Iklan! Iklan! Sila Click!

30 March 2011

Petua Untuk Kulit Wajah Yang Licin Dan Halus

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Untuk makluman : Kulit muka orang yang menaip entry pun bukannya halus dan mulus mana pun. Berkerak juga. Mungkin sebab dia tu pemalas. Jadi, jangan jadikan dia sebagai benchmark untuk kecantikan.

Tip Pertama :
Bomoh resdung kata, kalo nak hilangkan jerawat, kena kawal pemakanan kita. Ada banyak punca terjadinya jerawat. Salah satunya dan yang paling tipikal adalah disebabkan oleh resdung. So, menurut beliau lagi ,makanan yang perlu kita berpantang ialah AYAM. [Pantang makan tau, bukan pantang jumpa]. Diulang, AYAM. Tak kira la ayam tu masak macamana. Rebus ke, goreng ke, kukus ke atau bakar. Asalkan nama dia ayam, cuba la elakkan makan ayam [kalo dia tipu, maka tipu la saya ye. So, jgn salahkan saya. Saya hanya kongsi fakta yang saya tau saje.]. Tapi Ayam Brand Sardin masih boleh makan. Jgn risau. Kehkeh...

Kenapa ayam? Tak lembu atau kambeng gurun atau arnab? Menurut bomoh resdung yang lokasinya di Melaka, hama resdung tu berasal daripada hama ayam. Jadi, kalo makan ayam, nanti virus resdung tu akan makin aktif. Begitu la kata beliau.

Tip Kedua :
Jangan cuci muka menggunakan bahan-bahan kimia buatan. Kalau nak bersihkan muka, gunakan jus limau [limau nipis atau kasturi atau lemon, tak kisah la mana-mana pun, janji limau. Nak guna limau mandarin pun bleh. Tapi takut tak mencapai maksud nak cuci muka tu je, sebab dah habis kena makan.]. Caranya ialah; belah limau, kemudian perahkan jusnya pada cotton pad. Selepas itu, lap/sapukan kepada seluruh muka. Buat macam toner. Kalo muka berjerawat dan ada jerawat yang luka, memang pedih. Huhu. Tapi untuk jangka masa panjang mungkin elok kot. Boleh mematikan hasrat jerawat untuk naik ke muka. Lama-lama jerawat pun hilang.









Tip Ketiga :
Elakkan menggunakan besi di bahagian muka. Mcm guna jarum utk keluarkan isi jerawat ke. Sebab besi tak berapa elok untuk badan. Sebab dia ada cas ion ntah apa ntah. Itu kata bomoh resdung la. Hahaha.. Saya pun tak tau betul ke tak.

Sesape yg nak cuba boleh cuba. Bagi diri saya, kalau saya tak makan ayam, akan berkurang skit gatal-gatal pada muka. Tak pasti sama ada memang sebab ayam atau sebab mind set dah rasa macam tu. Tapi saya tak berpantang pun. Makan je. Sebab tu la kulit muka saya tak licin dan halus. Mana tak nya. Saya sendiri pun tak buat petua-petua ni. By the way, kira ok la... sebab walaupon saya tanak buat, saya share jugak dgn korang, kot-kot sape yang rajin bleh try.

5 comments:

  1. Umah saya ari2 lauk ayam.cm ner nie...sy bleh jer mkn syur rebus jer.tp ksian suami x mkn sgt rebus2 nie...

    ReplyDelete
  2. yang limau tu betul...dulu nini amlkan, boleh tahan lah...la nih dah tinggal lama...so jerwat datang jenguk balik...hahahaha

    ReplyDelete
  3. seafood boleh makan ke?

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...