Iklan! Iklan! Sila Click!

01 July 2010

Lembu Yang Disabotaj

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Kat ofis, biasanya mmg sempat ajer nak bersembang dgn member sebelah. Dia ni, kalo bercerita, bleh tahan gak la kelakarnya walaupun buat citer kelakar dalam limpahan cahaya keayuan.

Si Ijan cerita kat aku, pasal kisah budak nakal yang dia dengar kat radio. Topik kat radio tu ialah,'Perkara yang paling nakal pernah dilakukan'. Pastu ada sorang pemanggil ni citer, masa kecik-kecik dulu, beliau mmg nakal. Lebih nakal daripada lagu Nakal kumpulan Gigi. Pastu ader satu hari di bulan puasa, time tu org-org lain tgh semayang terawih, berjemaah kat mesjid. Dan beliau plak tak gi solat terawih. Tapi beliau gi main mercun. Tak dapat hidayah lagi masa tu kot. Huhu. Pastu punyer kreatif budak ni, beliau pasang mercun pada badan lembu. [Tak pasti plak bahagian mana. Beliau seletip kat perut lembu ke, atau pon kat ekor je ke ikut suka kamu le nak anggap canner pon]. Lepas je mercun tu meletup, lembu-lembu yang terkejut tu, bantai lari masuk masjid masa org tgh semayang terawih. Ader 6 ekor. Wakakaka... Saiko betul budak yg bakar mercun tu. Tak dpt saya bayangkan airmuka lembu tu masa tgh terkejut dan takut pastu tak tau nak lari mana.

Mawi World Tsumawi pun penah buat perangai saiko mcm tu. Tapi beliau ni lagi kreatif. Mula-mula main mercun. Pastu biler mercun dah habis, dia bakar bulu ayam yang masih ader kat badan ayam. Giler kreatif. Yelah.. Cuba kamu bayangkan, biler bakar bulu ayam, mesti la ayam tu terkejut, biler terkejut, ayam tu akan lari. Then biler cahaya api tu bergerak di dalam kegelapan malam, ader jugak la rupa mcm mercun katak. Hahaha... Kejam..kejam.. Airmuka ayam ni pun saya tak dpt bygkan. Mesti cuak giler ayam tu masa tgh lari lintang pukang sambil memaki Mawi dlm bahasa Jawa.

Dan last skali cerita daripada Ijan. Dia citer, kawan kepada husband beliau, masa kecik2 dulu penah mendajalkan katak. Member husband beliau bagi sekor katak hisap rokok [beliau letak rokok kat mulut katak tu]. Huhu. Dan katak plak hanya pandai sedut asap tu, tapi tak pandai hembus. Sampai kembung katak tu, dan last-last meletup perut. Eii... Tah hapa2 perangai masa kecik. Suka buat jahat kat haiwan, walaupun sebenarnya kelakar. Wakakaka... Owh..Air muka katak, tak perlu la saya bayangkan lagi. Confirm dah bersepai punyer.

1 comment:

  1. dah dgr gak cite ni dr si ijan,tp dengar sendiri dan baca tak sama rasanya..apa pun masih boleh gelak golek-golek hahaa

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...