Skip to main content

What would Puss in Boots do?


Sejahteralah ke atas kamu...

Puss in Boots

Ingat lagi tak dengan kucing comel macam cupcake ni dalam filem animasi Shrek? Ala... kucing yang selalu buat muka serius then kerek dengan Shrek, tapi dia baik dan bila nak lawan musuh, selalu buat muka comel sambil mata terkebil-kebil tu? Cute sangat kan? Tak sabar nak tengok movie ni nanti. Harap-harap NuffNang bagi saya tiket free of charge utk tonton filem ni.

Meh nak citer.

Kalau saya ni Puss and Kitty Softpaws, apa yang akan saya lakukan untuk mengalahkan orang jahat? Yeah... mari kita berangan!!!

Rupa saya mestilah seperti ini...



Nak tahu kenapa nama saya Pusing? Well, tengok la corak berpusing kat badan saya ni.

Sila rujuk entry post ini untuk kefahaman yang maksimum.



Katakanlah saya yang bernama Puu ini menjadi Puss and Kitty Softpaw, saya pasti akan mencari maklumat-maklumat penting tentang orang jahat yang ingin saya lawan itu. Jadi, saya mesti menyiasat secara diam-diam sambil menyorok untuk mendapatkan maklumat itu. Macam ini cara untuk menyiasat ye..


Boleh menyiasat secara sendirian di sebalik pokok.

Atau, membahagikan tugas dgn rakan sepasukan seperti ini;



Dan mungkin juga kita bergerak secara berpasangan untuk mendapatkan klu yang lebih tepat seperti ini;


Dan jika terkantoi atau tertangkap.... boleh buat muka garang tapi separuh cute macam ini;


Bila dah dapat semua klu yang saya perlukan... Saya akan berlakon pura-pura manja dengan orang jahat tersebut. Saya cuba cairkan hati mereka dengan kecomelan dan keletah saya yang lincah. Biar mereka rasa saya ini hanyalah seekor kucing yang biasa. Tapi, mereka tidak tahu.. Bahawa sayalah Puss and Kitty Softpaw yang hebat.




Ini pula kawan saya Kitty Softpaw. Walaupun namanya seperti female, tapi he's a male. Ganas bukan muka dia? Dia ni garang tau;


Lepas tu, bila saya dah buat-buat manja dengan orang jahat tu. Baru la saya akan keluarkan racun yang saya sorokkan dalam bulu-bulu badan saya semasa dia mengusap badan saya. Tapi racun ini tidak membunuh. Hanya membuatkan orang jahat itu pengsan. Tapi, kalau orang jahat tu tak pengsan-pengsan jugak, saya akan cakar sikit tangan orang jahat tu dengan kuku saya yang juga telah saya sapu racun. Hahahaha.. Pastu baru le orang jahat pengsan.


Teknik terakhir saya untuk melawan orang jahat jika racun tidak berfungsi ialah, saya akan minta bantuan daripada semua keluarga saya untuk menyerang orang jahat itu.

Bila semua kucing-kucing mengerumuni dia, dia akan lari kerana kegelian dan kami akan kejar dia sehingga dia menyerahkan diri kepada polis.





Begitulah kisahnya.

Comments

  1. Kecomelan kucing itu membuatkanku geram nak peluk..leh tak?hehehe ^__^

    ReplyDelete
  2. Presiden : Tak buleh. Itu kita punyer. :p *kedekut. Hahah.

    ReplyDelete
  3. salam;
    eehh!..tak sangka kucing awak boleh berlakun.

    ReplyDelete
  4. yusuflaili : gmbr tu spontan je. Saya saje reka cerita then susun ikut gmbr. Hahah. Ni pun gmbr2 Puu sejak kecik sampai besar.

    ReplyDelete
  5. buat N3 nak dapat tiket wayang dari nn ek..good luck..

    ReplyDelete
  6. Diana : Ha ah, kucing hitam mmg hensem. Sbb dia selalu berlagak macho. Pastu kucing yg comel atau yg baik2, mesti cepat hilang kan? Sama ada sbb org amik, atau dia ikut jantan/betina. Apa nak jadi la dgn kucing2 ni.

    beLLa : Comel kan? Muda mengada-ngada gila. Rasa nak picit. Hehhe. Ganazzz...

    kak ina kl : Alamakkk.. kantoi plak dgn kak ina. Mcmn kak ina tau ni? *blushing. Kalo dpt tiket free bleh la tgk movie ni sblm org lain tgk. Pastu bleh berlagak kat blog. Hahaha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...