Iklan! Iklan! Sila Click!

16 June 2011

Sate Goreng Udang

Sejahteralah ke atas kamu..

Seperti yang telah saya rancang semalam... Saya masak udang sate untuk En Stormpong. Walaupun saya dah tahu beliau balik rumah awal pagi. [Semalam beliau sampai rumah jam 2 am, dah masuk hari baru pun.. huhu]. Saya plak memang sengaja tunggu beliau sambil memproses taik mata. Tak larat woo, kalo nak berjaga sampai jam 2am. Lagipun En Stormpong dah suruh saya tidur terlebih dahulu. Saya pun apa lagi. Memang saya suka. Kekeke.

Sate goreng udang itu, saya tak amik gambar. Malu wei.. Sebab portion masakan itu kecik je. Maklumlah... masak hanya utk seorang makan. Rasanya masa beli udang tu pun saya dah kira dalam 20 ekor je. Lepas masak, saya makan 5 ekor. Selebihnya tinggalkan utk suami. Yang penting rasanya sedap. Hahaha.. perahsantan sungguh diriku ini. Sayur pula, park choy rebus.. tapi sedap tau... sebab saya perisakan sayur tu dengan air rebusan kepala udang. Simple je.

Sebenarnya saya nak masak broccoli utk suami saya, tapi kedai feveret saya tutup plak semalam. Saya cari broccoli kat kedai lain, takde plak jual broccoli. Cacat betul. Jadi, sebab tu la saya beli sayur pak choi special tu [eceh.. macam nama rancangan hiburan semasa tahun baru cina je.]. Pastu, semasa temankan En Stormpong makan, saya tanya beliau... sayur apa yang beliau suka... Jawapan beliau ialah.. sayur warna hijau yang macam kubis bunga . :). Hebatkan instinct saya. Hahahah.. Mcm harem.

Yang pasti, saya dengan en Stormpong sangat banyak persamaan. CUma skrg saya tak ingat kalau nak senaraikan semua.


Ooppps.. Berbalik kepada Sate Goreng Udang tadi, resepi dia lain kali la saya cerita yer.. Tunggu saya re-cook dan take a picture. Baru bleh tulis resepi. Malam ni, nak masak daging plak utk suami. Masakan apa, belum fikir. Kekehe... Seronotnya masak then ada org makan.

2 comments:

  1. ops memandangkan ada nama aku so aku nak komen la post ni haha...format ko tu sama je cam format phone book aku..letak nama co depan br nama org..so kesimpulannya aku ada persamaan gak la dgn ko dan en storm pong kan haha..nak gak menyibuk....

    ReplyDelete
  2. Ish.. potong betul la ko ni ida. Hahaha... Tapi ko tak letak nama penuh kan? Heheh.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...