Iklan! Iklan! Sila Click!

02 November 2010

Boss Ku

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Kat Division saya ni ada 2 orang pekerja yang baru masuk semalam. 2-2 lelaki. Sorang ditempatkan sama unit dgn saya. Nama beliau Joe [nick name, kerana nama sebenar dirahsiakan]. Dan seorang lagi ditempatkan di Unit Pembangunan Aplikasi, bersama-sama YekYu, NekNa, dan CekChah tak lupa juga Zykron. Huhu. Nama beliau pula adalah Jam.

Semalam, semasa The Biggest Boss in ICT datang perkenalkan mereka berdua kepada kami, the 2nd biggest boss saya iaitu MrZ tak ada kat ofis. Jadi, beliau belum tahu tentang penempatan Joe di Unit kami. Maka, pagi ini... Ustazah Alia memberitahu beliau tentang pekerja baru tersebut...

Alia : En Z, kita ada staff baru di unit kita. Dan ada seorang lagi pekerja baru di Unit Aplikasi. Sorang nama Joe, sorang nama Jam ....

MrZ : Sorang lagi nama Bul. Jadi Joe JamBul...


Ngeh...ngeh.. Ngeh... MrZ dah makin maju dalam bab-bab kerepek. Hehehe... Cayalah boss aku ni. Mesti terpengaruh dgn JekJan ni.

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...