Iklan! Iklan! Sila Click!

07 December 2011

Kit Kat Chunky Itu Untuk Aku Yang CHunky Ini


Sejahteralah ke atas kamu...

Boleh ke kalau nak cerita tentang personal sikit? Sikit je. Ala.. boley la..boley la..boley la..

Tengah tengok drama Tentang Dhia petang semalam, tetiba je.... tetiba je tau... tanpa dirancang saya terasa nak makan KitKat Chunky. Nyum. KitKat yang paling saya suka ialah Kit Kat Chunky. Sebab dia gemuk, pastu coklat dia banyak dan wafer dia yang soft tapi rangup. Kalo segigit tu penuh mulut. Coklat susu dia sangat sedap dan sedang-sedang elok, tak keras sgt, tak cair sangat. Bercampur je dengan air liur, macam terus blend dengan baik. Owhhh.. Sedapnya la....

Tapi Kit Kat Chunky tu takde pun kat rumah. Nak kuar rumah semata-mata nak beli Kit Kat Chunky sama je perasaannya macam terpaksa kupas kuaci untuk bagi 100 ekor burung pipit makan. Senang tapi malas. Saya terfikir, nak sms suami saya la untuk suruh dia beli Kit Kat tu untuk saya sebab masa tu En Stormpong saya belum balik lagi. Errm.. tapi takpe la.. bersabor aje la sebab malas nak beriya sangat suh suami beli semata-mata nak penuhi tuntutan nafkah perut. Takyah layan sangat nafsu makan ni kan? Takleh diajar macam tu. Takleh ikut sangat nafsu serakoh. Bahaya untuk kesihatan. Kan? Kan? Jadi, saya duduk je diam-diam, sambung tengok Tentang Dhia then terus lupakan pasal Kit Kat CHunky tu. Eh, semalam Dhia mati kena bomoh, pastu hidup balik. Hehehe. Ternganga jugak aku tgk. Kehkeh.

Bila suami saya balik malam semalam, lepas dah bersalam-salaman dengan dia.... Dia cakap kat saya dengan intonasi budak berlagak ada mainan baru, "sayanggg, baby ada beli sesuatu untuk sayang"... Saya macam terfikir, apa benda pulak dah laki aku ni memalam ni. KondomSoft toy Angry Bird kaler hijau lagi ke?

Sambil dia keluarkan daripada bag pack dia, dia kata dia tau saya mesti suka dengan apa yang dia beli. Korang pun mesti la dah dapat agak dia beli apa kan? Yeah... Dia beli ini;
BUDU???? What the frog??!!

Hehehe.. Tipu je.. Saya bukan suka makan budu pun. Tak mungkin suami saya beli budu untuk saya. Mestilah dia belikan ini untuk saya;


Saya terus macam, owhhh baby... you are my sunshine, my only sunshine. You make me happy when skies are grey. You never know dear, how much i love you. So please don't take my sunshine away... Rasa touching sangat. Saya tanya le beliau [oleh sebab dia beli Kit Kat Chunky, terus kata ganti nama bertukar jadi beliau. heheh], macamana boleh beli Kit Kat Chunky ni tetiba je? Pastu dia jawab, dia dapat rasa yang saya nak makan Kit Kat Chunky. Terhawuuuunya saya.

Sorry la you all, kalau saya tercerita tentang kisah hidup sendiri yang tak best pun ni. Asyik-asyik citer pasal suami je kan? Tapi takpe kot sebab dah kawen. Dah halal. Kalo mesra atau manja-manja pun dah kawen.

*tak faham, apa kriteria pada M Nasir yang membuatkan dia terpilih jadi duta Kit Kat. Heheh. M Nasir suka makan Kit Kat macam saya jugak ke?

8 comments:

  1. Time tgahari yag lapar camni awk tunjuk kit kat??...berlari saya nak g 7eleven...^__^

    ReplyDelete
  2. suka kit kat, ha ah terkejut jugak tgk mnasir dlm iklan kitkat

    ReplyDelete
  3. wahaha.suwitnya..mcm aiskrim kapas.incik imam saya pon mcm tu.mcm tau2 jer apa sy nak.mmg heart n soul sungguh!

    ReplyDelete
  4. Qis suka tengok iklan kit kat ada m.Nasir tu.. :)

    ReplyDelete
  5. Hanis : Kan? Muka dia serius, tetiba suka makan coklat. Mcm tak matching.

    Anon : Wah.. awk pun sweet jgk. Aiskrim kapa tu yang mana? COtton candy ke? Lama dah tak makan. *Dem. citer pasal makan lagi.

    Lily : Iklan tu memang seronok pun. Sbb ada scene M Nasir terbang-terbang.

    ReplyDelete
  6. Ina : Ngah awk mmmg hebat. Akak pun hebat. Awk pun hebat.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...