Iklan! Iklan! Sila Click!

04 January 2014

Aku Buat Lagi

Sejahteralah...ke atas kamu...

Aku selalu ejek suami aku bangla kalau dia kena kerja pada hari cuti umum. 

Masa cuti tahun baru hari Rabu lepas, aku dok kat umah je. Kawan aku yang order barut 10 keping tapi aku bagi 8 keping je tu, tuntut lagi 2 barut bayi untuk anak dia. Sebab dia dah kena masuk wad untuk bersalin secara csec dijadualkan pada 10 hb January ni. Dia mintak aku tolong bawak balik laptop dia[dari ofis sebab dia dah start cuti], supaya nanti suami dia boleh datang collect kat rumah aku, sekali jalan la boleh ambil barut baby tu sekali. Katanya suaminya pun kerja pada hari cuti tahun baru tu. Tempat kerja suami dia dekat kot dengan umah aku.

Suami dia sampai depan pintu umah aku.

Suami dia tanya. "Abang mana?". Maksud dia, suami aku Mat Azghul mana.

Aku kata, "Dia keja. Biasa la. Bangla.".  Lepas pass laptop tu, terus suami kawan aku balik. Dah ucap tima kasih apa semua, aku terus macam... Gulp...gulp... Kenapa la aku pegi cakap gitu kat dia... haddoiii... Mulut ko kan Lyd... Tolong la berfikir sikit sebelum cakap. Dah suami kawan aku tu pon kerja jugak on that day.

Nothing else to say.

18 comments:

  1. Hati-hati..terlajak perahu boleh diundur... Tak semua org punyai toleransi yg tinggi. Cari jalan utk perbaiki..

    ReplyDelete
  2. ok, terasa bangla jugak sebab saya pun selalu jugak kerja di hari cuti umum...hehe

    ReplyDelete
  3. haha.. hamboih muluittt... sama lah aku pung.. haha.

    ReplyDelete
  4. mgkn dia faham kot, lyd setakat nak bergurau.

    ReplyDelete
  5. Bangla pun Bangla lah, yg penting ada suami bertanggung jawab....

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum lyd....kesian nyer ...:)

    ReplyDelete
  7. hahah..mesti orang tu fikir..,"dia ni katakat aku ke?''..

    ReplyDelete
  8. Haha. Biasa la tu kan kak. Rasanya ramai yang faham dengan gurauan yang macam tu.

    ReplyDelete
  9. kawan laki ko pon bangla gak la tu..hahahaha

    ReplyDelete
  10. Heheh..teringat ofis saya dulu mmglah bangla akan kerja sabtu ahad..overtime..dpt jugak duit lebih tuh..alaa..kadang mulut ckp lain, hati maksudkan lain..

    ReplyDelete
  11. Hheee, memang kadang kita tak perasan apa kita cakap kan :)
    Hope kawan tu tak berasa..hehee

    ReplyDelete
  12. haha...kata kata tu doa Lyd. Ko...tetiba laki ko pakai seluar/pelekatt paras dada pasni...pakai minyak rambut sekati...baru dia..

    ReplyDelete
  13. Kadang-kadang bila bercakap memang tak sempat nak fikir. Dah terlepas kata, nak buat macamana. Harapnya suami kawan tu takdalah terasa apa :)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...