Skip to main content

Jom Beli Perfume Di Zalora

Sejahteralah ke atas kamu....


Aku suka perfume. Banyak jenis dah aku pakai, yang murah jenama Avon atau Cosway juga yang mahal designer brand seperti Burberry, Gucci, Salvatore Ferragamo, Dolce & Gabbana dan sebagainya,  tapi tidak la sampai buat koleksi. Bagi aku, perfume ni salah satu perkara yang penting juga dalam hidup aku. Aku suka berbau wangi sebab aku ni secara naturalnya adalah busuk dan kuat berpeluh, terutamanya sejak badan dah makin berisi ni. Jadi, perfume adalah satu produk yang memang aku perlukan untuk cover bau busuk aku tu. Hahaha. Jangan bgtau orang ye. Ni rahsia.


Sebenarnya dah lama aku tak beli perfume. Takde masa nak pergi mall untuk beli barang-barang sendiri. Lagipun perfume lama dulu masih tak habis-habis dah 4 tahun beli. Kalau pergi mall pun laju-laju je untuk beli barang keperluan rumah atau pun keperluan asas anak. Barang sendiri, aku selalu beli online je. 


Korang pula bagaimana? Suka perfume? Kalau sesiapa yang suka wangi-wangian, aku cadangkan korang beli perfume kat Z a l o r a. Siapa kata Z a l o r a hanya jual baju dan kasut je? Perfume dan accessories, kosmetik, bags malahan barangan sukan pun ada hokey. Banyak pilihan pulak tu. Ada perfumes, ada body mist, dan body spray. Harga wangiannya boleh didapati dari serendah RM13 ke RM370. Daripada jenama yang biasa-biasa, sehingga la ke jenama yang terkenal seperti Mariah Carey, Rihanna, Elizabeth Arden, David Beckham tak lupa juga Justin Bieber. 
 


Tak caya harganya start daripada RM13?



Kalau nak tahu bau setiap perfume tu pula, ada penerangan tentang baunya. Contohnya kalau aku nak beli perfume JLO ni, baunya dah disenaraikan kat situ, ada bau apa, apa, apa dan apa.


InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, aku tertarik dengan perfume Aigner ni. Aku nak beli sebab baunya berunsurkan fruity dan fresh... bau yang sesuai dengan haku yang ceria ini....

 Jom ramai-ramai kita singgah Z A L O R A untuk beli fragrance di Z A L O R A   F R A G R A N C E

Comments

  1. Saya juga suka perfume, dulu teman2 saya akan menghadiahkan saya perfume kerana mereka tahu saya sangat menyukainya, namun sekarang tidak lagi menjadikannya keutamaan kerana setelah berpindah randah, banyak juga kolkesi perfume saya yang diwakafkan kepada teman2 kerana tidak bisa mengangkut kesemuanya.

    ReplyDelete
  2. Isteri cuma benarkan kami sekeluarga pakai perfume Avon sebab dia dealer Avon, huhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. Ehemmm...ehemmm...dpt collaboration ngan zalora erk ☺☺

    ReplyDelete
  4. Sekarang semua benda beli online je kan. Senang dah.

    ReplyDelete
  5. Don't worry. Rahsiamu kusimpan rapi. Ngeh!

    Saya sangat suka perfume. Malah saya suka kumpul botol perfume juga. Sehingga bila berpindah-randah, saya terpaksa membuang sebahagian koleksi botol perfume saya. Takkan saya nak bayar lori sewa angkut botol perfume kosongkan? Memang tak logik. Saya suka Christian Dior. Tapi sampai la ni saya tak boleh melupakan bau dan botol perfume Yves Saint Laurent saya (In Love Again) limited edition yang telah terbaling jatuh masuk tong sampah tanpa sengaja.

    ReplyDelete
  6. saya dah 2 minggu tunggu barang dari Zalora sampai..tak sampai-sampai...

    ReplyDelete
  7. Akk suka perfume jadore. Issey miyaki ngan jpg je. Tu pun kalau ada bajet.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...