Iklan! Iklan! Sila Click!

26 February 2014

LCCT Sila Sediakan Kerusi Untuk Penumpang Yang Menunggu

Sejahteralah ke atas kamu....

Semalam aku cuti. Aku banyak hutang nak blogwalking kat blog korang. InsyaAllah aku akan singgah blog korang tapi terhegeh-hegeh la skit ye. Aku cuti tu tujuan asalnya ialah nak iringi pemergian Ibu dan Pak mentua ke tanah suci menunaikan umrah. Iring pun sampai ke airport aje. Bukan sampai ke Mekah. Aku sangat menginginkan peluang untuk ke sana. Ko bayangkan ye, artis-artis kita yang vogue gedevas seperti Mizz Nina dan Rabecca Al Islam tu bila pergi ke tanah suci, berubah terus... Berhijrah jadi yang lebih baik terus. Jadi, aku kepingin untuk pergi ke tanah suci supaya aku juga dapat jadi lebih baik daripada sekarang. [InsyaAllah].

Mula-mula tunggu dekat restoren Mekdi. Aku tak makan Mekdi, jadi tumpang duduk saje di situ. Adik ipar je yang breakfast kat situ. 

Lepak je kat Mekdi buat macam lepak kat Kedai Haji Lan kat kampung. Hehehe...

Kat dalam, sementara nak tunggu drop luggage, takde tempat nak duduk, maka buat le macam rumah sendiri, bersila anak-beranak. Dah tu sape suruh LCCT tak sediakan kerusi. Mehei sangat ke nak beli kerusi berbanding dengan keuntungan Air Asia tu? Kalau letak kerusi bukan ke lebih nampak bertamadun. Tu pun tak mampu nak fikir ke. Image tak jaga langsung.

Tapi yang budak kecik baju biru tu memang asal boleh je tidur. Penat sangat la tu. Dah la waktu nak keluar pergi airport tu tak mandikan dia pun. Hehehe.. sebab ingatkan nak gi sekejap je. Sekali sampai ke pukul 12 tghr.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma yang agak menyedihkan kami, sewaktu sebelum sampai LCCT ni, adik ipar aku si Ina sepatutnya nak datang juga. Dia drive sendiri bersama 2 orang anaknya. Sekali dia call, katanya kereta dia kena langgar dengan teksi dari belakang. Dah dia tak jadi datang. Urusan report polis semua suami dia yang uruskan, kemudian bawak dia pergi klinik sebab dia pregnant 6bulan. Jadi, selepas Ibu dan Pak berlepas masuk ke dalam gate, kami pergi ke rumah Ina pula untuk menziarah orang yang diuji tu untuk hiburkan hati dia dan tenangkan trauma dia. Dia dan anak-anak tidak cedera apa-apa cuma anak sulungnya terhantuk sikit kepala pada dashboard. Syukur kepada Allah yang memelihara kami sekeluarga. Akibatnya, kul 3 ptg baru aku dapat mandikan Luth. Heheh. Sian budak masam mama tu.

19 comments:

  1. Kat situ memang tak ada kerusi pun redha jelah dudk bersila berjemaah terutama bila yg menunggu tu warga emas dan ibu2 yg ada anak kecik.

    ReplyDelete
  2. alahai,....macam2 dugaan yer..semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang....

    ReplyDelete
  3. Seronok sgt bila dapat tau kekawan atau sedara yg pergi umrah..trtnya2 bila rezki kita nih kan???

    ReplyDelete
  4. betul la LydSunshine..tak de kerusi..kalau kita yang nak terbang..masuk awal..dibahagian menunggu nak boarding je disediakan banyak kerusi..acik pi duduk kat tepi2 tiang je

    ReplyDelete
  5. Alhamdullillah.. semua selesai walaupun lama menunggu... biasa la.. urusan besar2 ni nak kan kesabaran kan.. luth tetap comel tido camtu.. hehehe.. kalau fiyya tak nak dah lelap kat riba.. susah nak tido.. ingat main je..
    >> semoga kandungan ina takde apa2 ye.. kesian dia..

    ReplyDelete
  6. kesian kak ipar awak ye..emmm teksi teksi..

    ReplyDelete
  7. Smoga perjalanan umrah mertua lyd dipermudahkan olehNYA. Sian nya kat adik ipar tu.

    ReplyDelete
  8. kan??pelik je tak de kerusi..depa lebih suka tengok orang bersila kat lantai kot/..

    ReplyDelete
  9. saya dah lama pelik ( dan jelik) tentang isu kerusi tak cukup ni..
    dan....aa masanya rasa sesak/stuffy dlm LCCT tu..
    kalaupun ianya low cost, jgn lah sampai macam tu sekali nak cut cost nya...

    moga ibu bapa mertua dpt umrah yg mabrur..insya allah

    ReplyDelete
  10. Semoga umrah mereka dipermudahkan Allah. Semoga bila pulang akan mendapat hidayahNya dan menjadi lebih baik dari sebelumnya....

    ReplyDelete
  11. Haaa kenapa ek LCCT ni kedekut sangat kerusi, kot yer pun kata terminal tambang murah, takkan laaaaa. Hak ada pun kat luar2 tu jer kan, ada lagi ker?

    Hopefully adik ipar u tak der apa2, dugaan betul.

    ReplyDelete
  12. semoga adik iparnya tu dalam keadaan yang baik-baik sahaja. LCCT ada je sediakan kan kerusi untuk menunggu kapal terbang tapi mungkin tak cukup.

    ReplyDelete
  13. aah... memang perasan takde kerusi pun...

    tp aku biasa drop kan orang je, takde la terasa sangat....

    hehe.

    ReplyDelete
  14. smga adik ipar lyd baik baik aja.
    nasib tak da pa pe kan.
    sedey nya nengok lcct..

    ReplyDelete
  15. tulah dah bertahun isu ni diutarakan.. mash ttp sama, seat mcm melepaskan batuk di tangga jer

    ReplyDelete
  16. Alaa siksanya kena bersila atas lantai gitu..mungkin ade kot dlm perancangan nak beli kerusi tuh..cuma belum terlaksana lagi...

    ReplyDelete
  17. Nampaknya kena bw kerusi sendiri la kalau pegi lcct ni. Akk x pernah sampai lagi.

    ReplyDelete
  18. Tak pernah lagi masuk dlm LCCT ni. Teruk pulak rupanya sampai kerusi pun takda.

    ReplyDelete
  19. Duduk bersila kat lantai tu nak mendidik jadi perempuan melayu terakhirlah tu, Lyd. Kesian si Luth sampai ke petang baru dapat mandi. Apa nak buatkan.... Rasa-rasanya Air Asia tak cukup budget nak beli kerusi letak kat situ ler....

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...