Iklan! Iklan! Sila Click!

26 February 2014

Keith Foo Dan Izara Aisya Berlakon Bersama

Sejahteralah ke atas kamu...

Petang Isnin yang lepas, waktu aku masuk ke simpang masuk ke rumah aku masa nak balik rumah dari ofis, aku nampak ramai-ramai berlonggok kat jalan masuk ke flet tu, sampaikan kereta yang drove depan aku takleh lalu dan terhenti kat tengah jalan tu beberapa minit. Siap ada payung gerai yang macam org jual burger lagi, aku saspek ada penggambaran felem. Rerupanya memang betul ada shooting cuma tak tau le aku filem ke drama ke telefilem ke short film ke. Dari jauh aku nampak macam kenal je sorang lelaki tu. Bila kereta yg kat depan aku tu dah dapat bergerak ke depan, baru aku nampak lelaki tu ialah pelakon Keith Foo. Walaupun aku tak layan drama Ariana Rose, tapi aku pernah tengok beberapa kali drama tu secara sambil lalu [sebab tak follow cerita tu, maka kalau aku tengok kejap2 tu aku tak faham, jadi aku tak amik port la dgn cerita tu. Tapi sempat la aku cam muka pelakon lelaki tu.].

Nampak biasa je bila kat luar. Hensem la laki aku lagi. Muahahaha.. Masa aku lalu kat tempat orang berlonggok ramai-ramai tu, aku nampak plak pelakon pompuannya dengan gaun merah menyala, putih melepak, slim, cun melecun iaitu si Izara Aisya. Okay, berlebihan plak aku punye interpretation ni.

Ko bayangkan, rumah flet yang buruk, cat dah hilang, dinding berkulat tetiba ada pompuan cantik pakai gaun kat depan bangunan tu, memang menyerlah la pompuan tu kan. 

Demi peminat-peminat Tengku Adam[ Keith Foo] dan Izara Aisya, aku gigihkan juga diri aku untuk gi amik gambar mereka. Aku dah macam melukut di tepi gantang je sambil dukung Luth yang waktu tu minyak rambut bertepek atas kepala. [Baru amik dia dari rumah nenek. Lokasi pengambaran tu pun hanya beberapa tapak je daripada rumah nenek.].






Dengar2 budak kat situ kata drama yang tajuknya sumthing like Toll Gate or Colgate ke. Heheh. Toll Gate Girl kot.

13 comments:

  1. amboi...ada bakat jadi paparazzi...hehhe

    ReplyDelete
  2. series jujur ni.. haha bukak entry ni terus tengok gambar dulu baru baca entry.. lawanya izara aisyah.. hensemnya keith foo.. hehe -..-

    ReplyDelete
  3. pernah tengok se ddua episod ariana rose yang last2 tu, tapi duk nampak laki ni asyik nangis jer terus potong stim nak layan citer.
    SI Izara ni pulak, mmg lawo suka tengok muka dia tapi setiap dia berlakon macam sama jer reaksi muka dia tu, semua. macam gambar pegun jer walau dalam wayang gambar.
    (amboi ulasan)

    ReplyDelete
  4. dari life pun dah memang cantik eh, izzara tu?

    ReplyDelete
  5. Keith foo tu cam melayu kan. Sorang hensem.sorang lagi comey. Dua dua akk suke

    ReplyDelete
  6. Sejak bila bertukar jadi mamarazzi ni? Gomen leh wat kerja part time ka, Lyd? Betullah Lyd, hensem lagi laki kita, kita dan kita berbanding Keith Foo ni. Saya pun tak tengok langsung Ariana Rose. So tak tahulah pasal apa walaupun orang sibuk dok sembang citer ni syok gila katanya... Apa ke nama drama tu, Colgate? Toll Gate Girl? Bukan Call girl ek?

    ReplyDelete
  7. ade sesape tau tajuk lagu lam cite tu tak... best sgtt. nk cari. wuhuuu

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...