Iklan! Iklan! Sila Click!

03 July 2013

Penatkah Dia?

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku boleh mengaku yang sekarang fikiran aku dah banyak positif daripada negatif. Apa-apa benda yang terjadi pun, tak kira buruk cemana pun, aku tetap akan cuba memikirkan daripada sudut yang paling positif yang boleh. Biasanya aku berjaya. Cuma sekali sekala yang tak berjaya tu kadang-kadang keluar fikiran negatif yang biasanya memang tak bertempat. Huhu.

Minggu lepas Mat Azghul outstation. Tak lama, semalaman je. Aku ni sebenarnya memang tak berapa gembira kalau dia tak ada. Tapi aku redha je kalau dia otstesen. Bagi la sokongan moral jugak walaupun dalam hati memang berat hati [mengada-ngada lebih].

Masa dia takde, aku pulun tengok TV je. Pfffttt... Ada channel baru kat Astro. Channel Lifetime 709. Ada satu siri My Life Is A Lifetime Movie. Kisah benar. Interview dengan orang sebenar yang lalui kisah benar tu. Episod yang aku tengok, kisah pasal sorang lelaki ni dia ada family; isteri yang sedang pregnant dan 2 orang anak sorang laki sorang pompuan. Lelaki ni daripada gambaran isteri dia, adalah seorang lelaki yang sangat sempurna; baik, penyayang dan sangat bertanggungjawab kepada family dia. Satu hari, lelaki ni pergi keja pastu tak balik-balik. Satu kampung cari dia. Tak jumpa. Hanya jumpa keta dia je. Tak tau dia hidup ke mati. Lepas dah beberapa bulan hilang, akhirnya dapat kesan jejak yang dia masih hidup. Siasat punya siasat, dapat tahu yang lelaki ni dah pindah ke LA. [Umah asal dia kat Chicago kot. Lupa dah].. Ada wartawan yang interview lelaki tu, tanya kenapa dia hilang macam tu je, dia kata dia cuma nak escape daripada kehidupan lama dia. Bila tanya dia rindu tak kat anak2 dia, dia kata tak. Bila ditanya cemana dengan nasib anak-anak dia nanti, dia pun kata dia tak tau, ramai lagi anak2 kat US yang takde ayah katanya. Dia mcm tak hepi dengan life dia yang lama. Pindah LA dan menyewa dengan kawan dia pastu jadi grafik designer. Memang tak de sape la faham kenapa dia jadi gitu.

Masa mula-mula tengok tu aku cuma rasa itu hanya salah satu daripada drama kehidupan orang lain. Aku tak fikir apa-apa pun. Mat Azghul walaupun dia outstation, tapi boleh dikatakan setiap masa dia update guna WhatApps. Last dia WA aku bila dia dah masuk flight. Sepatutnya dia akan sampai KL 2 jam lepas tu.

2 jam lepas tu.... Dia takde pun kata dia sampai. Ok, takpe. Aku relax lagi. Sejam lagi selepas tu... Dia masih senyap. Aku pun mula la risau. Aku cuba positif, aku rasa bateri dia habis. Tapi aku tau dia ada powerbank.* Sape nak beli powerbank boleh PM aku*. Tetiba aku terfikir, suami aku baik, penyayang dan bertanggungjawab. Cemana kalau dia sebenarnya penat dengan life dia sekarang? Cemana kalau tetiba dia tak balik dan lari sebab tak tahan selalu kena tolong aku buat keja umah. Cemana kalau dia tinggalkan aku dengan Luth pastu dia pindah ke Perlis jadi posmen. Macam-macam la benda negatif aku fikir. Bila negatif dah menguasai kepala otak aku, aku dah start la nak jadi saiko ni. Aku terus call. Call-call tak dapat. Tak dapat connecting pun. Bila dapat connect, dia tak jawab plak. Cemasnya aku rasa. Aku WA dia bertubi-tubi, tanya dia dah sampai ke belum, dia kat mana. Senyap. Tak jawab. Huhu... Takut. 

Finally dia respon. Aku pon dah tak ingat dia call atau reply WA. Fuh, lega. Yang penting dia tak jadi posmen kat Perlis. Yang penting dia balik dengan selamat. Itu je dah cukup. Alhamdulillah.

