Skip to main content

Ubat Selsema Dan Demam Yang Serasi Untuk Luth

Sejahteralah ke atas kamu...

Syukur alhamdulillah, Allah dah temukan aku dengan ubat yang mujarab dan serasi untuk mengubati demam dan selsema Luth secara alami/semulajadi/natural; Madu Kelulut + minyak habbatus sauda. 

Minyak habbatus sauda ni aku ambil daripada pil habbatus sauda jenama Kuda Emas. Ermm... aku biasa makan sofgel jenama Baraka yang kotak oren putih. Tapi rasanya Kuda Emas ni lagi serasi dengan aku. Mungkin sebab dos yg Kuda Emas ni lagi tinggi kot. Itu aku la. Lain orang, lain la kan.

Tiba-tiba baru aku ternampak yang jenama Habbatus Sauda ni ialah Kuda Arab, bukan Kuda Emas seperti yang aku tulis kat atas tu. Hahaha. Kondifen je.

Gunting hujung pil, then picit masuk dalam botol madu.

Bila dah masukkan tu, boleh mix-stir kan bahan dalam botol ni seelok-eloknya guna lidi Sebab minyak habbatus sauda tu akan lekat pada sudu kalau guna sudu. Nanti rugi je. Bila nak suap kepada Luth, aku akan guna syringe. Dalam 1ml je dah cukup.

Comments

  1. Pil tu boleh buka je kan??tak payah gunting pun boleh..kan?/kan??

    ReplyDelete
  2. eh...lupa nak tanya..harga dia berapa??

    ReplyDelete
  3. lagi pun orang kata tak elok guna sudu untuk madu...kan kan kan? sudu plastik better, tp lidi laaaaagi better. eh wa lali topik.

    ReplyDelete
  4. Ikut pengalaman, madu ni lebih mudah disuap pada budak-budak sebab rasa dia manis compare ubat klinik yang kalau manis pun, still ada rasa kelat-kelat sikit yang buatkan sesetengah budak tak suka.

    ReplyDelete
  5. habbatus sauda memang bagus utk kesihatan.

    ReplyDelete
  6. tq for sharing lyd..
    nk kena cari jugak ni..
    elak makan ubat y ada mcm2 dadah tu

    ReplyDelete
  7. saya tak pernah cuba lagi
    nanti nak cuba bagi =)

    ReplyDelete
  8. Mmg byk cara natural nak reducekan cough bagai. Salah satu cmpr madu dgn lemon. Habbatus sauda ni mmg bgs.

    ReplyDelete
  9. Baca entri ni hari tu..tak sempat komen pulak he he. Setakat ni saya bagi Hani 1 sudu kecil madu stiap hari..sebab nak elakkan batuk teruk lagi..

    ReplyDelete
  10. Good info ni, Lyd. Next time kalau anak demam atau batuk, I nak cubalah. Kat rumah ni yang selalu makan madu cuma HD je. Yang lain-lain tu selagi tak sakit takda nak prevent apa-apa pun :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya