Skip to main content

Luth Kata, Dia Dah Tak Sayang Papa

😭

Sejahteralah ke atas kamu..... 

Semalam, sewaktu kami makan malam sekeluarga, Luth kata nak makan aiskrim. (Aiskrim mangga, yang aku buat sendiri letak dalam acuan popsicle). Aku sebenarnya taknak bagi, sebab petang tu masa aku pergi kedai bawa anak-anak, mamak kedai bagi lollipop kat Luth. Luth dah makan lollipop tu. So, malam tu sepatutnya dah no-more-junk-food untuk dia. Tapi tak tau bila entah dia kawtim dengan Papa dia, elok je dia guna nama Papa, "Papa kata boleh.". Hakeiii... Aku takleh kata apa la sebab Papa dia dah janji. Kang mungkir janji pun tak elok juga.

Luth sanggup ni makan nasi laju-laju sebab nak makan aiskrim punya pasal. 😬. So, makan la dua beranak Sugus tu eskem. Yafith pun nak tumpang sekaki juga. Disuap oleh abangnya eskem tu, main tenyeh je bersepuas kat seluruh muka. Ikut dan je budak-budak ni. Tapi, muka Yafith makan eskem memang kelakar, tobat pun. 


Lepas makan aiskrim, Luth ajak Papa dia main lawan-lawan. Lepas tu ajak main khemah-khemah. Semuanya Papa ikut. Papa layan je dia.

Then, bila Papa dah penat, Papa pun turned on the TV. Baru je tekan switch, Luth dah terkinja-kinja nak tengok channel ZooMoo. Berebut dengan Papa. Papa dia yang tadinya mood baik, terus bertukar jadi garang. 😓😓😰. Hehe. Tetibe je. TV punya pasal. 

Aku masa tu kat dapur tengah basuh pinggah dan nak masak bubur Yafith. Jadi, aku tak dengar sangat la secara detail, apa benda yang mereka gaduhkan. Sedar-sedar, Luth datang kat aku sambil menangis mulut terjebik-jebik. Aku dah tau dia kena marah dengan Papa dia. Tapi aku tanya juga la, sengaja nak berbasa-basi, "Luth kenapa?". Dia jawab sambil tahan esak, "Papa marah. Luth tak sayang Papa."

Dalam hati aku, punya la senang rasa sayang dan benci itu berubah di dalam sekelip mata. Anak-anak.... begitu mudah kamu rasa tak sayangkan ibubapa mu hanya kerana tidak memenuhi permintaanmu. 

Aku masih berdiri di depan sinki sambil memarut kentang untuk memasak bubur Yafith. Luth berdiri pegun di sebelah aku. Aku tanya kepada Luth, "Luth, tadi masa Luth makan aiskrim, siapa yang bagi kebenaran?". Dia hanya menggerakkan bibir tanpa sedikitpun suaranya terkeluar, namun aku seperti polis penyiasat yang faham bahasa bibir, terus mengetahui jawapannya ialah, "Papa". 

Aku tanya lagi, "Tadi Luth ajak main lawan-lawan, siapa yang main dengan Luth?". Sama seperti tadi, jawapan tanpa suara, "Papa". Soalan terus aku tubikan kepada dia, "Luth main khemah-khemah tadi dengan siapa?". Dan jawapannya masih, "Papa". 

Aku hitung semua permintaan Luth yang telah Papanya tunaikan, semuanya ada 3. (Setidaknya untuk hari itu sahaja.). Dan aku hitung berapa permintaan Luth yang tidak ditunaikan Papanya, iaitu hanya satu iaitu 'tidak boleh menonton TV'. Aku tunjukkan kepada Luth, 4 jari lalu aku pegang satu jari, melambangkan permintaan yang tidak tertunai. Aku kata kepada Luth, "Daripada 4 yang Luth minta, hanya satu ni je yang Papa tak bagi, terus Luth tak sayangkan Papa? Sedangkan 3 lagi permintaan Luth, Papa tunaikan.". Aku kata lagi, "Kalau Luth mintak dengan Mama tadi, semua sekali mama tak bagi. Aiskrim mama tak bagi, main lawan-lawan memang mama tak minat, main khemah-khemah lagi la mama taknak.".

Luth diam... Lama dia termenung di tepi aku. Lalu aku sambung lagi ceramah perdana aku kepadanya, "Dah tu, sekarang Luth sayang Papa ke tak?". Dia angguk, sambil tersenyum. Ntah sebab faham atau sebab boring dengar mak dia ni membebel sekarung. Hakhak. Aku suruh dia pergi minta maaf dengan Papa. Dengan patuh dia melangkah ke ruang tamu, tempat Papanya bersemayam.(Amboihhh, ko ingat laki ko raja kayangan nak guna perkataan bersemayam.). Selamat la insaf cepat si budak Luth tu. Kalau tak insaf lagi dengan ceramah perdana tu, aku nak sambung dengan zikir perdana pulak ni. Ya Hanana...Ya Hanana....

Aku dengar Luth cakap kepada Papa dia, "Papa, Luth minta maaf.". Lega aku. Aku ni seperti pengadil. Pengadil yang hanya perlu pastikan setiap perlawanan berakhir dengan seri. Atau kemenangan kedua-dua belah pihak, bukan kekalahan kepada sesiapa.

Selepas aku dah jerang bubur atas dapur, aku pula ke ruang tamu untuk pantau perkembangan semasa keluarga aku. Eh, tetibe aku tengok hasben aku tengah baca buku. Pastu Luth pun tengah belek-belek buku. Ni tengah cover line ke apa ni?  Aku siap gelakkan hasben aku sebab macam takde angin ribut tetibe je baca buku. Dia jawab, "Sebab nak budayakan tabiat membaca.". Dan-dan je bila takleh tengok TV (takut berebut dengan anak), baru nak baca buku. 

Bila hasben aku bercakap dengan aku selepas itu, dia puji aku, cakap aku genius sebab boleh bagi nasihat macam tu kat anak. Padahal dia tak tau, aku cuma tiru cara seorang pakcik drebar teksi yang bernama Pakcik Hassan. Ada video dia pernah viral kat FB. Dia ada 6 orang anak, semuanya lelaki. Keke. Bijop dop aku? Kebetulan baru siangnya tadi aku tengok video tu. Sempat pulak praktis malam tadi.

 


Comments

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya