Skip to main content

Cara Nak Kira Waist-Hip Ratio

Ape ke benda plak tu? Kalo BMI tu biasa dengar kan? Haha... Saya pun baru first time dengar benda ni. [Ntah-ntah saya sorang je yang baru tau tentang 'Waist-Hip Ratio' ni. Kalo betul, malunye lah! Lalalala :p.....].

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Doa saya untuk kamu pagi ini....

Ok.. Mula-mula nak tanya... Tubuh kamu berbentuk 'apple' atau 'pear'? Badan berbentuk apple tu maksudnyer... Perut kamu lebih besorrrr daripada pinggul. Bermakna, lebihan lemak menggendut di perut mu itu.... Dan badan berbentuk pear pula bererti, pinggul kamu lebih besar daripada perut. Senang citer, lelemak kamu yang berlebihan, sedang membuat perhimpunan tanpa permit di bahagian pinggul atau peha kamu itu.

Menurut kajian kesihatan... Umat manusia yang memiliki bentuk tubuh 'apple' lebih berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit berbahaya terutamanya penyakit jantung.... *Mungkin sebab storage lemak kat bahagian atas badan dan dekat dengan jantung... Kot. Ntah le. Ini hanya teori saya. Keke.

Waist-Hip Ratio bertujuan untuk menilai kadar lemak yang tersimpan di pinggul dan pinggang kamu dan boleh jadi 'penanda aras' bagi menentukan sama ada kamu berisiko dalam kesihatan kamu atau tidak...

Haaa... Cara nak kira ialah... Ko pegi ukur lilit pinggang ko sekarang, then ukur pinggul ko plak.

1. Ukuran pinggang ;
~ Lelaki - Ukur selari dgn pusat.
~ Wanita - Ukuran ialah di antara bahagian bawah sekali tulang rusuk dan bahagian atas skali tulang pinggul.

2. Ukuran pinggul ;
~ Lelaki - Ukur selari dengan tulang pinggul yang paling tinggi.
~ Wanita - Ukur bahagian yang paling lebar di antara pinggul dgn punggung.

Bahagi ;
Dah dapat kedua-dua ukuran tersebut... sila bahagikan... No. 1 bahagi No. 2... Pastikan ukuran kedua-duanya di dalam unit yang sama. Kalau pinggang diukur dgn unit centimetre, pinggul pun perlu di dalam unit centimetre juga. Kalau inch, dua-dua pun perlu inch.

Contoh : Ukuran pinggang : 27inches/Ukuran pinggul : 36inches = 0.75


Ok.. Lepas dah bahagi... tengok keputusannya...

Apakah ratio kesihatan kamu?
Ratio yang sihat bagi lelaki ialah : 1.0 dan ke bawah.
Ratio yang sihat bagi wanita ialah : 0.8 dan ke bawah.

Jadi? Bagaimana dgn ratio kamu? Adakah kamu tergolong di kalangan berisiko?

Maklumat didapati daripada website Nestle Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya