mcm cerdik sungguh la aku ni kan... Padahal, saya hanya tengok movie dan buat kesimpulan daripada movie tersebut je. Kekeke.. Jgn rasa tertipooo... woohoo...

P.S. - Kadang-kadang ada perkara yang kita tak puashati dgn lelaki kita, tapi.... selagi bleh pendam, pendam je la. Atau kalau nak luahkan juga.... kita cuba tangguhkan... supaya lama2 kita akan lupa perkara tu. Sbb biasanya hal-hal yang kita komplen tu hal yg mmg betul2 kecik je.... Then kita marah mcm tsunami melanda... Pastu bila dah reda, baru malu sendiri... HUhu... jgn buat.. jgn buat.. Jadi... kena banyak2 bersabar.....

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...