Kesimpulannya... Jangan  mula bagi aku fikir negatif. Nanti aku akan jadi saiko.


26 comments:

  1. Sabo je la Lyd ni..hehehe
    tapi kita pun kadang2 mmg ade perasaan gitu. Walaupun tau dah dari sebelum kawen, hubby keja camtu tapi still nak ade sikit perasaan ngada2 takmo kena tinggal..! Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm. Harus kena ada perasaan mengada2 tu. baru la somi istewi. Heheh.

      Delete
  2. hehehe..memang lawak la lyd..tapi ada betulnya jugak kan?eh,tetiba cikgu pun dah nak jadi saiko ni..huhu..mula pikir yang bukan2 dah..uhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... sila ambil isi kandungan entry saya yang positif saje cikgu.

      Delete
  3. hehehehehe... knape msti jadi posman dkt perlis?? konfius dkt stu...hohohi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tunjukkan satu contoh pekerjaan dan tempat yg takde kaitan dgn kiterang. Huhu. Tolong la paham ahlam.

      Delete
  4. Kdg2 kita mudah terpengaruh dgn hiburan luar sana. Maybe realiti tp kdg2 ade drama sket utk naikkan rating sbb realiti sbnrnya membosankan. Heheheheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul awak. Terbawa-bawa drama dalam tv tu ke dalam hidup realiti ni. Haihh.

      Delete
  5. hahahhahahah...... dalam keadaan saya, suami saya yg saiko bini tak balik balik opis... miscol 28 kali... bini dok silent tepon... hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu mesti dah risau sgt la tu. Lelaki jarang jadi saiko. Silalah selalu check henfpn kalo silentkan henfon ye.

      Delete
    2. hahaha.. sampai 28 kali fidza?
      Sumayyah yg call kut..hihi

      Delete
  6. hehehe.. kena sentiasa berfikiran positif hokeyh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baiklah KA. Saya cuba untuk buang terus yg negatif ni.

      Delete
  7. hahah..sampai macam tu sekali..ish ..geram je baca citer pasal lelaki LA tu..awat dia jadi lagu tu??hidup dia menyedihkan la..orang macam ni haram kawen ..ehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg geram diana. Dalam siri tu ada tunjuk rakaman interview lelaki tu dgn wartawan. Airmuka dia memang mintak sepak kat muka. Muka tak de rasa bersalah langsung.

      Delete
  8. Menangis I tau... menangis gelak. Hadoiiiii kenapa la lawak sangat kamu ni Lyd, yer la fikiran terpengaruh jugak kan bila tengok kejadian lagu tu can happen in real life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tak terpengaruh. Dah kebetulan suami takde depan mata masa tu. Kaget hokey.

      Delete
  9. hahaha..kelakar pulak baca. Saya pun macam tu. Bila call/mesej x berjawab, macam2 fikir. Tapi bukan fikir negatif, risau kat suami je. Kot jadi ape2. Berdoa banyak2 dalam hati masa tu "ya Allah, selamatkanlah suamiku" hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time positif memang itu la doanya. Risau je kalo suami keluar. Lagi plak dia naik motor gi keja. Tapi time negatif dah menguasai... mmg mcm2 la fikir.

      Delete
  10. Tu la...banyak sgt nonton! Kehkehkeh

    Lelaki tu nampaknya ada mental problem...

    *blouse denim ada lg. tp tak sesuai utk bfeed tau..butang tu sikit je. Kalau nak, Lyd email NAMA, ALAMAT & NO. HP ke almaribajuaisyah@yahoo.com. Nnti saya reply. Harga sahabat blog bolehla diskaun sikit...^_~

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum lyd....mmg buat lawak la hehehee..;)

    ReplyDelete
  12. jangan dera anak, nanti anak report polis.
    jangan dera bibik, nanti bibik lari.
    jangan dera suami, nanti suami... err...err

    ReplyDelete
  13. ciksu sokmo gak jadi gitu
    slalunya cikabe sampai tmpat kja gtau.
    g kja nek moto.tahu saja la jln kl ni mcm mna kn.kalau tk sms dh sampai,mcm2 sy pikir.nk2 pulak kalau time call @sms tak berbals.

    lagila riso.

    ReplyDelete
  14. Hehehe...lawak tau lyd ni. Sampai ke situ difikirnya. Think positive yer ☺☺

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...