Skip to main content

Kaki Kiri...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Sebab tu orang-orang tua kata.... Jangan buat jahat pada orang. Nanti Tuhan balas. Ari ni JekJan MC sebab sakit mata. Tapi beliau ader beli kek dengan saya. So, beliau dtg la ofis kejap tadi utk amik kek tu. Cuma beliau tak naik ke atas, saya yg turun ke lobi utk bagi kek tu kepada beliau. Sampai je kat luar lobi, saya nampak Jekjan tunggu dalam keta Wira SE merah beliau. Dgn husband beliau yang bakal jadi pembaca berita RTM tu. Ngehngeh... Saya rasa mcm nak gelak kan dierang sebab dua-dua org MC disebabkan sakit mata. Pastu saya pun tutup mata dengan tangan konon-kononnya tanak bagi jangkit penyakit mata mereka tu.... Then.... huhuhu..... saya tak perasan saya dah sampai tangga, anak tangga dah bermula pastu saya tersalah pijak tangga tu seolah-olah saya masih nak pijak lantai dan kaki kiri saya terpeleot bersama kek di tangan. Ada sorang lelaki pertengahan usia kata atas tangga tu macam terkejut sebab saya melatah oppocot cot cot.... Dan beliau cakap kat saya, "eh, baik-baik turun tangga tu".

Errm... Biler dah nampak saya dah terpeleot tu, apalagi.... Jekjan dgn husband beliau kat dlm keta tu bantai gelakkan saya. Arghh.... pastu sampai kat Jekjan, beliau cakap... "Tu la... lain kali kalo nak turun tangga jangan tutup mata", sambil sambung gelakkan saya lagi. Cheeseee....

Dah la masa balik kampung ari tu, kaki kiri saya terhempap dengan besen besar betul-betul kat atas tulang, masa nak tadah air. [sempena air di empangan Chereh yang akan dilepaskan yg akan menyebabkan bekalan air paip di Sungai Lembing akan jadi coklat]. So, untuk menjamin kebersihan air untuk kegunaan mak dan abah saya maka saya tadahkan la air bersih untuk mereka.

Hari yang sama tu, saya nak balik ke KL. Nak tumpang abang saya sebab beliau nak ke Cameron Highlands melawat projek di sana. Saya call beliau untuk minta beliau amik saya di rumah di kampung, instead of dia suh saya tunggu di bandar Kuantan, naik bas sendiri ke bandar Kuantan. Abang saya setuju amik saya di rumah, TAPI dengan syarat; SAYA PERLU SEDIAKAN BUAH DUKU UNTUK BELIAU. Buah duku tu, kalo nak amik, kena panjat pokok ler nampak gayanya. Mana ader sesaper dah kat umah time tu. Takkan nak suh mak saya. Beliau sakit jantung. Kakak saya pulak preggy woman. Anak-anak buah plak semua gi skolah. So how? Me la yg kena panjat kan? huhuhu.... Pokok duku tu.... bukan macam pokok rambutan yang rendang dan banyak dahan. Tapi batang pokoknya sepanjang 2 meter, pastu dahannya tak memanjang ke tepi. Buahnya plak tumbuh kat dahan yang tinggi.
Haiih.... Dengan seluar tido putih bunga-bunga kecit kaler pink, saya panjat gak la pokok duku sebab dah janji dgn abang saya. 2 meter pertama guna tangga, pastu baru naik pokok tu betul2. Cabang antara dahan dah la sempit. Mcm lastik jer. Saya pijak sampai tersepit kaki kat celah dahan tu. Heheh.. Kaki kiri gak... Dan yang bestnya...pokok itu.... penuh dengan serangga yang berpinggang ramping..... [kerengga]. Tapi, mungkin disebabkan mind power saya kuat, maka aura saya dah membuatkan semua kerengga-kerengga tu ketar gigi nak dekat dgn saya. Heheh...


Buah duku tu mmg manis giler. Tak terkalah. Cuma tak sempat nak bawak balik bagi kawan-kawan. Sebab kesukaran nak memanjatnya. Dapat 2 kilos jer. Huhuh...

Jadi, itu je la citer saya berkenaan kaki kiri saya. Muahahaha... Mesti beriya korang baca, pastu rupa-rupanya tah hapa-hapa je citer ni. :D

Comments

  1. mmg tah apa2..dah la panjat pokok tinggi2 petik 2 kg je..petik la lebih skit bg member yg takde dusun buah ni..

    ReplyDelete
  2. Susah wooo.... Nak pnjat pokok tu. Dah tak smpai nak petik buah duku tu. caya la cakap aku ida.. please.. hehe.

    ReplyDelete
  3. haha aku beria-ia tunggu apa kesudahan kau panjat pokok tu. rupanya abis camtu jer

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya